Thursday, 14 January 2010

KALIMAH ALLAH : DR HARON DIN TERUS KUFURKAN PEMIMPIN PAS , PAS DAN ISLAM PKR !


Agenda Daily

Kalimah Allah: Dr Haron Din tidak berganjak...hadir di muzakarah 70 NGO desak Yang Dipertuan Agong campurtangan

January 14, 2010 : 07.43 AM--->

Kehadiran Datuk Dr. Haron Din di muzakarah mengenai kalimah Allah yang disertai oleh 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Masjid Wilayah Persekutuan Rabu jelas menunjukkan Timbalan Musyridul Am PAS itu tidak berganjak dari pendiriannya yang tidak sealiran dengan PAS Pusat.

Beliau secara terbuka kata petang Isnin lalu mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik manakala PAS Pusat pada sebelah malamnya cuma tidak mahu kalimah itu disalahguna. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah Dr Haron Din. Anda masih tetap dengan pendirian tersebut. Jangan bersekongkol dengan mereka yang kufur. Berkata benar walau pun pahit. Wala' boleh wala' tetapi bukan dalam perkara yang melibatkan islam. Yang salah tetap salah.

2. Gunakan Jin Islam anda untuk memujuk pemimpin PAS agar kembali kepada islam dan mereka tidak terus menerus kufur. Amin.

3. Sebelum terlambat, cepat-cepat Dr Haron gunakan Jin Islamnya untuk islamkan semula Khalid Gereja, Mahfud dan Tantawi terutamanya. Ini yang patut di utamakan. Opss !!!! termasuk juga Ustat Idris. Yang lain-lain tu kemudiankan sedikit pun tak apa. Untuk kemaslahatan umum. Untuk DSAI dan Shamsul AMK tu lantak dialah dengan kekufurannya.

3 comments:

  1. Analisis legal, constitutional dan conflict of interest Hakim Bee Lian Lau terdapat dalam http://ninitalk.wordpress.com. Sila baca dan sebar.

    ReplyDelete
  2. tahniah Dr.haron Din!

    ReplyDelete
  3. link tu 404 dah lesap
    boleh perbetulkan

    ReplyDelete