Monday, 2 November 2009

JAIS TANGKAP DR MAZA : TINDAKAN BALAS DENDAM DAN TIDAK CERDIK !


JAIS tahan bekas Mufti Perlis
02/11/2009 2:54am


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sengaja cari pasal. Inilah yang menyedihkan dan satu tragedi kepada umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Kerana apa? Kerana setengah dari mereka ini merasakan mereka lebih islam dari yang lain.

2. Ulama dan pihak berkuasa agama di Malaysia ini tidak bijak dalam menguruskan perbezaan yang Allah ciptakan. Maka akan lebih mengecillah lagi umat islam yang telah sedia kecil.

3. Bodoh atau cerdik tindakan JAIS ini. Pada PG , adalah satu tindakan bodoh sombong dan hanya membalas dendam. Ada tangan ghaib dan agenda lain selain dari mengajar tiada tauliah.

4. Sebab itu Allah sehingga kini , tidak izinkan lagi , PAS atau mereka yang beragama memerintah negara ini. Apa pandangan bukan islam terhadap tangkapan ini? Adakah imej islam akan lebih baik.

5. Hasil dari tindakan bodoh JAIS ini , PG lihat jika tidak ditangani dengan betul , boleh menjadikan sesama umat islam bergaduh dan bersengketa yang berpanjangan. Semuga Allah mencelikkan cerdik pandai islam di Malaysia ini dari kebutaan mereka.

6. AMIN.

Nota : Alasan Dr Maza tiada tauliah hanya alasan untuk mencari pasal. Semasa beliau mufti Perlis pun, beliau dilarang mengajar di Selangor. Padahal semua mufti pada masa itu dibenar mengajar di Selangor walau tiada / tanpa tauliah. Tetapi mufti Perlis ini juga dilarang berbuat demikian di Selangor. ( KLIK )

7. Apa sangatlah salah hingga begitu rupa mencari kesalahan Dr Maza. Dr Maza itu kalau ada perbezaan [andangan pun hanya dari segi ranting sahaja bukan masalah pokok dan rukun dalam islam. Perbezaan itu satu hikmah jika kita pandai mengruruskannya.


Jawab sikit Dr Hassan! Ini dibawah portfolio anda sepenuhnya. Atau anda hanya kayu yang tidak berguna?

6 comments:

  1. Itulah tindakan rakus UMNO-BN. Hangpa guna semua jentera kerajaan demi memuaskan nafsu UMNO. Tangkap sesiapa yang tak sehaluan dengan UMNO. Walaupun PR pegang kerajaan negeri tetapi jabatan kerajaan semua di bawah kuasa pusat lah bahalol. Bermakna kerajaan pusatlah yang perintah Dr Asri ditangkap.

    ReplyDelete
  2. baca undang-undang dan perlembagaan. biar cerdik sikit. agama bawah state

    ReplyDelete
  3. jais ni bawah selangor pkr..heheehe..asal mcm ni pun nak salahkan BN.dr asri tu tak nak join PAS tu pasal jadi mcm ni.tapi kalau dia tak nak join UMNO,BN takde le nak serbu gini..asal betul mesti PAS asal batil mesti UMNO..apa nak jadi korang ni..

    ReplyDelete
  4. PAS busuk punya orang.Orang Baik Mcm Dr Maza ni pun depa tahan.Alasan tak logik langsung.Kalau macam tu lah alasannya pasal apa Dr Maza boleh plak bagi kuliah BAHTERA PERUBAHAN kat ASTRO 1Malaysia tengok termasuklah saya sendiri tapi kerajaan Malaysia tak ben pun rancangan tu.

    Ni baru keluar stment yg Dr Maza tak nak join PAS terus kena tahan.PAS menyalahgunakan kuasa yg telah di beri.Sekarang Allah telah menampakn kuasanya terhadap rakyat Malaysia yg selam ini mendakwa akan menjadi pemerentah lebih baik jika berkuasa dari kerajaan BN.Naahhh amik kau masalah ni pun tak tau nak hendel.Poorraaa PAS

    ReplyDelete
  5. What I can say, PAS sucks. memang cari pasal. PEMECAH BELAH UMMAH. Harap Takbir je kuat berdegar2. Memang Khawarij

    ReplyDelete
  6. salam,

    to klon parpukari, janganlah menunjukkan anda seorang yang bodoh, bangang lagi bahalol. dulu bila mak bapak suruh pergi sekolah, ponteng, kan dah jadi macam lembu. agama, tanah,forest adalah bawah kuasa negeri. kalau tak faham lagi, boleh datang jumpa saya.

    ReplyDelete