Thursday, 29 October 2009

PENDEDAHAN PAPA GOMO : APA BISING-BISING !


PG mengikuti juga kritikan dan cemuhan Blogers PR yang mencemuh Papa Gomo kerana mendedahkan kandungan semasa pertemuan Dr Hassan Ali dengan Bloggers UMNO dan PR di rumah Dr Hassan. Juga bukan main teruk Dr Hassan dititik oleh Bloggers mereka sendiri. Jadi itu sudah menjelaskan kritikan Bloggers PAS mengapa Dr Hassan memanggil juga Bloggers UMNO seperti Gomo.
2. Bukan apa , Dr Hassan pun sama dengan anak TGNA iaitu Nik Abduh bahawa sebahagian besar bloggers PAS ini kerjanya berbohong dan memfitnah aje . Jadi atas faktur inilah Dr Hassan memanggil Bloggers UMNO dengan harapan isi hatinya terdedah dan diketahui oleh pemimpin PAS keseluruhan dan yang memusuhinya. itu aje le.

3. Ada yang kata begitu. Ada yang kata begini. Semuanya salahkan Blogger Gomo. Senang cerita PG paparkan tulisan dari Blog : Aspirasi Bangsa yang mana menerangkan sepenuhnya dan PG setuju sepenuhnya pandangan dan tulisannya. Cuma nak tambah satu lagi : jadi begini bukan apa. Cuma macam PG selalu ceritakan. Perjuangan jenis tidak ikhlas, mengkafirkan orang. Dapat kuasa sikit yang dipinjamkan Allah telah jadi sombong dan bongkak. Jadi inilah jadinya PAS dan PR ini.

4. Itu semua tanda-tanda Allah nak tarik semula kuasa dari mereka ini. Jadi bacalah pandangan dari Blog : Aspirasi Bangsa

Wednesday, October 28, 2009

Blogger-blogger Umno tu tak salah la!

Labels: ,

Ramai yang marah, menghentam dan mengutuk blogger-blogger Umno yang hadir ke pertemuan di rumah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (biasanya saya tidak mahu menggunakan gelaran yang diberikan puak bangsawan kepada para pemimpin PAS - sebab saya tak suka begitu. Tetapi selepas ini, saya akan menggunakannya apabila menyebut nama beberapa pemimpin PAS).

Watak utama dalam pertemuan itu ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Hassan sendiri.Saya tak fikir blogger-blogger tersebut yang salah. Dah orang jemput nak bagi cerita baik punya, depa datang la.Kalau aku sekalipun, katakan tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin panggil ke rumah dia nak cerita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat Melayu, berlari aku pergi. Kalau selipar aku putuih masa tu, kaki ayam pun aku pi.Itu natural.

Dan tentulah amat natural juga kalau blogger-blogger Umno itu memenuhi jemputan pertemuan tersebut.Kerja aku ialah nak pelingkup Umno. Kalau ada orang Umno panggil aku nak bagi bahan mentah untuk nak pelingkup Umno, bodoh sunnguh la aku ni kalau aku tak sambut panggilan itu. Begitu juga dengan blogger-blogger Umno itu, kerja depa ialah nak pelingkup Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan kesedapan kuasa Umno - guna pi gelembong perpaduan Melayu ka, perpaduan Islam ka, apa ka; dah gelembong, gelembong pi la apa pun.

Dah kerja depa nak pelingkup PR, bodoh terlampau la depa tu kalau depa tak sambar peluang yang dihidang kepada mereka.Blogger-blogger Umno yang memenuhi jemputan pertemuan di rumah Hassan itu tak salah. Malah, depa cerdik.Apa, hampa ingat Nasharudin dan Hassan bodoh dan tidak cerdik? Jangan dok bodo la. Depa pun cerdik oi! They were serving their purpose, macam mana nak kata depa bodoh?!!Sumber : (baca di sini)
LinkWithin
Dicatat oleh Aspirasi pada

1 comment:

  1. salam bro..mantap..tq..biar rakyat tahu kita di pihak kerajaan menyampaikan maklumat yang benar dan sahih!!! bukan fitnah yang kita canagkan sepertimana depa tu

    ReplyDelete