Monday, 26 October 2009

IBRAHIM ALI MARAH ORANG KATAK KAN NYA!





Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

"Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Marah nampaknya Ibrahim Ali kerana ada yang memanggil nya katak.

2. Menurut Ibrahim, YB lain ada dan ramai juga yang lompat parti tetapi mengapa dia sahaja yang kerap dipanggil katak. Biarlah YB. Tak apa. PG kenal secara rapat dengan YB Ibrahim sejak tahun 1990. YB ini tahu mengapa saya kenal dan rapat dengannya.

3. Bagi menjawab pertanyaan Ibrahim senang aje . Katak-katak lain semua katak kemetot dan jenis katak "wong " ( bahasa Kelantan dan Terengganu untuk merujuk katak yang memanggil hujan ). YB Ibrahim adalah katak lain. Katak yang mempunyai standard yang tersendiri.

4. Sebab itu setiap perbuatan, percakapan dan batok Katak Ibrahim ini amat diberi perhatian dan berbisa pada ramai orang. PAS pun digoreng bulat-bulat dan dibodohnya sebegitu rupa sehingga boleh menyerahkan bulat-bulat Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Ali. Inilah kelebihan Ibrahim.

5. Anda lantrang dalam segala hal. Semua kawan dan lawan menghormati dan mengeruni anda. Biarlah apa yang mereka kata kepada anda. Anda berada pada kelas yang tersendiri. Sebab itu mereka ini tidak bising pada katak-katak lain. Katak-katak lain hanyalah katak wong ( yang hanya boleh buat bising aje ) dan katak puru sahaja ( diam dan kosong ideanya ).

6. Respon yang anda terima termasuk kritikan dan sebagainya dari perbuatan dan percakapan dan tindakan anda adalah kerana dan menunjukkan berbisanya tindakan, perbuatan dan percakapan anda. Jadi kritikan dan respon yang mungkin keterlaluan itu pada pandangan anda , pada PG adalah menunjukkan kelebihan yang ada pada anda dan tiada pada katak lain.

7. Kepada YB Ibrahim : Biarkan . Biarlah mereka memanggil anda katak. Anda katak yang ada kelas tersendiri. Anda pun katak pejuang bangsa , agama. Pakai serban, jubah dan harap tanda hitam di dahi pun buat apa jika buka mulut aje semuanya mengajak sesama islam bergaduh, memfitnah, mengkafirkan orang. Jika begitu " HIDUP DI DUNIA TIADA GUNANYA ".

8. Biarlah YB. Anda adalah katak terhebat dari banyak-banyak katak yang ada dipersada politik negara. Biarkan dan pastikan anda kekal sifatnya begitu. Jadi katak begini bagus Ibrahim. Boleh kemut keliling. Sesekali nak ketawa juga bagaimana pandainya strategi Ibrahim Ali mengemut dan mempermainkan PAS Kelantan termasuk TUAN GURU NIK AZIZ dan gengnya pasal parlimen Pasir Mas. Putih Mata pemimpin-pemimpin PAS sehingga sekarang bila mengenang parlimen ini.

9. Itu aje sebabnya Ibrahim............ Jadi jangan ambil hirau le. Teruskan lompatan berbisa anda.

10 comments:

  1. aku memang sokong cara dia membahaskan,,,sekarang ni dia tegok melayu dikotak katik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

    ReplyDelete
  2. Rupanya gelaran katak itu adalah tidak lengkap. Pasal tulah gelaran itu tidak memberikan gambaran sebenarnya mengenai siapa sebenarnya Tok Him ni.

    Cuba kita lengkapkan gelarannya menjadi KATAK SENDUK.

    Dengan gelaran itu orang dengar pun ada rasa gerun kerana ada bisa dan ketangkasan senduk tu. Ia malah memberi gambaran lebih menakutkan daripada senduk sendiri kerana dia boleh melompat.

    Jom kita mulakan gelaran baru ini. KATAK SENDUK.

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..

    KATAK BKN SEBARANG KATAK
    KATAK DATANG DARI PAYA
    LOMPAT BKN SEBARANG LOMPAT
    LOMPAT MENGELAK DARI DI ANIAYA

    JALAK LENTENG PAHLAWAN TERBILANG
    CIRI PAHLAWAN SUDAH DI ASUH
    PAK IBRAHIM BUKAN CALANG ORANG
    SEKALI MELENTING, MENGELETAR MUSUH

    ReplyDelete
  4. Che Leh,
    Katak senduk tu banyak jasanya. Tanpa senduk larat ke mengambil nasi dari periuk gunakan tangan saja? Cuma nasi sejuk dan basi je boleh diambil.
    Mereka yg menggelar beliau katak ni takut berdiri depan cermin. Takut nak menyedari bahawa mereka dari species KATAK BOTONG.
    Oink...Oink...kononnya panggil hujan. Mereka tak mau menerima bahawa yang menurunkan hujan tu adalah ALLAH.

    ReplyDelete
  5. dh dia yang jadi pelopor lompat sana sini ni dulu..dia la dpt gelaran tu..hehehe

    ReplyDelete
  6. Wahai Che Leh Jengok,
    Gelaran Katak Senduk tu mmg bagus. Menunjukkan kepelbagaian kegunaan. Tanpa senduk, larat ke nak ceduk nasi guna tangan? Cuma nasi basi dan sejuk sahaja boleh diceduk.
    Mereka yang menggelarnya katak tu tal berani berdiri depan cermin. Takut melihat diri sendiri yang sama species dengan KATAK BOTONG.
    Oink.....Oink....kononnya panggil hujan. Mereka tak mau mengakui yang turunkan hujan tu kerja ALLAH

    ReplyDelete
  7. Salam PG, hanya puak-puak PAS sahaja yang terlalu menghina Ibrahim dengan meminjam perkataan Karpal Singah 'katak'....

    Tetapi kalau orang-orang Melayu ingat, bekas-bekas siswa/siswazah ITM/UiTM perlu menghurmati beliau yang memperjuangkan maruah mereka dalam pendidikan tinggi...... tapi kebanyakan mereka ini yang telah maju kedepan lupa daratan...

    Teruskan perjuangan Tok Him....... walau pun terpaksa melompat setinggi awan....

    ReplyDelete
  8. sebenarnya ibrahim ni bagus.
    banyak perkara saya setuju pendapat beliau.
    tetapi saya tidak setuju dia bersendirian & berdiri ditempat yg salah.

    ReplyDelete
  9. tabik UB Ibrahim. itulah anda. ramai peminat anda diluar sini. kekalkan keadaan anda. kedudukan mo bebas , PG lihat lebih mematangkan Ibrahim dan sengatannya lebih berbisa. Jangan hirau juga UMNO kelantan tu. Kekalkan diposisi anda. Biar sia tahu ia YB HIM. Tahniah Ibrahim. Kami masih sokong anda. dan kisah lalu tu, jangan ambil hati dengan PG. Dah kerja apa nak buat.

    ReplyDelete
  10. Melompat sorang2 tu tak akan kemana..silap2 sekadar dipergunakan orang yg bercemati..
    Alangkah baiknya bersama suara ramai dari stay alone...
    Perjalanan masih panjang..
    Kemana harus dibawa diri selepas ini..wahai YB Ibrahim Ali..
    Lembu dipegang pada talinya..
    Manusia berpegang pada janjinya..
    Masa akan memperlihatkan DIMANA YB seterusnya..

    ReplyDelete