Thursday, 15 October 2009

PRESIDEN MCA : CUKUP-CUKUPLAH ONG !






KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengarahkan Setiasusaha Agung parti itu memanggil satu lagi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi memutuskan sama ada perlu diadakan pemilihan baru. Keputusan itu diumumkan menerusi laman blog Menteri Pengangkutan itu sebaik selesai mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA selama lebih empat jam di Wisma MCA, sebentar tadi.

Penghuni Gua : Cukup-cukuplah Ong. Jangan cuba mencari talian hayat baru. Perwakilan sudah tidak menaruh kepercayaan kepada anda.

2. Mesyuarat CC hari ini dengan memang menyerahkan kepada presiden parti ( anda le ) untuk menentukan masa depan anda. Jadi itu secara lembut dan bahasa diplomatik . Pada CC , anda sebelum ini telah pamerkan bahawa anda seorang yang berperinsip. Jadi CC beranggapan , jika sudah berperinsip seperti diwar-warkan , anggapan CC misti anda akan letak jawatan setelah EGM tidak lagi percaya kepada anda. Sepatutnya serta merta selepas EDGM terus anda letak jawatan. Itu lagi le anda dihormati. .

3. Rupanya CC silap. Anda tidak berair muka dan tidak mempunyai muka. Anda buat-buat tidak faham maksud tersirat CC hari ini yang memberikan kepada anda untuk buat keputusan. Anda rupanya seorang presiden yang tak bermaruah.

4. Anda masih mencari talian hayat dengan memenaggil EGM baru untuk cuba bergantung harap. Di mana muka anda Mr. Ong?

5. Jalan keluar sudah ditunjukkan dengan jelas oleh EGM dan juga CC hari ini. Letak jawatan ajelah. Jangan cuba nak memanjangkan lagi kemelut MCA ini sehingga menjejaskan BN. Tak berakal sangat ke anda ini? Dengan memanggil EGM ini anda sebenarnya mementingkan diri sendiri dan hanya berhasrat untuk menyambungkan hayat politik anda sahaja.

5. Itukah sahaja standard anda? Sudahlah. Di luar sini semua orang sudah meluat dan menyampah pun dengan anda pun.
6. Nak tahu lagi Mr Ong? Andalah Presiden MCA paling selekeh sekali dari segi percakapan, personaliti mahupun segalanya apatah lagi hal prestasi kerja dalam parti dan kerajaan. Jadi boleh jalanlah.....

Tambahan : Alasan anda kerana tugas masih banyak belum selesai, EGM tak ada 2/3, nak bertanggungjawab tentang PKFZ, EGM tiada penyelesaian konkrit, ada perpecahan akar umbi dan sebagainya. Ini semua hanya alasan - alasan yang amat bodoh dari seorang presiden MCA.

............Macam Liow Tiong Lai katakan : " CC yang bermesyuarat selama empat jam mahu krisis dalaman parti diselesaikan segera tetapi bukan dengan memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM). .................CC mahukan satu jalan penyelesaian yang konkrit dan rata-rata anggota CC tidak bersetuju cadangan Ong memanggil satu lagi EGM. KLIK

Jadi kepada ONG : Faham-fahamlah. CC pun tak menyokong anda. Mereka pun semuanya menyampah. Cuma anda sahaja tak malu dan tiada air muka dan masih tidak faham dan tidak mahu faham-faham bahawa CC telah juga menunjukkan jalan keluar yang jelas kepada anda. Cuma mereka tunjukkan secara diplomatik. Cuma anda terlalu bodoh sombong untuk memahaminya
.

4 comments:

  1. Salam,

    Adalah patut Ong cari jalan yang lebih baik untuk MCA..... kalau kedua-duanya sudah ditolak perwakilan, berundur sahajalah......

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..MUNGKIN KODOK ONG2 NI MERASAKAN MASIH ADE 'ONG' LAGI DLM POLITIK MCA. TP BAGAIKAN HIDUNG X MANCUNG PP TERSORONG2 DIA NI DGN SELAMBER DERK MENYALAHGUNA KUASA YG ADA UTK MENYELAMATKAN PONGGONG SENDIRI..HEII BTUL X TAU MALU!

    ReplyDelete
  3. Hei Lu siapa?? Lu melayu aa , lu luluk liam2 ...gua aa talak puas hati sama itu Solex ...dia aa sulah kunci sama gua...gua susah maa. Ehh lu ingat aa.. lulu gua mau jadi actor 4 bintang cukup maa...tak payah 5 bintang ..tapi aa.. dia sulah potong waa punya jalan ...mana boleh tahan maa tengok dia main filem....manyak syiok maa...gua pun mau maa...toloooog sama gua maa !!! Tolooooooog!!

    ReplyDelete
  4. Peluang terakhir diberikan oleh CC untuk TK berundur dengan bermaruah sudah dimusnahkan.
    Maka wahai Mr. OTK tiadalah maruah mu.

    ReplyDelete