1. Pada 24 okt 2009 jam 10 malam PG menonton filem bertajuk “Judge Dredd “ di saluran 413 Star Movie di Astro. Filem ini lakunan Selvester Stalone. Ia mengisahkan bagaimana sebuah bandar bernama Mega city yang penuh dengan jenayah dan sebagainya termasuk perkara-perkara yang melanggar undang-undang sehingga sukar di kawal oleh Majlis Bandaraya.
2.Para Hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Fargo telah menjalankan satu projek di beri nama projek “ Jason “ di mana dengan mengambil DNA Hakim-Hakim yang bijak termasuk DNA Ketua Hakim yang mana telah menghasilkan klon-klon manusia yang kemudiannya akan dilatih di akedemi untuk menjadi Hakim-Hakim Jalanan.
3. Hakim-Hakim Jalanan ini , yang mana paling menonjol dan bijak serta tegas ialah Hakim Dredd yang dilakonkan oleh Selvester Stalone dan dibantu oleh seorang Hakim wanita iaitu Hakim Hersey. Kod jenayah telah digubal di Mega City. Di mana Hakim-Hakim jalanan ini khasnya yang diketuai oleh Hakim Dredd telah melaksanakan tugas yang cemerlang.
4.Tugas Hakim-Hakim jalanan ini ialah , Sekiranya sesuatu jenayah dan kegiatan yang melanggar peraturan undang-undang Mega City atau kesalahan lalulintas , maka Hakim-Hakim ini akan datang dan membuat penilaian dan kemudiannya terus menjatuhkan hukuman dengan tindakan terus terhadap penjenayah dan pesalah ini ditempat itu juga. Ia seperti Hakim-Hakim ini terus memnusnahkan kumpulan penjenayah ini, membunuh mereka atau mana-mana pesalah jalanraya yang kerap melakukan kesalahan sehingga terdapat 300 saman tertunggak maka Hakim Dreed ini terus memusnahkan kereta mewah mereka dengan meledakkannya dengan senjata berkuasa tinggi.
Dengan cara ini jenayah dapat dikawal di Mega City. Begitulah lebih kurang ceritanya.
5. Apa yang PG ingin bawakan di sini, mungkin kita di Malaysia boleh di masa-masa akan datang memikirkan untuk mengujudkan Hakim-Hakim Jalanan ini ( mungkin nampak mustahil pada mulanya ) . Mungkin dalam bentuk berbeza dan fungsi yang berbeza. Apa yang PG maksudkan, hakim-HakimJalanan ini boleh diujudkan bagi menangani kesalahan-kesalahan seperti perhimpunan haram/ perhimpunan tanpa permit, Demontrasi haram, mat rempit dan kes-kes penagihan dadah. Hakim-Hakim Jalanan ini boleh terus dikejarkan lokasi perhimpunan haram, demontrasi haram, lokasi perlumbaan mat rempit dan penagihan dadah bersama-sama dengan pihak berkuasa iaitu polis.
6. Hakim-Hakim Jalanan boleh menjalankan perbicaraan dan terus menghukum mereka ini kerena para hakim Jalanan ini menilai sendiri perlakuan salah dan mereka yang menyertai perhimpuanan haram ini contohnya.
7. PG cadangkan ini, kerana pada penilaian PG dalam keadaan sekarang banyak sangat dalih yang dibuat oleh pesalah-pesalah ini. Perbicaraan pun memakan masa bertahun-tahun, saksi kadang kala tidak dijumpai, peguam sakit perut dan berbagai alasan lagilah untuk menangguhkan kes. ( Lihat ajelah kes liwat DSAI itu , kes Gobala menampar polis dan sebagainya ).
8. Banyak sangat dalih mereka dan ada sahaja alasan bagi penangguhan kes . Kebanyakkan kes pula kadang kala terpaksa dibuang hanya sebab teknikal walaupun umum mengetahui kesalahan sebenar dibuat.
9. Pernah PG menonton pada tahun 1980an dahulu satu filem bertajuk “ Star Chambers “ . Hakim-Hakim yang kecewa kerana terpaksa melepaskan pesalah walaupun mengetahui pesalah ini memang melakukan jenayah tersebut : Hakim –Hakim ini kemudiannya membuat perbicaraan sendiri secara sulit bagi membicarakan semula penjenayah yang dilepaskan atas alasan teknikal dan jika semua Hakim yang bersidang secara sulit ini mengesahkan penjenayah ini bersalah maka salah seorang di antara Hakim-Hakim ini akan mengambil tindakan bagi melaksanakan hukuman bunuh. Dalam kes ini , Hakim-Hakim ini memberi tumpuan kepada kes-kes serius seperti pembunuhan dan rogol. Jenayah serius sahaja.
10. Jadi apa kata, Malaysia boleh mempelopori keujudan Hakim-Hakim Jalanan ini bagi mengatasi kelambapan dan kerenah berbagai pihak sehingga kes lambat diselesaikan. Mungkin Malaysia boleh fikirkan konsep, bidang kuasa dan kaedah-kaedah tertentu bagi merealisasikan keujudan Hakim-Hakkim Jalanan ini. Maksud PG, bukanlah perlu di klon DNA seperti di dalam filem itu tetapi konsep Hakim Jalanan ini dari segi fungsi yang terus berada di tempat kejadian jenayah atau ditempat berlakunya atau akan berlakunya perlanggaran undang-undang. Hakim jalanan ini terus boleh menilai fakta dan bukti dan terus menjatuhkan hukum. Tak ada lagi alasan-alasan bodoh pendemontarsi haram dan sebagainya untuk mengelakkan hukuman. ( lihat sahaja kes YB Tian Chua. Masih tidak mengaku walaupun itulah perangainya setiap kali demontrasi dan perhimpunan haram ).
11. Kesimpulannnya : Apa kata kita mencuba. Mungkin dengan membuat pendekatan lebih baik. PG hanya bentangkan dari segi konsep aje. Boleh diperbaiki. Mungkin cadangan ini akan menjadi satu hilai ketawa. Tetapi kita perlu ingat : kebanyakkan ciptaan hebat hanya bermula dengan angan-angan dan dari cerita kartun sahaja. Kemudian saintis menterjemahkannya keada kenyataan. Contoh penjelajahan ke bulan, senjata-senjata canggih dan sebagainya semuanya bermula dari cerita-cerita dan khayalan pelukis-pelukis kartun sahaja. Sekarang ia menjadi realiti.
12. Penghuni Gua : Mungkin boleh di ujudkan Hakim-Hakim Jalanan ini kot. Hakim-Hakim Jalanan ini baik terutama sekali dalam menyelsaikan masalah peserta perhimpunan haram dan perusoh dalam demontrasi haram.
13. PG percaya Hakim-Hakim jalanan ini boleh memusnahkan koloni-koloni perhimpunan dan pendemontarsi haram yang tanpa henti terus menggangu dan menafikan Hak asasi awam. Mereka hanya melaungkan Hak asasi kumpulan mereka sahaja tanpa mengambil kira hak asasi awam.
14. Boleh kot. He he he he he .........................Jangan ketawa.
Nota : Buat Para YAA Hakim-Hakim di Malaysia termasuk bakal-bakal Hakim-Hakim Jalanan termasuk Polis , seperti mana kata Hakim Dreed “ Kita akan bersendirian dan sunyi apabila kita adalah kumpulan yang menegakkan undang-undang. Jangan harapkan semua orang akan memuji kita. Kesunyian adalah kehidupan kepada penegak undang-undang”.
SLM BRO...KWN STUJU PENDAPAT BRO. HAKIM2 KAT M'SIA NI PATUT TUBUH SATU GERAKAN MEMBICARAKAN PESALAH2 DI SELURUH M'SIA. DGN CARA TU KES2 YG TERTANGGUH DPT DI SELESAIKAN DGN PANTAS DAN SAKSAMA. TP HARUS DI PASTIKAN HAKIM2 MESTILAH YG BENAR2 BERKELAYAKAN DAN MAMPU DARI SEGI KUALITI DAN KUANTITI
ReplyDeleteSalam bro, kawan sependapat dengan Jeffry, kalau wujud Hakim jalanan, maka manusia seperti Anwar tidak mudah berdolakdalik lagi......
ReplyDeleteApa agaknya hukuman Dredd utk kesalahan meliwat, kan? Ikat time bomb pada benda depan pesalah atau sumbat time bomb pd lubang belakang pesalah?
ReplyDelete