Friday, 6 November 2009

HANYA KERANA MEREKA MERASAKAN LEBIH ISLAM DARI ISLAM YANG LAIN..............

Di bawah ini disertakan gambar-gambar pengeboman masjid-masjid yang berlaku di Pakistan akibat persengketaan mazhab Sunnah vs Syiah. Kedua pihak mengebom masjid dipihak satu lagi. Begitulah perulangan berlaku ( lebih dari 10 tahun ) . Beribu jemaah yang tidak berdosa dari kedua mazhab dan aliran ini terkorban.

2. Siapa lebih syahid? Atau siapa yang syahid? Sunnah mengatakan mereka syahid , syiah pun mengatakan jemaah mereka mati syahid. Sikafir hanya gelak sehabis suara. Kah , kah , kah , kah..

3. Semua ini berlaku kerana setengah pihak merasakan pegangan agama islam mereka lebih islam dari yang lain. Jika berlainan dalam perkara cabang pun , terus dianggap kafir. Maka terjadilah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Siapa penggeraknya? Penggeraknya adalah para ulama samada secara langsung dan tidak langsung.

4. Ini juga terjadi kerana ulama berlebih sangat dan berlumba nak jadi umarak. Sepatutnya ulama hanya menasihati umarak. Jika ada yang baik untuk jadi umarak ok lah juga. Ulama tak semistinya menjadi umarak. Ulama sepatutnya mendamaikan pihak-pihak bertelagah ini. tetapi apa yang berlaku di Pakistan ( sudah lebih dari 10 tahun, tiada nampak cahaya perdamaian ).

5. Ulama hanya pandai mencipta persengketaan . Hendak mendamaikan langsung tidak ada. Yang mereka tahu hanya salah menyalah antara satu sama lain. Akan ada yang akan dikambing hitam untuk menghalalkan tindakan ganas mereka.

6. Itulah sebabnya , pada pandangan PG, Allah masih belum lagi merestui dan memakbulkan doa golungan ini untuk memerintah secara total. Sesama beragama dan sesama ulama pun tidak pandai mencari titik perdamaian . Bukan dalam perkara politik pun. Dalam perkara titik bengik dan hal kehidupan harian dan hal-hal cabang dan fardhu kifayah pun mereka berbunuhan.

7. Gulongan ini pun bersepah di Malaysia. Termasuklah ulama yang sibuk berpolitik melebihi dari menyeru kepada kebaikan dan persaudaraan. Tapi jika ditegur pun tak boleh, nanti terus dikafirkan. Adalah ayat dan hadith bagi mengkafirkan mereka yang tidak menyertai kumpulan mereka.

8. Jadi berfikirlah kita secara bebas. Jangan lah sekali-kali membenarkan kepala dan minda kita dikongkong oleh mereka yang merasakan mereka lebih islam dari orang islam yang lain.........Amin.

9. Lihat gambar - gambar masjib yang di bom di bawah :

8 comments:

  1. Salam bro, setuju dengan pandangan tuan, apakah ini juga bakal berlaku di Malaysia ?

    Kalau ada parti yang mendakwa mereka lebih Islam dan mendakwa parti lain kafir sedangkan kedua-duanya terdiri dari satu bangsaa dan agama.....

    Inilah akibatnya jika mengejar kuasa dan jawatan telah melebihi perjuangan agama itu sendiri....

    ReplyDelete
  2. arif omar mmg kau umno biul.....mic dalam PR atau pun BN amno yang jadi sifu dia org...komen ikut sedap aje...

    ReplyDelete
  3. to: anon 06 November 2009 16:54
    ... ko nak citer pe nie?....

    ReplyDelete
  4. KEHKEHKEH DH KENAPE DGN KO ANON 16.54?..KO MARA KE BILE ADE ORG JENTIK SKET KAT IDONG KAUM 'HAM'PAS? SUSAH SGT KE NAK MINTAK PAK AJIS SAMBUT SLM PERPADUAN?..NAK KENE SEMBAH DIA?..NAK KENE MELUTUT DEPAN DIA?..SURAH MANE YG AJAR KO TOLAK PERPADUAN?..KEHKEHKEH..SENDIRI PIKIR LA MAMAT OII..

    JGN MARAA HAAAA

    ReplyDelete
  5. maap bro.. ni bukan antara sunni syiah..ni antara salafi wahabi yg bertopengkan sunni vs syiah.. org sunni tulen tak suka nak bunuh2 org ni semua.. yg dok keluarkan fatwa bunuh ni semua ulama wahabi totok ja..
    harap maklum la.. org syiah sendiri pun tahu yg suka bom2 dia org ni orang wahabi.. org sunni dia org hormat..sebab tu perpaduan sunni syiah terhalang kerana golongan wahabi ni..mcm perpaduan pas dan umno la..si penghalang tu pun sakan punya wahabi jugak tapi sorok sorok..

    ReplyDelete
  6. isunya. apa peranan ulama kedua pihak? apa untungnya. islamlah yang rugi kerana salah satu aliran mengutuk dan mengatakan mereka lebih islam dari yang lain. itu aje isunya. yang nampak bodoh islam lah. itu ajelah kerja ulama. hanya nak berpolitik lebih2.

    ReplyDelete
  7. ISUNYA JUGA , JANGAN DOK GADUH LE SESAMA ISLAM. RUNDINGAN. CARI PENYELESAIAN. JANGAN CEPAT JATUH HUKUM. ISLAM ITU LUAS. BINCANGLAH . APA SAMPAI NAK BERPARANG DAN MENGKAFIR SESAMA ISLAM? SYURGA TU LUAS. UNUTK BERJUTA-JUTA ORANG. PINTU RUNDING TERBUKA LUAS. APA NAK GADUH-GADUH. MUNGKIN ILMU KITA KURANG. DGN BERBINCANG DIA MENAMBAHKAN ILMU. INI TERUS AJE NAK KAFIRKAN DAN MENGKAFIR SESAMA ISLAM. APA LE ULAMA-ULAMA INI. MACAM MANA LE KITA AWAM NAK MENCONTOHINYA.

    ReplyDelete
  8. Kita umat Islam ni yang bodoh...dah masuk perangkap musuh Islam...Sbb itu sengketa syiah-sunnah x penah selesai...spttnyer suma Islam x kira maszhab bergabung lawan musuh Islam...sama la juga kat Msia,isu berlainan mazhab diperbesarkan..sedangkan golongan yang tolak Islam secara terangan x diambil tindakan...macam parti UMNO,yang menjadi dasar kebangsaan(nasionalisme) sebagai dasar parti...nasionalis ni anak beranak kepada sekular...fikir-fikirkan...

    ReplyDelete