Sunday, 8 November 2009

BAI'AH PAS : NILAI SEBUAH PERKAHWINAN !






Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.

Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut.

Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah harga yang perlu dibayar kepada mereka atau orang islam di Malaysia ingin menjadi calon PAS. Melompat parti atas apa alasan pun ( kalau pun pemimpin tertinggi bersalah dari segi agama ) pun akan jatuh talak 3.

2. Itu harga sebuah perkahwinan dan keluarga kepada PAS dan pemimpinnya. terlalu murah. Cukup mudah dan terlalu murah untuk sebarang gadaian. Semuanya beragama dan bergelar ulama dan bijak pandai islam. Tetapi kerana politik , semuanya membisu dan menjadi pelacur kepada agama dan kehidupan. Semuanya atas nama islam dan perjuangan islam.

3. Kepada belia dan orang muda islam di Malaysia ini : anda semua jangan lah terlalu taksub dan mudah percaya kepada gulungan seperti ini yang kelihatannya warak dan berjiwa islam tetapi lebih burok dari perangai pelacur dan syaitan. Gunakan akal kita sendiri. Islam tidak mengajar kita begitu. Itulah harta kita dunia dan akhirat dan itulah pun ( keluarga dan anak-anak kita ) yang akan mendoakan kita apabila kita mati.

4. Bukan orang politik dan rakan taulan. Mereka ini masa berada dan masa kita berguna sahaja akan mendoa dan menyanjung kita. Bila mati, isteri dan anak kitalah yang mendoakan kita siang malam. Sebelum mati pun, sejak mulakan perkahwinan, si isterilah yang siang malam bertahun-tahun memasak, makan minum, pakaian, melayan kerenah suami dan anak-anak tanpa sebarang sungutan. Segala peluh dan daki badan suami pun dicium.

5. Jadi inkah balasan kita kepada amanah Allah yang suruh kita jaga selagi ada kudrat kita . Hanya kerana politik , sanggup kita membiarkan talak diberi kepada isteri yang tidak berdosa. Talak dan cerai ini perkara yang walaupun halal adalah perkara yang amat dibenci oleh Allah dan Mohamad S.A.W.

6. Kepada orang muda dan belia islam, fikirlah. Adakah parti dan pemimpin begini hendak kita berikan amanah untuk mentadbir negara. Bertindaklah dengan bijak dengan kuasa undi yang ada pada anda bagi melenyapkan parti dan pemimpin sebegini .Agama sudah menjadi komoditi dan perkahwinan pun menjadi komoditi dagangan dan gadaian politik yang begitu murah sekali! Pelacur pu lebih jujur dan berterus terang. Sekurang-kurangnya mereka terang melacur dan hebahkan untuk mencari pelanggan.

7. Itu pun untuk mencari sesuap nasi ( memang lah haram ) untuk diri sendiri. Ini mencagarkan perkahwinan / menjual dan gadaikan perkahwinan dan amanah Allah hanya untuk mempertahankan sebuah parti yang belum tentu perjuangan islamnya diterima Allah. Sekadar letak nama islam pada parti aje buat apa. Sekarang , PAS nak sebut dan memperomosikan hukum hudud atau memperbaiki undang-undang hudud kelantan pun tak berbunyi langsung. Bimbang PKR dan DAP mengamuk. Ini ke fisabillillah.

8. Penakut hendak menyebut hudud kerana kepentingan politik. Di mana islamnya PAS lebih takut kepada PKR dan DAP. Mengapa ubah slogan PAS untuk semua. Buatlah Slogan Hudud Untuk kedamaian semua. salah ke. Ini yang terbaik. Mengapa takut jika benar? Jawapannya mereka / PAS juga adalah pelacur kepada politik islam dan orang islam serta perkahwinan seorang islam.

9. Fikirkanlah, Fikirkanlah, fikirkanlah. ( Pemimpin PAS tak apalah nak berbai'ah, sebab isteri mereka 3 ke 4 orang setiap satu. Gugur talak , mereka ada lagi isteri yang lain. Mereka berbaiah untuk satu isteri sahaja. Mereka pandai ).


Nota : Dahulunya UMNO dikafirkan kerana tak laksanakan hudud. Tetapi PAS lagi teruk. Lebih teruk dari kafirnya kepada UMNO. Kerana jangankan nak laksana hudud sekarang ini atau perjuangkan dan war-warkannya : Nak sebut pun takut dan dayus. Apa maknanya ini dari segi islam. Atau kafir nya UMNO dahulu telah pergi kepada PAS sendiri? Fikirkan? Perkahwinan jangan digadaikan dengan hanya laungan politik bodoh mereka yang berserban dan mengaku alim ini.Mereka pun belum tahu ke syurga atau ke neraka. Yang pasti, isteri dan perkahwinan sah milik kita. Itu yang Allah janjikan dan amanahkan.

2 comments:

  1. Kalau ahli-ahli PAS jarang kita dengo keluar parti kecuali membawa ke lubang kubur. Sebab tu undi PAS maintain je stiap kali pilihanraya. Lagi pun, kalau mereka keluar PAS seolah-olah macam keluar agama.

    Rupa-rupanya nak jaga kesetian pemimpin PAS kepada parti lagi susah....hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam

    Satu persoalan yang perlu dilihat..apakah nilai perkahwinan dikaca mata pemimpin PAS dan dimanakah keadilan kepada wanita apabila perkahwinan sesuatu yang suci telah di permainkan demi meraih kuasa dan pangkat didunia

    ReplyDelete