Tuesday, 20 October 2009

EXCO PARTI AHLI SYURGA MEMUKUL ORANG DI MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI ! WOW !!!!


Dipetik dari Blog : Mohd Sayuti Omar ( MSO )




Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan!

SEPERTI mana diduga selepas diposting cerita sensasi dan memalukan itu kira-kira ham 11:30 malam tadi, beberapa orang penjenguk telah menelefon bertanyakan kejadian itu. Termasuk juga beberapa orang pemimpin Pas dari Selangor, Kelantan, Kedah. Termasuk juga Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub.

Ada juga yang bertanya menerusi facebook dan email.Masing-masing bertanya dan ingin mengetahui Exco manakah yang baidap dan sesat fikiran itu. Hanya Selangor, Kedah dan Kelantan sahaja Pas ada anggota Exconya. Di Perak Exconya sudah tidak valid lagi, bila kerajaan Pas di Perak dirampas oleh UBN.

Sallehuddin dengan nafas agak cemas dan ghairah menelefon saya kira-kira ham 12:22 pagi. Menjadi amalan Sallahudin bila dia merasa kurang selesa dengan catatan saya dia akan telefon saya minta penjelasan atau memberi penjelasan. Amalan Sallahuddin itu menyebabkan tidak mudah untuk saya menerima fitnah atau cakap-cakap Sallahuddin kurang senang atau marahkan dengan apa-apa penulisan saya.

Pada saya Sallahuddin antara pemimpin politik yang terbuka dan sedia bersemuka dan tidak mengamalkan seperti kucing mengambus tahi.Sallahuddin sedikit merasa pelik dan hairan dengan kejadian itu. Katanya setahunya tidak ada kejadian Exco tumbuk orang di Taman Melawar.

"Saya tahu ana tidak ada apa-apa yang berlaku pula, tadi....," katanya untuk memberi senario baik semasa rumah terbuka semalam."Takkan seorang Naib Presien tidakmengetahui apa-apa yang berlaku di kediaman sendiri, cuba enta siasat," kata saya sedikit memperlinya.Tidak sampai tiga minit bercakap Sallahuddin permisi untuk membuat siasatan. Mungkin beliau sudah pun kenal dengan Exco berkenaan?

Saya juga ada memberi tahunya supaya tanya Mahfuz Omar, sebab Naib Presiden Pas itu sudah pun maklum akan kejadian itu. Kalau Sallehuddin menghubungi Mahfuz sudah pasti dia sudah tahu siapa Exco berkenaan.Si tetamu itu telah memberi tahu kepada Mahfuz. Katanya, Mahfuz telah memohon maaf kepada mangsa itu atas apa yang berlaku bagi pihak Exco berkenaan. Tidak pula dapat disahkan apakah mangsa itu menerima maaf itu.

Yang jelasnya Mahfuz sendiri dapat membuat kesimpulan kejadian itu sesutau yang memalukan Pas, kalau tidak masakan dia meminta maaf bagi pihak Exco berkenaan.Sebenarnya semasa saya postingkan kisah ini malam tadi saya sudah pun tahu siapa Exco berkenaan. Sengaja saya menukilkan begitu ingin menarik perhatian dan mendapat maklumat tambahan.

Manalah tahu takut cerita itu sengaja direka untuk memburukkan keadaan saja, jadi maklumat tambahan yang absah diperlukan. Selalunya sebagai penulis saya dijadikan saluran untuk menyampai dan mendedahkan sesutau yang berisiko.Ini sebagai tektik bagi mendapat maklumat tambahan. Biasanya bila tercetus sesuatu laporan atau berita yang kabur, kita akan mendapat maklumat tambahan bagi menjelaskan lagi kejadian itu. Strategi inilah yang harus ada kepada pelapor, penulis dan juga wartawan bagi mengelakkan berlaku fitnah dan tidak menulis berasarkan persepsi semata-mata.

Jadi tidak timbul cerita Exco tumbuk orang ini cerita rekaan dan 'hampeh' seperti kata seorang penjenguk dalam posting pertama. Orang yang tidak pandai menilai atau otak kemetot sebenarnya tidak layak membaca laporan-laporan bersifat investigatif atau pun provokasi dalam blog siasah. Begitu juga dengan orang yang berfikiran sejuring ataupun menggunakan hanya sebelah otak kiri saja.

Lebih baik tidur atau pun baca blog-blog hiburan ataupun cerita jualan langsung saja, ternyata ia tidak membebankan pemikiran.Kejadian itu berlaku sekitar jam 2:30 tengah hari semalam. Tetamu berkenaan telah membawa anak dan isterinya untuk menghadiri rumah terbuka Pas itu. Mungkin dia juga ahli atau penyokong Pas? Atas rasa ingin menyemarakkan sambutan majlis itu dia datang dan bersalaman dengan pemimpin yang ada yang menjadi penyambut tetamu.

Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor (al Fatihah) di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina "mu jahat...mu jahat".

Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera pula membalas balik?Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya.

Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.Tetamu malang itu mulanya tidak mahu melayan, tetapi disebabkan Exco berkenaan bersungguh menjual 'gedebe'nya, tetamu itu akhirnya menjawab dengan meminta agak beberedar dari tempat itu untuk mengelakkan kejadian itu disaksi oleh orang ramai. Malangnya Exco berkenaan tidak berani menyahutnya dan berlalu selamba ke keretanya.

Apabila memasuki ke keretanya Exco itu melambai-lambai tetamu itu, mungkin dengan rasa hati senang kerana berjaya menyerang tetamu itu!Agak nasib baik perbalahan ini tidak berterusan kepada acara bertumbuk lebih dahsyat lagi. Kalau tidak sudah pastilah majlis mulia rumah terbuka semalam akan tercemar dengan insiden ini. Pas akan merekod satu sejarah selepas Bagan Pinang. Bayangkan bagaimana kalau mangsa yang memang dikenali sebagai seorang ahli silat itu menari mengikut rentak Exco berkenaan?

Sebenarnya kejadian ini tidak disedari orang ramai yang berasak-asak masuk ke dalam dewan Fadzil Mohd Noor dan juga para penyambut tetamu terdiri daripada pemimpin Pas. Bagaimana pun beberapa orang yang berada di situ melihat kejadian ini. Kerana ianya berlaku dalam keadaan 'macam gurauan' saja menyebabkan orang tidak sangka serangan Exco kepada tetamu itu.Kejadian ini serius.

Adalah wajar kalau mangsa berkenaan melaporkan kejadian ini kepada pemimpin Pas. Sikap Exco berkenaan telah menjatuhkan akhlaknya sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam. Betapapun jahat mangsa berkenaan, beliau harus melayan atau sabar keranamajlis semalam bukan majlis biasa tetapi isitmewa majlis hari raya. Tidak terbayang bagaimana warna hati si Exco itu kalau tetamu yang bertandang ke majlis partinya boleh dilakukan begitu.Exco adalah pemimpin sesebuah kerajaan negeri.

Beliau juga adalah pemimpin Pas. Sepatutnya Exco berkenaan bersikap terbuka dan apolegetik. Kesalahan lampau lupakan dan berlajarlah bersifat pemaaf. Ataupun kalau kesalahan mangsa itu tidak boleh dimaafi sehingga ke syurga atau neraka, tetapi pendamkan saja amarah itu jangan dizahirkan kerana menyerlahkan keburukan dan kedangkalan kita sebagai pemimpin.Kepada penjenguk yang tidak berpuas hati dan ingin mengetahui nama Exco berkenaan bolehlah telefon saya atau berjumpa dengan saya.

[wm.kl. 8:00 am 19/10/09]

Posted by mso.im at 7:56:00 AM

Penghuni Gua : Hai , Exco dari parti ahli syurga ( PAS ) boleh jadi kaki pukul juga ke. Mungkin mendapat panduan dari TGNA atau TGHH atau Anak TGNA yang dituduh memukul anak muridnya dulu kot.

2. Mungkin perbuatan ini halal dan diharuskan oleh agama islam dalam fahaman mereka. Entah lah. Mahfuz pun tahu kejadian ini tetapi mendiamkan diri dan kemutkan segala maklumat. Tahu pulak malunya. Ahli syurga katakan.

3. Pendedahan ini bukan orang lain. Tetapi dari Mohd Sayuti Omar. Exco ini pun PG rasakan tak laindari exco dari negeri Kelantan. Cara bercakap pun tahu doh. Perkataan dari mulut Exco samseng ini seperti " Mu jahat, mu jahat " tu tak ada orang lain le. Dari Kelantan lah. Dari Terengganu tak ada exco PAS.

4. Pukul orang pula semasa jamuan / majlis rumah terbuka hari raya pulak tu. Mungkin untuk dapat keberkatan dan pahala lebih besar. Dapat pahala pukul orang tu tau. Kalau tidak takkan seorang exco pulaknya dari parti PAS ( Parti ahli syurga ) takkan nak pukul buta. Misti imbuhan pahalanya besar mengikut fahaman islam merekalah .

5. Hmmmmmmmm. Ini lah wajah mereka pun. Harap berjubah aje labuh kebumi, dan janggut sampai kedada, amalan serupa israel juga. Hitam di dahi tu pun hanyalah tak lebih seperti putthu sahaja. Tak lebih tak kurang.

6. Apa pun tak apalah. Mereka kan ahli syurga. Lihat nanti apa fatwa yang akan dikeluarkan oleh Mahfuz dan Si Tantawi serba tahu ini. Misti halal tindakan samseng Exco ini. Ada le dalil yang keduanya akan keluarkan. Tengoklah nanti.

7. Mungkin inilah yang kaki gaduh dan pukul orang di PRK Bagan Pinang kemudian menuding jari kepihak lawan yang mulakan. Kemudianya pula di Tantawi seru berjihad. Ha h a ha ha ha. Mungkin Kot.............................he he he he . Tidak pun anak murid atau seperguruan dengan si Ronnie Liu. Sama-sama exco. Eksen pun lebih kurang sama. H e he he.........
8. Ini ajelah standard exco PR pembela ummah dan PAS untuk semua. SUNGGOHHHH.

3 comments:

  1. Ishh...oarng Pas mana ada sejahat begitu...dia ni orang umno laa..cuma cara pemakaiannya sahaja melambangkan PAS...Nik Ajis kan dah kata orang PAS semua nya baik2 belake...

    ReplyDelete
  2. kawe setuju benor. merekkan ahli syurga. lain le kite ini. keh keh keh keh

    ReplyDelete
  3. Eh!!!orang PAS mana ada pukul orang...ini satu fitnah besar...lagi pun ini adalah Exco Kelantan, orang yang sentiasa dapat tarbiah terus daripada Tok Guru...biasanya jenis yang pukul orang ni mesti samseng UMNO...

    ReplyDelete