Sunday, 11 October 2009

TGNA CADANG TERNAK MERPATI !!!!????





KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyarankan penduduk di negeri ini mengusahakan ternakan burung merpati yang menjanjikan pulangan lebih baik berbanding ternakan puyuh. Beliau berkata, ternakan burung merpati mempunyai potensi untuk dipasarkan sebagai makanan kesihatan.

"Idea ini saya perolehi ketika melawat negara Mesir tidak lama dahulu di mana perusahaan ternakan burung merpati amat menggalakkan sebagai makanan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Raya Nirwana Baru, di Pekan Baru Kubang Kerian, dekat sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ini aje ke projek besar TGNA?

2. Projek yang kerajaan buat semuanya dikutuk dan diperlekehkan. Ingatkan ada le idea dari TGNA dan pemimpin PAS lain yang bercakap serba tahu dan serba pandai dalam segala hal. Alih-alih syor projek ternak merpati aje. Tak usah cadang pun tak apa. 20 tahun dulu sudah PG ternaknya. Tak habis makan pun. Untuk makan kedarah sendiri aje.

3. Itu pun cadang secara amnya sahaja. Detailnya habok pun tak ada. Berdaya maju ke atau tidak. Lain kali kalau seseorang MB nak cadang sesuatu projek tu buat le kajian dan kaji masa depan satu-satu projek. Baru le bentang dan syorkan. Adakan langkah-langkah tertentu dulu baru cakap. Sekadar syor kemetot tu tak usah cakap lagi le?

4. 20 tahun lebih memerintah : Itu ajekah perancangan besar kerajaan Kelantan? Lupakanlah. Buat letih aje. Cadangan TGNA ini boleh lah kita semua buat cerita penglipurlara dan boleh dicerita di PRK Bagan Pinang bagi meredakan kemarahan kedua-dua pihak yang bertanding. Mungkin mendengar cadangan ini semua pihak di sana boleh gelak sikit.

4 comments:

  1. Jangan kutuk PG, nanti kena tulah tok guru...... nanti awak tengoklah macam mana Harakah akan keluarkan besar-besar du muka depan....... 'projek tok guru'........

    ReplyDelete
  2. SLM BRO...PAK AJIS SAJE NAK PENUHKAN PORTFOLIO. HEHEHEH

    ReplyDelete
  3. Tak payah ternak merpati. Ada sebuah negara sekarang sedang promosi makanan daging burung gagak.

    Hah, pi saja pasang jerat kat mana tempat terutama kat Selangor. Gagak bandar lagi, bukan sekadar ayam kampung.

    Hantar free to Kelantan from Selangor with love. Kat pekan kami takder burung gagak.. merpati bercambah, siapa pun tak lalu makan. Datang selesema burung nanti mampus semua..

    Hai Kelantan ikan tak cukup ker nak jadikan komersial, macam tin sardine cap ayam? Dah naik cemuih asyik makan keropok ajer berkurun lama dari Kelantan.

    Ingatkan dia jadikan burung merpati sebagai simbol nak lancarkan satellite dari Kelantan untuk teknologi perhubungan!

    Mujur dia tak sarankan ternakan tikus.. kaum cina makan anak tikus hidup2 untuk kesihatan mereka.."the three squeaks".. Promosi ini kan lebih senang, banyak tikus kat sawah diKelantan.. tikus kampung!

    Oink Oink

    ReplyDelete
  4. pegi mampos la tuan punya blog bangang ni

    ReplyDelete