Sunday, 31 January 2010

DAP SELEKEHKAN ZAHRIN ( BEKAS PENGERUSI PKR PP ) : ANDA JUGA AKAN MENGALAMI NASIB YANG SAMA JIKA..............




January 31, 2010 : 01.08 AM--->


Krisis PKR dan DAP Pulau Pinang menjadi bertambah hangat bila Pengerusi DAP negeri itu ,Chow Kon Yeow hentam balik Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Hashim kerana melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng diktator,chauvinis dan berfikiran komunis . Pengerusinya Chow Kon Yeow Sabtu mendakwa beliau diberitahu oleh Guan Eng bahawa kekecewaan Zahrain berpunca dari kerajaan negeri menolak keputusan pemberian tender mengurus Kelab Golf Bukit Jambul yang diswastakan kepada sebuah syarikat bernilai RM2. Zahrain ialah pengerusi Island Golf Properties. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Padan muka anda Zahrin. dah masuk mulut buaya. Itulah jadinya sekiranya membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan bangsa dan agama.

2. Satu aje soalan untuk Zahrin dan semua pengundi muda Melayu.! Sejak bila DAP ini mengambil berat dan pernah membantu Melayu dan agama Islam sejak lebih 52 tahun merdeka?
3. Fikirkan sebelum kita beralih arah dari yang ada sekarang. Janji memang sedap kalau kita dengar Lim Guan Eng dan DAP bercakap ( Malaysia sederhana ). Juga lebih sedap kalau dengar DSAI dan PKR bercakap ( Islam liberal ). Bertambah sedap kalau dengar TGHH dan TGNA dan PAS bercakap ( PAS untuk semua ).

4. Perlaksanaan? Hampas. Perancangan jangka panjang hanya tersimpan dalam briefcase dan dalam kereta mereka sahaja. Juga ada sedikit di kepala masing-masing , bagi tujuan halua telinga kepada penyokong tegar semasa ceramah. Itu je lah.

5. Fikirkanlah. Apa yang terjadi kepada Zahrin juga tidak mustahil dan sedang terjadi kepada bangsa Melayu jika kita berada di bawah DAP dan PR. Anda hanyalah kuda tunggangan sahaja. Tak kurang dari itu. Nak kata lebih , fikirlah sendiri.

3 comments:

  1. dino.yp@gmail.com31 January 2010 at 02:34

    LGE=Khalifah Umar Abd Aziz zaman moden!

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..SEME ORG MELAYU YG MENGUNDI DAP DLU BARU TAU SAPE DAP YG SEBENAR SETELAH MERASAIKAN SENDIRI AZAB DEK KEJE GILER SI KETUA MENTERI JAMBAN NI. ORG MELAYU MMG DH KENA "PULAU". MANGSA LEMAS ARITU TU DPT PAMPASAN BERIBU2. ANAK ORG MELAYU YG SAKIT SAMPAI MENINGGAL ARITU, BUAT DERK JEK..HARKK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  3. nasib zahrain tak baik...lebih baik keluar parti sahaja.

    ReplyDelete