Thursday, 29 October 2009

KERTAS SIASATAN VEDEO LINGGAM : TIADA ISU.... !



Majlis Peguam kecewa kes video Lingam ditutup
Okt 28, 09 4:02pm


Majlis Peguan Malaysia kecewa dengan keputusan kerajaan yang dilaporkan tidak akan mengambil tindakan lanjut dalam kes membabitkan klip video Lingam, sedangkan Suruhanjaya Diraja 2008 telah mengesahkan ketulenannya.Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya, Ragunath Kesavan berkata persoalan yang dibangkitkan dalam klip video itu memerlukan jawapan.Katanya, jika terdapat kebenaran dalam mana-mana dakwaan yang timbul, maka tindakan yang keras perlu diambil.

Ragunath berkata, kerajaan mesti melakukan yang terbaik untuk menyiasat perkara itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG bukan hendak bincang secara mendalam isu vedeo Linggam ini. Cuma sekadar hendak mengulas secara ringan-ringan dan secara mudah sahaja.

2. Ramai yang kecewa termasuk Majlis peguam. Majlis Peguam kecewa, dapatan dari suruhanjaya Di Raja mengenai isu ini akhirnya ditutup kertas siasatannya termasuk siasatan mengenai Linggam dan termasuk siasatan mengenai fitnah yang mengatakan Tun Mahathir di dipengaruhi orang tertentu termasuk Linggam ( mempengaruhi Tun ) dalam perlantikan Hakim-Hakim.

3. Tun Mahathir pun telah memberikan reaksi , di mana beliau sendiri pun kecewa kerana kes-kes berkaitan isu ini ditutp oleh Peguamm Negara. Menurut Tun , namanya telah terjejas dan dengan tertutupnya kes ini maka beliau tidak dapat menjawab di mahkamah bagi membersihkan namanya yang telah diburukkan oleh banyak pihak termasuk oleh Suruhanjaya sendiri.

4. Pada pandangan PG pun, tidaak ada isu langsung mengenai vedeo Linggam . Usahkan hendak membuka kertas siasatan , untuk menubuhkan satu Siuruhanjaya pun adalah sesuatu yang tidak perlu dan satu tindakan bodoh kerajaan pun. Ini semua gara-gara PM kita yang terdahulu yang menjadi bapa suruhanjaya. Ada 5 suruhanjaya yang ditubuhkan sepanjang pemerintahannya. Dan beliaulah yang paling banyak menubuhkan suruhajaya . Sebab itu beliau dikenali sebagai bapa suruhanjaya.

5. Beliau hanya pandai menubuhkan suruhanjaya sahaja. Tetapi akhirnya habis begitu sahaja. Tubuh suruhajaya hanya untuk mencuci tangan dan malas nak menyusahkan kepalanya. Dengan suruhajaya , beliau tidak perlu memikir dan boleh meletakkan kesalahan kepada orang lain. Inilah dianya.

6. Tak perlupun suruhanjaya dan kertas siasatan dibuka. Tindakan Peguam negara pun pada pandangan PG adalah betul bila menutup kertas siasatan kepada Linggam dan Tun Mahathir. Apa salah Tun. Dalam perlantikan YAA Hakim-Hakim, seorang perdana Menteri hanya memberi cadangan kepada Majlis Raja-Raja. DYMM Agung yang kemudiannya akan memperkenankan perlantikannya.

7. Cadangan PM pun tidak semistinya diikuti oleh Majlis Raja-Raja dan DYMM Agung. Banyak kali dalam isu perlantikan YAA Hakim-Hakim , Majlis Raja-Raja menolak cadangan PM dan cadangan semula dibuat.

8. Jadi mengatakan Linggam memperngaruhi PM / Tun Mahathir dalam perlantikan Hakim-Hakim adalah satu tuduhan bodoh dan hanya berniat jahat terhadap Tun Mahathir.

9. Kalau ya pun, Tun Mahathir pernah bercakap dan berbincang dengan Linggam atau sesiapa sahaja mengenai perlantikan Hakim-Hakim, adakah sebagai PM ia menjadi satu kesalahan bagi Tun sebagai PM untuk mendapatkan pandangan berbagai pihak bagi memilih calon yang sesuai bagi jawatan yang penting itu?

10. Afakah kerana cadangan Tun / PM itu sama dengan cadangan yang dibuat oleh seseorang termasuk Linggam, dalam perlantikan Hakim-Hakim ini maka dikatakan Linggam memperngauhi dan memaikan peranan dalam perlantikan Hakim? Atau boleh dikatakan Tun Mahathir dipengaruhi Linggam dan pihak-pihak tertentu?

11. Hanya kerana nama-nama Hakim-Hakim yang dicadangkan Tun sama dengan cadangan dengan pihak-pihak tertentu maka Tun dikatakan dipengaruhi dan seseorang mempengaruhi? Mungkin Tun juga mempunyai pandangan dan cadangan yang sama dan hasil pandangan yang diminta oleh Tun dari berbagai pihak termasuk Linggam . Jadi apakah salahnya.

12. Bagaimana nak buktikan Tun dipengaruhi. Hanya kerana Tun pernah berbincang dengan Linggam, sama pandangan dengan apa yang Linggam dan pihak-pihak tertentu cadangakan? Itu sahaja? Jadi apa masalahnya. Tidak ada yang salah pun kalau Tun pernah berbincang dengan sesiapa sahaja mengenai cadangan perlantikan Hakim-Hakim ini. Keputusan terakhir siapa Hakim-Hakim yang akan dicadangkan oleh PM , hanya Tun sahaja yang akan putuskan.

13. Jadi apa masalahnya dan apa kesalahannya. Tun pun hanya beri cadangan dan nasihat kepada Majlis Raja-Raja dan DYMM Agung. Tidak semistinya Majlis Raja-Raja dan DYMM Agung menerimanya. Dan begitulah selalunya.

14. Jadi dari awal lagi ia tiada isu. Tiada isu dan satu kesalahan pun yang dilakukan oleh Linggam apatah lahu Tun Mahathir .

15. Kalau lihat Vedeo yang mendakwa Linggam sedang bercakap Talipon dengan Ketua Hakim Negara meengenai perlantikan Hakim-Hakim pun kita naik gelak. Sehingga kini pun suruhanjaya tidak pernah sahkan bahawa Linggam dalam vedeo itu sedang bercakap dengan Ketua Hakim Negara. No talipon ketua Hakim Negara itu pun sehingga kini tidak diketahui oleh suruhanjaya.

16. Hanya suruhanjaya mengesahkan vedeo yang menunjukkan Linggam sedang bercakap dengan seseorang itu tulen . Itu sahaja. Sah yang bercakap itu Linggam. Itu kata Suruhanjaya. Vedeo yang merakam Linggam itu memang betul. Memanglah betul. PG pun sahkan. Cuma suruhanjaya tidak dapat sahkan Linggam bercakap dengan siapa, betul ke dia bercakap dengan Ketuaa Hakim Negara? atau betul ke dia bercakap dengan seseorang?

17. Ada keterangan dan cadangan peguam Tun Mahathir bahawa Linggam hanya bercakap seorang diri. maksudnya hanya lakunan bercakap bagi melakonkan nya di depan makhluk yang datang ke rumahnya ( jadi wakil rakyat dah pun budak mentah itu. Itulah pun tujuannya ). Biasalah, Linggam sebagai lawyer apatah lagi............misti tunjuk lebih sikit pada tetamu dirumahnya bahawa ia mempunya networking yang luas terdiri dari orang-orang besar. Biasalah, peguam katakan.

18. Jadi sebenarnya, dalam isu ini, tindakan Peguam negara adalah tepat sekali dengan menutup kertas siasatan keatas Linggam dan Tun. Hasil suruhanjaya dan kertas siasatan itu hanyalah sampah sarap yang tidak berguna. Hanya nak mengenakan Tun Mahathir sahaja.

19. Lolongan Majlis peguam dan pihak-pihak dungu yang lainnya , hanyalah berkepentingan peribadi dan ada agenda mereka sendiri,. Itu sahaja. Cakap menganai hak asasi, keadilan , ketelusan hanyalah slogan mereka sahaja. Lihat ajelah diri mereka yang penyibuk ini. Mereka ini hanya langau yang akan menghurung segala bangkai . Walau pun busuk tetapi kerana ada kepentingan maka tetap dihurungknya sehingga berulat.

20. Kepada Tun : Semuga Tun dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Untuk makluman Tun, sudah berapa juta tan maki hamun , sumpah seranah dan doa agart Tun ditimpa bala. sembahyang hajat pihak-pihak tertentu semasa pemerintahan Tun dulu jangan cakaplah. Habis padang dijadikan medan sembahyang hajat bagi menjatuhkan Tun. Ahirnya jelas, Allah maha kaya, Tun terus dirahmati dan dilindungi. Malah dalam setengah kejadian, mereka yang menyumpah seranah dan menjahanamkan Tun akhirnya merekalah yang belayar dulu. Termasuklah mereka yang memfitnah Tun menonton filem lucah dengan cucu.

14. Itu pun Tun sempat memaafkannya. Jika tidak......... Hidup Tun.

2 comments:

  1. Yg lepas tu lepas lah..
    banyak kes semasa yg tertangguh yg perlu diselesaikan segera..bahkan ada yg menunggu pengadilan tak siap2..sampai 'kembali' lastly..
    TUN tu katanya kebal ..betul ke?
    I mean semua pemilik TUN!
    Betoi ke PG?

    ReplyDelete
  2. keturunan tun di malaysia dah pupus. ini je lah yng ada. dan memang dia benar pun.

    ReplyDelete