Saturday, 14 November 2009

RIADAH KUDA KE BUKIT JELUTONG , BATU BERENDAM MELAKA !






Pagi ini jam 8 pagi hingga jam 11 pagi PG bersama anak dan seorang rakan anak telah beriadah kuda dari Ayer Keroh sehingga ke Bukit Jelutong, Batu Berendam Melaka. Jaraknya pergi balik lebih kurang 25 km.

2. Dapatlah menghirup udara segar pagi dan menikmati pemandangan indah. Sesekali tu pecut juga le kelajuan kuda sehingga 30 km sejam. Nak laju-laju jalan licin kerana lepas hujan.Budak 2 orang tu jangan cerita le, kecik kepala mereka meninggalkan PG jauh di belakang.

3. Kepada pembaca, jaga le kesihatan baik-baik dari usia muda. Syarat utama , otak kena clear. Jangan sesekali otak dan fikiran kita dikawal oleh pihak lain. Juga jangan terlalu taksub kepada seseorang. Hati mesti sentiasa gembira.

4. Juga , kuatkan membaca. bacalah apa-apa sahaja yang baik. Biarkan otak kita sentiasa berjalan. Itulah rahsia Tun Mahathir Mohamad panjang umur pada pandangan PG. Membaca dan riadah jangan dilupakan.

No comments:

Post a Comment