Sunday, 3 January 2010

KALIMAH ALLAH 6 : PANDANGAN DR SHAMRAHAYU A. AZIZ , PEN PENSYARAH KULLIYYAH UNDANG-UNDANG , UIA !


Nota : PG baru menerima komen dan pandangan dari Penolong Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang UIA, Dr Shamrahayu Abd Aziz yang dihantar ke blog PG. PG siarkan sepenuhnya pandangan Dr Shamrahayu ini bagi faedah kita semua. Terima kaseh Dr , di atas pandangan tersebut. Kepada rakan-rakan blogger , sebarkan pandangan ini ke blog tuan-tuan bagi kefahaman dan kepentingan kita bersama.


Salam Tuan,

Di bawah adalah petikan pandangan saya yang disiarkan dalam rencana Utusan Malaysia pada 04.02.2009 untuk dikongsi bersama pembaca blog Tuan."....Realiti mengenai peri penting kestabilan sosial, terutamanya dalam perkara berkaitan agama ini harus ditanam dalam fikrah setiap ahli masyarakat.

Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.

Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya.

Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri.

Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.

Undang-undang dan penguatkuasaannya mungkin bukanlah jalan terbaik atau jalan utama untuk menjamin keharmonian antara agama di negara kita, namun mempunyai undang-undang yang lengkap dan penguatkuasaan yang proaktif boleh mengawal selia hubungan baik antara agama.Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini. Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat."


(Shamrahayu A. Aziz)

PENOLONG PENSYARAH KULLIYYAH

UNDANG-UNDANG

UIA

10 comments:

  1. Kenapa pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan nama Allah tidak lagi "God". Dalam Islam Allah hanya Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Manakala dalam Kristian, mereka mempercayai Tuhan mereka beranak, Jesus anak Tuhan. Apakah di Vatican juga menggunakan nama Allah bukan God?. Apakah penganut Kristian Prostetan juga menggunakan nama Allah dalam agama mereka?. Kenapa penganut agama Kristian di negara lain tidak menyebut nama Allah sedangkan nama Allah bukan hanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi diseluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Terima kasih kerana menerbitkan pandangan seorang pakar undang-undang. Saya sebenarnya menggaru kepala bagaimana nak menyumbang kepada isu yang sangat sensitif ini. Maklumlah, sudah berpuloh blog telah menyiarkan pandangan dan hujah mereka yang saya anggap baik dan bernas. Sebagai seorang Islam yang sangat tersentuh dengan isu ini, agak janggal juga jika saya tidak memberi sumbangan.

    Oleh itu, saya minta izin saudara memetik pandangan Dr Shamrahayu ini di dalam posting blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. saudara,
    Sebenarnya 'foundation' untuk melawan propaganda Kristian ini telah di mulakan oleh Sheikh Ahmed Deedat.Kita umat Islam seperti biasa,tidak mahu belajar.Namun masih ada masa.Propaganda Kristian ini dapat dipatahkan dengan senang.Propaganda mereka kosong.Kita boleh mulakan ceramah terbuka,dialog atau debat terbuka.Semuanya Allah telah sediakan dalam Al Quran...Allah sentiasa di sisi kita

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,
    Terima kasih kerana mengambil kira pandangan saya. Saya Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang UIA tuan, bukan UiTM.

    ReplyDelete
  5. SLM BRO..AGAKNYA KLU ADA DAILOG ANTARA AGAMA, DH PASTI NAMA ALLAH AKAN DI SEBUT JUGAK. JADI SAPE NAK MEMPERCAYAI TUHAN SAPE NANTI? AGAMA MANA YG MEMBAWA KEBENARAN?. KHALID & SI JUBOR TU BUAT2 X NMPK ATAU DIA SAJE BUAT2 BUTA??..HARKK PTUIHHH

    ReplyDelete
  6. Assalamu 'alaikum, PG & semua yang melayari blog ini,

    Pada akhirya, seorang doktor falsafah undang-undang yang juga penolong pensyarah kuliah undang-undang dari sebuah universiti, terkesan telah mambuat satu rumusan bahawa kontrak sosial tidak bermakna apa-apa jika ada pihak yang mahu sahaja mengingkarinya. Undang-undang tidak laku di dalam hal-hal yng tidak konkrit.
    [Rujuk maksud tersirat di dalam dua peranggan akhir tulisan beliau]

    Apa ertinya? Ertinya; kontrak sosial - jalan 'aman dan damai' - yang tidak pernah didefinisikan & ditakrifkan secara jelas, [jauh sekali ditintakan] tidak lebih hanya undang-undang maya, ilusi. Wujudnya di alam mujarad yng sama skali tidak dapat diterjemah/ direalisasikan ke dlm bentuk real [nyata], yang lengkap dengan segala huraian, perincian sekali dengan uqubatnya, sehingga mampu untuk dijadikan hujah berbukti fakta.

    Sekalipun lslam telah 'diangkat' sebagai agama rasmi negara, namun tanpa perincian di dalam
    'kitab negara' hadiah daripada Lord Reid itu, antara lain seperti; Apa itu lslam? tuhannya? akidahnya & syari'atnya? batasan-batasan dan hak-haknya? dicatatkan di dlam 'kitab negara' tersebut, sesiapa sahaja yang berniat mahu memelintir dan memanipulasikannya untuk tujuan tertentu [yg sudah pasti bukan utuk memuliakan lslam] boleh sahaja melakukannya. Sementara itu, di pihak yang mempertahanknanya pula, tidak ada hujah nyata untuk mematahkan niat tersebut, selain mohon/memagih tolak ansur & toleransi, [yang di dalam kes kalimah 'Allah' ini, tidak ada kesediaan untuk konsep tolak ansur/toleransi itu mahu digunapakai]. Sekali lagi, kontrak sosial tidak laku bagi sesiapa sahaja yang tidak mahu menggunapakainya.

    Inilah dilema umat lslam di M'sia ketika ini - semuanya; dari yang menaungi sampai kepada yang dinaungi - apabila kalimah 'Allah' mahu dikongsi bersama oleh puak non-Muslim [yang selama ini bersama-sama umat lslam berkongsi ketaatan kepada isi kandungan 'kitab' Lord Reid juga].

    Sebab itu, di dalam lslam tidak pernah wujud konsep kontrak sosial. Yang ada hanya kontrak dengan Allah melalui syari'at-Nya. Maka, apabila kita meletakkan hukum Allah itu ke dalam alam khayali, konsekuensinya adalah apa yg dilalui sekarang - hukum 'dunia' yang diterima daripada Suruhanjaya Reid di atas dulang emas itu, kini sedikit demi sedikit
    benar-benar sedang mengerokoti tubuh umat yang telah pun diberi-Nya peringatan supaya jangan mendukung & menatang hukum-hukum thaghut itu.

    Oleh itu, wahai umat lslam, mulakanlah gerak hati ke arah usaha menggantikan 'dalih' dengan 'dalil', iaitu kembali kepada syari'at
    sebagai ad-dean [nizam/ideologi kehidupan], ideologi yang didukung oleh Daulah Khilafah, bukan demokrasi, bukan sekularisme, bukan juga lslam moderat - kerana satu-satunya jalan selamat bagi umat lslam hanya syari'at.

    ReplyDelete
  7. kehinaan yg islam hadapi hari ini d malaysia ada sangkut paut dengan politik PAS...
    hancurkan PAS sebelum mereka hancurkan islam...
    hapuskan PAS sebelum mereka hapuskan islam...

    ReplyDelete
  8. iKAnBuntal,

    Selepas itu, parti apa yang tinggal di Malaysia ini, yang berjuang untuk memartabatkan syari'at Islam? Cadangkanlah! UMNO? MCA? MIC? GERAKAN? Makkal Sakthi? SUPP? PBB? UPKO? PBS? [Dah tentu bukan PKR atau DAP]

    ReplyDelete
  9. Dlm TV Al Hijrah jam 11 pm tadi 28/10/13, DR Shamrahayu mengaku bhw:-
    (i) ummah mudah terkeliru jika kalimah Allah digunakan oleh kafiru.
    (ii)ummah punya iman yg nipis, justeru mudah keliru.

    Melayu kita ni begitu mudah keliru, takut dgn dakyah puak kafirun.

    Sebab apa? Sebab JAHIL akan agama Islam.

    Tak tahu apa yg harus di perjuangkan dlm Islam.

    TAk ada dlm ayat2 Allah yg menyuruh org melayu atau org Islam MELARANG/TEGAH puak kafirun menggunakan kalimah Allah, smada dlm kitab mrk ataupun dlm ibadah mrk.

    Malah Allah menggalakkan kita menyeru puak kafirun utk sma2 menuturkan kalimah Allah dlm ibadat mrk, serta menjauhkan diri dari mempersekutukanNya spt dlm Quran surah AliImran 3:64.









    ReplyDelete