Thursday, 1 October 2009

PRK BAGAN PINANG : FITNAH PAS DAN PR TERJAWAB ! TAK NAK BERTAUBAT KE ?




Penghuni Gua semalam melayari banyak blog-blog PR dan PAS dan juga Harakahdaily. Semuanya memuatkan berita mengenai kononnya bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia ( Gen . Tan Sri Abdul Aziz Zainal ) telah tidak diendahkan sehinggakan tradisi tentera yang amat wajib bila seseorang PAT atau pegawai pemerintah angkatan bersenjata sesuatu negara itu bersara telah tidak dibuat. Iaitu perbarisan bagi persaraan PAT / paluan berundur.

Inilah isu yang dibangkit semasa hangatnya gerak saraf dan perang saraf PRK Bagan Pinang oleh PR dan PAS bagi menarik sokongan pengundi Tentera di Bagan Pinang.

3. Nampak sangat dangkalnya hujah mereka. Tempat rujukannyan ialah seorang YB Kapten ( B ) yang entah dari mana datang nya yang begitu dungu dalam memahami isu ini walau pun beliau bekas pegawai tentera.

4. PR dan PAS mendakwa ,PAT ini pergi dan bersara begitu sahaja. Betapa hinanya PAT ini dihina oleh kerajaan dan tentera yang berjasa begitu besar kepada negara. Inilah di antara ayat-ayat fitnah mereka.

4. Hari ini ( Lihat gambar di atas ) upacara tersebut telah dirancang lama dan begitu rapi dan telah diadakan dengan upacara penuh istiadat ketenteraan.

5. Apa komen dan dan jawapan dari pemfitnah ini? Tak ingin ke bertaubat? Kalau anda beragama dan memfitnah dan fitnah itu ternyata memang betul fitnah maka bertaubatlah. Dah terang ini fitnah dan dosa besar . Jadi jangan asyik bersilat. Herot mulut kita bila hampir mati nanti.

6. Malu lah sikit pada serban, jubah dan tanda hitam di dahi, tetapi asyik memfitnah tak berhenti siang malam. Menyampah. Allah Maha Besar dan Maha Kaya. Semalam mereka bangkitkan isu ini, tak semena-mena keluar gambar di atas membuktikan kejahatan fitnah mereka.

7. Adakah kita semua masih belum mahu berfikir? Fikirlah. Dulunya selepas 3 bulan DS Najib jadi PM , Tim. Presiden PAS memfitnah bahawa DS Najib takut dan bimbang untuk ke luar negara bagi membuat kunjungan ke negara-negara tetangga dan Eropah kerana isu Atlantuya. Alih- alih esoknya, PM berlepas ke US dan Perancis serta beberapa negara lain termasuk Cina .

8. Semua senyap. Tak ada pun nak meminta maaf atas fitnah tersebut. Itu fitnah dari mereka yang tak lekang dengan kopiah, serban dan ada tanda putthu ( hitam ) di dahi. Mulut lebih dari.......

9. Adakah pemimpin dan parti jenis ini untuk kita contohi? Maaf lah.

11 comments:

  1. I beg tu differ. Istiadat tu baru aje buat. Kalaulah PR tak buat bising, mungkin istiadat tu will be kept on delaying sampai org lupa.

    ReplyDelete
  2. aku dah lama x percaya...
    lihatlah ketua dorang tuh...
    macam ular...berbelit belit..
    yg buat demo tuh...berserban kopiah tapi macam setan

    ReplyDelete
  3. juwa. majlis besar begib tak boleh nak buat dan rancang dalam seminggu. berbulan latihannya. menagku je le. jangan dok berhujah tak berbukti.

    ReplyDelete
  4. Apalak kena ko nih juwa (jub nuwa)..baru ka lama ka yang penting puak ko FITNAH faham...nak dengar PR? takde maknenyerrr

    ReplyDelete
  5. Fitnah..fitnah...fitnah

    Itu je yang Pembangkang Buat...

    Semoga Allah Memberikan Mereka Petunjuk

    ReplyDelete
  6. SLM BRO...HMM FITNAH DH JADI MKANAN RUJI PAS..SBB TU MULUT PENCERAMAH PEMBANGKANG BAU TUNGKIK WLU PUN DH GOSOK GG DGN KOLGET!

    ReplyDelete
  7. Salam
    Betul tu..Kelmarin aku ada perasan kat paper Suara Keadilan tulis isu persaraan Jeneral Abdul Aziz...
    Tapi masa aku terbaca pun aku tau diorang ni kencing jer..Ahaks!

    Juwa tu dah selalu mandi kencing SK dan Harakah.. sebab tu cakap macam bangang,nak kata yang dia betul jugak.. takper, mamat kaki fitnah ada NERAKA khas untuk mereka..kuikuikui

    ReplyDelete
  8. "Juwa said...
    I beg tu differ. Istiadat tu baru aje buat. Kalaulah PR tak buat bising, mungkin istiadat tu will be kept on delaying sampai org lupa "

    hehehe...ingat perancangan istiadat tu buat 2~3 hari aje ke??....orang buat kenduri khatan anakpun merancang 1~2 bulan!...kalau bercakap biar 'cerdik' sikit takut bberjangkit kat anak beranak!
    ooppsss!...jangan tak tahu idea Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat tu datangnya dari
    Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal ni!...kang jangan kau kata idea Mahfuz Omar plak!!!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  9. salam bro....

    Nama pun politik. Asal menang. Bengkok sudah mesti, kalau tak sapa nak sokong. Kalau tak membohong tak dinamakan politik tak kira la serban dia sebeso taik gajah. hehehe

    ReplyDelete
  10. Siapa kah Kept (B) tu. Dah bersara dia derhaka dan khianat dan memburukkan ATM.

    Itulah jadinya kalau berdamping dengan parti penjaja syurga tu.

    ReplyDelete
  11. "SEMBAH SALAM" Sdr ARiF, :)

    TiBA di sini DALAM carian UTK 'paluan berundur tentera darat' .

    tahniah!... atas usaha ANDA yang "TAAT SETiA" .

    WASSLAM .

    Mahadher Cucu Tok Awang
    SB , SETAPAK .

    PS: LAYAN... POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio] . :) .
    http://www.youtube.com/watch?v=6WCcOHJ61jw .

    SENi BELADiRi . OPS KERiS . ~i|i~ .
    "OBOR" .
    .

    ReplyDelete