Saturday, 16 January 2010

HASUTAN / FITNAH : LEMAHNYA PENGUATKUATKUASAAN KEATAS BLOGGER ! RAIS YATIM





KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penguatkuasaan yang lemah merupakan punca utama perbuatan memfitnah dan menghasut semakin berleluasa di kalangan penulis blog, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut beliau, penulis-penulis blog dan orang ramai akan terus bermaharajalela melemparkan pelbagai fitnah dan hasutan di alam siber sekiranya penguatkuasaan tidak dilaksanakan,

"Penguatkuasaan adalah perkara paling penting dan sekiranya undang-undang mengenai hasutan, Kanun Acara Jenayah dan pelbagai lagi akta tidak dilaksanakan, perkara ini akan bertambah rumit serta tidak dapat dikawal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sepetang Bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dengan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Penerangan di sini hari ini. Rais mengulas keadaan yang tidak terkawal melibatkan pelbagai fitnah dan hasutan jenayah dilakukan oleh penulis blog dan orang ramai di Internet.

Jelasnya, kementerian sendiri telah mengemukakan 18 kes di bawah Perkara 232 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kepada pihak pendakwa tetapi masih belum ada pendakwaan dibuat di mahkamah.

"Untuk menghentikan perbuatan fitnah dan hasutan jenayah, pihak berkuasa yang berkaitan dengan pendakwaan perlu mengheret mereka yang melakukan perbuatan itu ke mahkamah.

"Saya telah menyatakan banyak kali mengenai perkara ini tetapi jika masih tidak dilaksanakan, saya tidak akan menjawab lagi soalan ini kerana ia telah banyak kali ditanya dan diulas. Perkara penting untuk menghentikan fitnah serta hasutan ialah penguatkuasaan," tegasnya.

Rais memberitahu, sekiranya Akta Hasutan tidak dikuatkuasakan kemungkinan ia akan dilupakan atau hanya menjadi bahan rujukan di universiti.

Penghuni Gua : PG amat setuju dengan pandangan Dato Dr Rais Yatim. Amat lemah penguatkuasaan pihak berkuasa ke atas penulis blog. Beberapa kali PG telah paparkan blog-blog yang jelas membuat hasutan termasuk menghina DYMM tetapi sehingga kini blog tersebut masih berleluasa dan tiada tindakan diambil.

2. Betul juga kata Dr Rais : Letak aje semua undang-undang dan akta di perpustakaan dan pamer di museum . Ada juga faedahnya.

3. Kuatkuasakan setegas mungkin semua akta dan undang-undang agar semua pihak lebih bertanggung jawab dalam tulisan dan mengeluarkan pandangan mereka. Kalau kita layari laman-laman blog , terutama pembangkang terutamanya, seolah kita merasakan negara ini tidak langsung mempunyai undang-undang.

4. Tak usah jauh lah. Lihat aje akhbar ( ? ) pembangkang Harakah Daily. Tak ada lain , kerjanya fitnah aje. Tak ada untuk membina minda langsung. Kalau ada yang baik untuk manusia di dalam akhbar ini ialah iklan ubat kuat lelaki. Itu ajelah yang ada sedikit manafaat. Itupun untuk lelaki aje.!!!!!!

3 comments:

  1. Lu ingat blog lu membina. Pirrahhh!...

    ReplyDelete
  2. Memang benar saya melihat banyak keujudan Blog-blog terlalu banyak berunsurkan fitnah. Penulis blog harus bertanggung jawab atas segala tulisan dan ulasan mereka.

    Sebab itu tulisan blog tersangat berleluasa. Kerana mereka rasa mereka bebas dari tindakan. Kalau tindakan tidak di ambil sudah pasti segala akta-akta aturan tidak akan di patuhi.

    Saya masih teringat kejadian tahun 2009, 2 orang penulis blog yang berunsur perkauman yang berlaku di Singapura telah di dakwa oleh kerajaan Singapura. Ini menyebabkan penulis di negara tersebut lebih berhati-hati. Kerajaan Singapura memahami betapa rapuhnya negara yang mempunyai penduduk majmok (berbilang bangsa). jadi perkara yang di anggap remeh harus di benteras sebelum berputik menjadi besar.

    Saya sokong pendapat Datok Dr Rais Yatim. Beliu orang lama yang begitu mahukan keaaman dan kemakmuran yang berterusan di Malaysia. Betapa susahnya mendapatkan keamanan. Peluh, darah dan pengorbanan yang begitu banyak, janganlah di sia-siakan.

    Penulis blog berfikirlah. Muatkan tulisan yang bersifat positif dan membina. Pengaruh kamu amat hebat. Harap jangan di salah guna. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur tiada gunanya.

    Setiap penulisan , di renung betul-betul. Jadikan diri anda berguna untuk negara. Cuba renungkan ayat di bawah ini sedalam-dalamnya;
    "Betulkan yang Biasa, Biasakan yang betul".

    Saat Jais
    http://saatjais.wordpress.com
    http://saatjais.formor.com
    www.treat-cure.com

    ReplyDelete
  3. salam Tuan Arif,

    Saya setuju apa yang tulis tu.
    Terima kasih datang blog saya.Tapi sayangnya komen tuan dalam blog saya telah dikomen oleh seorang hamba ALLAH.Minta tuan jawab kalau ada masa.

    ReplyDelete