Tuesday, 22 December 2009

PR : JANGAN TERGODA DAN TERTIPU DENGAN AGENDA BODOH MEREKA!


Penghuni Gua : Kelmarin, dasar bersama PR dimeterai pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama menggariskan empat agenda penting yang akan dilaksanakan apabila parti itu berjaya mengambil alih tampuk pimpinan daripada Barisan Nasional (BN). Dasar bersama Pakatan Rakyat (PR) diumumkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah ’indah khabar dari rupa’ kerana ia jelas tidak menggambarkan kesepakatan gabungan tiga parti dalam PR dalam beberapa isu penting.

2. Dasar itu tidak jelas dan hanya menyatakan penyataan umum kepada rakyat bagi meraih sokongan terhadap Pas, PKR dan DAP. Dasar yang digubal terlalu umum, sebagai contoh dasar keadilan sosial dan pembangunan insan dari segi agama, PR berikrar menubuhkan mekanisme menyeluruh untuk penyelesaian adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil .

3. Dalam syariah , PR hanya ingin menubuhkan, dan bukan memberi cara penyelesaian bagi isu tersebut .

4.Dasar itu seharusnya mendapat kata sepakat daripada ketiga-tiga parti, berterus terang dan diperjelaskan secara terperinci. Contohnya Sekiranya hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan, adakah pemuda Pas juga akan bersetuju dengan cadangan tersebut?

5. Itu kata Dr Chandra Muzaffar. Memang benar pun. Itulah PR. Hanya sebuah retorik. Kepada semua bakal pengundi PRU13 , berhati-hatilah. Mereka hanya mempunyai dasar umum yang bertujuan hanya satu. Untuk menjatuhkan BN sahaja. Tidak lebih dari itu. Perlaksanaanya kosong.

6. Butiran lanjut dasar tersebut akan dipusing seligat-ligatnya apabila memerintah nanti. Kepada semua kaum pun, berhati-hatilah dengan dasar kosong parti ini. Mendengarnya memang sedap. Perlaksanaannya ...................zlihat sahajalah apa yang berlaku di Selangor dan dibeberapa tempat / negeri yang diperintahnya.

7. Janji dan dasarnya hanya kosong dan tidak bertujuan untuk kepentingan negara dan rakyat. Hanyalah untuk menjatuhkan BN . Itu sahaja. Sebab itu hendak mendaftar PR pun mereka masih terkapai-kapai dan berdalih. Sebenarnya tiada ikatan untuk mereka bersatu. Hanya omongan kosong dari dasar seorang peliwat dan dari parti perkauman.

8. Berhati-hatilah......

2 comments:

  1. Mendengarnya memang sedap. Perlaksanaannya ...................zlihat sahajalah apa yang berlaku di Selangor dan dibeberapa tempat / negeri yang diperintahnya.

    - saya setuju 100% dgn PG!!

    ReplyDelete
  2. PKR PAS DAP tiga buah parti yang menaruh syak wasangka dan curiga antara satu sama lain. Masih tidak berganjak dengan ideologi masing2.Sbb itu sampai sekarang mereka masih tidak menubuhkan sebuah parti perikatan saperti Barisan Nasional.3 buah parti ini tidak ada agenda untuk membela rakyat .. cuma untuk memuaskan nafsu serakah dan dendam kesumat untuk menghancurkan BN.

    ReplyDelete