Demonstrasi oleh para penyokong UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan dan Pulau Pinang minggu lalu saya fikir menarik untuk dibicarakan. Dari sudut perlembagaan ada beberapa sisi yang boleh diperkatakan. Yang pertama ialah soal hak bercakap dan berkumpul secara aman yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.
Semua warganegara berhak untuk berbuat demikianTetapi dalam konteks negara ini perlembagaan membuat peruntukan yang membolehkan Parlimen membuat undang-undang untuk membatas atau menyekat hak-hak tersebut. Atas asas inilah kita ada peruntukan yang memberi kuasa kepada pihak polis di bawah Akta Polis 1967 untuk mengawal selia, termasuk tidak membenarkan perhimpunan awam.Dalam kedua-dua insiden itu pasukan polis dikecam kerana mengambil sikap tidak kisah; yang jelas berbeza dengan garang yang mereka tunjukkan dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Kecaman itu, pada saya, wajar dan patut diizinkan dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Umumnya saya berpendapat bahawa Perlembagaan dan undang-undang perlu selaras dengan demokrasi dan atas dasar ini saya fikir polis masih belum begitu berjaya meyakinkan rakyat tentang integriti dan keadilan mereka. Bandingkan sahaja cara polis bertindak memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti berucap di Johor beberapa minggu yang lalu.
Sisi lain yang saya hendak sentuh ialah perkara yang hendak ditangani oleh kedua-dua demonstrasi itu. Di Pulau Pinang para penyokong Barisan mendakwa bahawa mereka turun ke jalan kerana Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal melaksanakan janji-janji mereka. Di Kelantan pula para penyokong UMNO itu mahu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan. Dari sudut Perlembagaan demonstrasi bukanlah cara yang betul untuk meminta Lim Guan Eng atau Nik Aziz meletakkan jawatan.
Cara yang disediakan oleh Perlembagaan ialah melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Dengan kata lain kalau UMNO benar-benar komited dengan Perlembagaan dan mempunyai sokongan yang diperlukan mereka perlu menggunakan cara itu. Menjerit-jerit dan membakar gambar di jalan raya bukan caranya. Saya fikir polis boleh memaksa penyokong Barisan bersurai kerana dalam Perlembagaan jelas ada cara yang lebih betul untuk melaksanakan kehendak mereka. Sebab itu saya katakan di atas tadi polis gagal melaksanakan tugas mereka.
Apalagi setelah mereka menafikan hak Anwar untuk berucap di Johor itu. Apakah di Pulau Pinang dan Kelantan tidak timbul soal kesesakan lalu lintas atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang mereka jadikan alasan di Johor dan beberapa demonstrasi Pakatan yang lain? Selain itu saya tidak fikir penyokong Barisan di Pulau Pinang itu mengundi parti-parti Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jadi apa hak mereka untuk mengatakan bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng gagal mengotakan janjinya.
Saya fikir yang lebih layak untuk menuntut itu semua ialah mereka yang mengundi Pakatan. Isu-isu di atas sememangnya komplikated dan sepatutnya diselesaikan oleh mahkamah. Tetapi dalam keadaan yang ada sekarang tidak banyak yang boleh kita harapkan dari hakim-hakim kita. Malah sekitar 15 tahun yang lalu seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hak di bawah Perlembagaan itu boleh disekat oleh apa sahaja undang-undang yang dibuat oleh Parlimen!
Hakim ini jelas tidak faham Perlembagaan; khususnya prinsip ketertinggian Perlembagaan dan peranan polis dalam negara demokrasi. Hak bersuara dan berbeza pendapat ini memang mengelirukan jika kita tidak faham kerangka Perlembagaan.
Ini pernah ditimbulkan oleh mereka yang menyokong gelagat Datuk Dr Hassan Ali di Selangor. Saya katakan pada mereka yang Hassan tidak boleh menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) kerana beliau adalah anggota pentadbiran. Ada peruntukan lain yang mengatasi peruntukan umum itu; yakni Perkara 43(3) yang menuntut beliau patuh kepada prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota Kabinet.
Kalau Hassan hendak menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) tadi maka perlulah beliau meletakkan jawatan Exconya. Tentang Nik Aziz pula media UMNO begitu gemar menyebut betapa beliau terlalu lama memegang jawatan. Soalnya apakah tempoh yang baru masuk tahun ke 20 itu lebih lama dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Atau Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menduduki kerusi menteri besar di Terengganu sebelum tersungkur dalam Pilihan Raya Umum 1999.
Di Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memegang jawatan Ketua Menteri selama 28 tahun. Pada faham saya apa yang penting, kalau kita melihat isu ini dari sudut Perlembagaan dan demokrasi ialah cara bagaimana seseorang itu mendapat dan memegang jawatan. Bukan soal berapa lama seseorang itu memegang jawatan berkenaan. Minggu lalu, di Singapura, seorang bekas wartawan membuat dakwaan yang mengejutkan tentang jumlah wang yang lesap dalam tempoh 1981-2003.
Sehingga ini orang yang selalunya cukup pantas membuat reaksi itu masih menikus. Kita juga sering mendengar betapa tempoh itu dikaitkan dengan pengembirian begitu banyak institusi awam dan pelanggaran hak asasi di negara ini. Bagi mereka yang prihatin dengan demokrasi tempoh 22 tahun itu dilihat sinonim dengan zaman gelap.
Pada saya itu menunjukkan bahawa apa yang lebih penting ialah bagaimana sesuatu jawatan itu dimenangi dan bagaimana kuasa yang dikaitkan dengan jawatan itu digunakan. Bukan soal berapa lama. Kita boleh pegang jawatan itu selama yang mungkin asalkan caranya demokratik. Tetapi memanglah bahawa logiknya sukar untuk mengekalkan jawatan kerana cabarannya banyak dan kuat pula.
Sebab itu bekas Perdana Menteri Britain Harold Wilson (1964-1970 dan 1974-1976) pernah berkata bahawa seminggu dalam politik sudah cukup lama. Pengucapan itu tentunya perlu dilihat dalam konteks demokrasi mereka yang begitu terbuka, telus dan tidak ada cara untuk membawa lari tiang gol seperti di sini! Presiden Amerika Syarikat, Frank D Roosevelt memegang jawatan itu selama empat penggal (1933-1945).
Tetapi zaman kepresidenannya ditandai oleh sokongan dan pengaruh yang kuat. Beliau berada di situ atas dasar demokrasi yang kalau dibandingkan dengan Malaysia atau negara-negara primitif lain jauh bezanya. Memang selepas beliau Perlembagaan Amerika Syarikat dipinda dan seorang hanya boleh memegang jawatan presiden selema dua penggal berturut-turut. Tetapi itu dilakukan secara terbuka dan demokratik.
Dengan kata lain itu adalah kehendak rakyat. Para penyokong Barisan yang turut ke jalanan itu sepatutnya ingat hakikat itu. Mereka perlu buktikan bahawa Lim Guan Eng dan Nik Aziz sudah kehilangan sokongan. Tetapi ia perlu dilakukan di dalam dewan. Bukan di luar. Ketua Polis Kelantan dan Pulau Pinang pun kena tahu hakikat ini. Undang-undang ini terpakai kepada kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan. -
Prof Abdul Aziz Bari
Penghuni Gua : Lihatlah mulut Prof Aziz Bari ini. Macam biasalah. Kita dah tahu wajah dia. banyak wajahnya. Yang pasti siapa yang menyentuh DSAI atau menyentuh parti yang DSAI dokong atau parti yang DSAI sokong maka siaplah. Inilah penasihat sebenar PKR. Cuma berlindung disebalik jubah Prof.
2. Kalau PR atau PKR memang kes mahkamah, macam biasalah. YAA Hakim bagus. Kalau kalah aje, YAA Hakim bodoh, tak berpelembagaan, tangan ghaib dan sebagainya.
3. Dalam tulisan ini kita lihat kebebasan berhimpun dan bercakap pada otak Prof ini. Orang lain tidak boleh. PR boleh berhimpun dan bercakap tanpa permit.
4. Dari kerajaan, polis, YAA Hakim semua salah.
5. Yang betul dan cerdik dia seorang aje. Dia seorang sahaja yang mahir mentafsir perlembagaan ( manipulasi perlembagaan sebenarnya ). Dicadang Prof ini jadi aje lawyer kalau dah pandai sangat . Atau jadi aje YAA Hakim. Nak juga lihat tinggi ke rendah ke langit ini.
6. Cakap dengan air lior aje boleh lah. Semua tafsiran perlembagaan yang dibuat olehnya hanyalah mentafsir dari sudut kepentingan nya dan dari parti yang didokong nya secara senyap. Teruskan memanipulasi perlembagaan prof. Selagi nyawa masih ada.
7. Boleh blahhhhhhhhhhhhhhlah Prof.
8. Kepada kerajaan : Buat kajian tentang perkhidmatan Prof ini di UITM. Jika ia kakitangan kerajaan, ia tertakluk kepada Perintah Am . Sebagai kakitangan kerajaan beliau tidak boleh menentang dasar kerajaan secara terbuka . Ia perlu dibuat mengikut saluran. Sudah banyak kali prof ini menentang dan menghina dasar kerajaan secara terbuka. Ia melanggar perintah am bab D. Mengapa tindakan tidak diambil.
9. Bukan tidak boleh bercakap , tetapi ada caranya. Nak memperbaiki keadaan , tidak perlu memaki hamun kerajaan. Banyak cara lain untuk kita memperbaikinya. Selama ini pun tidak ada masalah untuk itu. Tetapi yang pasti bukan semua cadangan kita boleh diterima kerana ia juga mungkin tidak sesuai untuk rakyat terbanyak. Itu yang menjadi tunjang kerajaan.
10. Tamatkan saja perkhidmatannya jika ia berkhidmat secara kontrak. Ini kerana beliau tidak layak berada disitu kerana pandangannya adalah berpihak dan tidak profesional dan bias untuk mengajar. Sebab itu persepsi terbanyak rakyat sekarang pun, UIAM ini adalah lubuk mengeluarkan graduan undang-undang yang menyongsang. Mungkin ini sumbangan terbesar Prof ini kot.
11. Kerajaan jangan melihat dan membiarkan sahaja perlanggaran perintah am ini dengan sebelah mata. Impak nya besar dalam jangka panjang kerana ia akan diikuti oleh mereka yang lain. Bertindaklah mengikut undang-undang kepad mereka yang seperti ini. Undang-undang sudah lengkap di Malaysia. Apa bezanya beliau dan mereka yang sepertinya yang begitu bebas dan seolah bebas dari sebarang tindakan undang dan peraturan jabatan? Adakah kerajaan takut atau mereka kebal?
12. Bertindaklah segera!!!
menarik dan bernas tulisan prof. saya setuju.
ReplyDeleteyang kena tegur pulak melatah dan naik angin..mcam parti PAS lah pulak...orang tegur tak nak dengar. sepatutnya ambillah pengajaran....Kerasnya hati.....tidak mahu dikritik..rasa pandai serba serbi
prof aziz bari memang terkenal dgn biasnya kepada pembangkang. kalau gatal sgt nk jd politician, pergi masuk politik la prof..
ReplyDeleteSAYA SOKONG pg TU. AZIZ BARI NI MULUT BERCABANG. DIA DAN PUAKNYA BERHIMPUN DAN BERDEMO HARAM BOLEH. ORAMG LAIN TAK BOLEH.
ReplyDeleteCADANGAN TINDAKAN OLEH PG TU PUN BETUL. PEGAWAI KERAJAAN LAIN TERTAKLUK KEPADA PERINTAH AM. RAMAI PUN YANG DIBUANG KERAJ DAN TINDAKAN LAIN. MENGAPA BELIAU BOLEH TERLEPAS. UNDANG-UNDANG UNTUK ORANG MACAM KAMI SAHAJA. DAN PROF SENGET INI BOLEH TERLEPAS. ADIL KE
dok rasa hebat org tegoq pakai la sikit...asyik2 ugut...pecat tukaq pie sabah sarawak...
ReplyDeletepierahhhhhhhhhh.....sama ja hangpa dgn pas kalau macam tuuu....
SLM BRO..AJIS BARI NI MCM SPESIS BURUNG PEMAKAN BANGKAI. SUKA MKN BANGKAI BINATANG BILA ADE PELUANG. MUKE TALAM PUN DIA JUGAK!. MMG BTUL BRO CKP, KLU RASA DIRI DIA TU BTUL SGT MINTAK AJE JADI YAA HAKIM. TENGOK BOLEH TAHAN KE TAK DIA KENE BANTAI BALIK? KEHKEHKEH
ReplyDeletePG, Aziz Bari is from IIUM (UIA, Gombak..)not UITM.
ReplyDelete