Wednesday, 4 November 2009

HANYA KERANA BOLA , CUTI : LEMAHNYA OTAK PEMIMPIN !





KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa untuk seluruh negeri Ahad ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memasuki final Piala Malaysia Sabtu ini. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata keputusan itu sebagai menghargai dan menjaga keselamatan peminat yang akan ke ibu negara menyaksikan perlawanan akhir itu. "Pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan juga akan menerima ganjaran pakej umrah dan wang saku secukupnya sebagai menghargai kejayaan melayakkan diri ke final," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Penghuni Gua : Hanya kerana bola sepak dan hanya kerana pasukan negeri masuk akhir maka cuti ditawarkan. Apa nak jadi kepada pemimpin negara kita. Pemimpin apa jenis ketegori kita nak golongkaannya.

2. Seperti yang selalu PG tegaskan sebelum ini, tidak kira ia dari parti mana sekali pun , kita sesekali jangan jadikan cuti sebagai habuan kepada rakyat. Beginikah caranya kita ingin menarik minat pelabur asing ke negara kita? Berapa billion kerajaan akan rugi . Berapa juta kerja yang akan tergendala dan berapa ramai yang tergendala segala urusan.

3. Kepada pemalas-pemalas dan jenis pekerja yang seharian berada di kedai kopi dan asyik berpolitik memang suka dengan rasuah dalam bentuk cuti ini. Sudahlah pemimpin kita ini pemalas dari segi menjadi pemikir untuk merancang dan mengujudkan idea-idea bagi meningkat pendapatan rakyat dan negara / negeri. Ini dikorbankan pula masa berkerja bagi meningkatkan pendapatan negeri dan rakyat dengan hanya memberi cuti bodoh dan tidak membawa sebarang produktiviti dan meningkatkan minda rakyat.

4. Sehingga bila kita hendak menjadikan cuti sebagai habuan kepada sukan? . Berapa banyak lagi hari yang bertuah dan amat berguna kepada manusia dikorbankan bagi memenuhi tuntutan politik murahan ini?

5. Islam mengajar kita cara begini ke? Atau adakah ini sahaja standard pemikiran kita dalam menghadapi cabaran abad ke 21 yang begitu mencabar? Berpahala ke kita dengan memberikan cuti hanya kerana perkara sampah begini?

6. Sedih melihat gelagat pemimpin sebegini yang kerap melacurkan cuti hanya untuk pupolar dan hanya karana politik. Gaji desak dinaikkan , kerja pula nak dikurangkan. Adilkah ini kepada rakyat bawahan?
7. Pemimpin begini hanya pandai perabihkan duit. Cari duit bagi menambah tabung pendapatan negeri tak ada langsung. Yang di tahu tarah balak sampai botak. Tak ada duit nak bangunkan negeri minta sedekah dengan kerajaan pusat. Atau mereka sudah nampak wang minyak yang telah diluluskan oleh PM hari ini. Jadi tak perlu bersusah payah mencari duit . Duit terpijak sudah ada. Jadi selepas ini , banyak lagilah cuti.

3 comments:

  1. takpa lar cuti sekali sekala....sekurang2nya takyah lar nak amik cuti...bab hadiah pergi umrah memang lah satu yg unik dan wajar dicontohi........

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak masuk final.....Kalau menang pun rakyat nak cuti jugak sebab hari Ahad adalah hari bekerja. Boleh pulak Husam Musa dan Anuar Musa berpakat melalui sukan. Selain sekolah satu aliran, sukan juga boleh menyatukan hati-hati manusia. hehehe

    ReplyDelete
  3. relaks la, pasal cuti pun kecoh, minda cuti kan lebh produktif time keje esoknya..

    ReplyDelete