Monday, 11 January 2010

KALIMAH ALLAH : PANDANGAN BERNAS DATO CLARENCE BONGKOS MALAKUN!





KOTA KINABALU 10 Jan. – Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.
Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.

‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.

‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.............................................................................................................................................................

............................Sementara itu Clarence berkata, alasan sesetengah pemimpin Kristian bahawa kalimah Allah perlu dibenarkan hanya kerana ia sudah digunakan sejak sekian lama adalah tidak wajar. Tegas beliau, Kristian di negara ini juga tidak sama seperti diamalkan di Indonesia, Mesir, Iraq atau Yemen kerana Malaysia mempunyai perlembagaan yang berbeza.

‘‘Tidak harus bagi kita mempertikai yang Allah biasa digunakan oleh masyarakat Kristian di negara luar kerana kita berada di Malaysia, jadi kita harus patuhi semua undang-undang dan peraturan.

‘‘Adakah kalau kita atau pihak gereja tidak gunakan perkataan Allah maka secara tiba-tiba para pengikut agama Kristian akan bertambah atau berkurang 10 kali ganda,” soalnya.

Beliau sedar ramai penganut Kristian akan mengkritik pendiriannya tetapi mereka perlu faham dan menghayati ajaran agama itu yang menyuruh pengikutnya memaafkan orang lain.

“Jika kita benar-benar Kristian, kita harus jadi orang yang memaafkan, bertanggungjawab dan cintakan keamanan. Kenapa kita harus bergaduh untuk satu perkataan,” ujarnya.

Clarence yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah berkata, umat Kristian perlu faham mengapa orang Islam amat marah apabila kalimah itu dibenarkan penggunaannya.
Jelasnya, Allah adalah Tuhan bagi orang Islam manakala orang-orang Kristian pula lain kepercayaannya dan kalimah itu juga sudah lama digunakan secara tradisinya oleh agama Islam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Amat menarik pandangan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun tersebut. Inilah jalannya. Jangan sesekali melanggar sempadan agama lain. Kalau semua penganut agama lain termasuk islam mempunyai pandangan seperti beliau : AMAN Malaysia tercinta ini.

2. Otak pemimpin ini jauh lebih baik dari otak kebanyakkan pemimpin PAS dan Melayu islam PKR yang hanya tahu menuding jari dari mencari jalan penyelesaian yang mantap. Pada mereka, kepentingan politik mereka lebih dari segalanya.

3. Tahniah Datuk Clarence Bongkos Malakun : Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia. Tahniah atas pandangan bernas anda dalam menyelesaikan isu ini. Pemimpin sebegini lah sewajarnya diberi gelaran Tan Sri atau Tun. Penyelesai masalah dan bukan menjadi penyebab serta pencetus masalah.

5 comments:

  1. Pengamal Kritian dan pengamal Islam yang sebenar tidak sekali2 melampaui batas agama masing2. Cuma yang dangkalnya ada pengamal2 yang hipokrat yang mengaku alim dalam agama masing2 tetapi sebenarnya cetek pengetahuan . Bodoh tak boleh di ajar , cerdik tak boleh di tumpang. Kita kembali lah ke keadaan asal...

    ReplyDelete
  2. sememangnya beliau layak menjadi presiden jaksa pendamai.

    ReplyDelete
  3. PG, kalau semua berfikiran macam beliau..... aman dunia...... tapi peliknya ada orang Islam sendiri tidak berfikiran begitu...

    ReplyDelete
  4. Datuk Clarence itu siapa? Pemimpin Kristian ke? Akhbar tali barut kerajaan apa melakukan apa saja demi muslihat politik mereka sehingga sanggup memberi gelaran kepada Datuk Clarence,hahaha konon "pemimpin Kristian" padahal semua rakyat di Sabah termasuk org kampungnya tau dia seorg Kadazan yg telah ditolak oleh rakyat.

    Semua org tau bahawa kenyataan si Bongkus ini tidak lain tidak bukan hendak cari sesuap nasi...jadi dia ambillah peluang panaskan punggung kamu semua, tau tak?

    Semua rakyat Sabah pun tau,nama saja Kristian tapi kehidupannya tidak Kristian. Si Bongkus ini telah ditolak oleh Gereja Katolik kerana melanggar salah satu daripada hukum2agama Kristian iaitu kahwin secara sivil dan juga cerai secara sivil. Jadi, inilah peluang dia nak rosakan nama Gereja Katolik! Lagi, pernahkah dia beribadat di Gereja, hahaha...tak pernah, tapi cakap no. 1, tiada dasar,hanya mau cari makan...

    Kamu semua otak unta, senang saja kena tipu, kajilah dulu apakah kedudukannya, apakah hal ehwal agama Kristian ditentukan oleh org politik, bukankah ia ditentukan oleh Majlis Gereja?

    Jadi, kenyataan Si Bongkus ini telah menyebabkan kemarahan org Sabah & Sarawak dan menjelang pilihanraua akan datang, Sabah & Sarawak yg merupakan 'deposit tetap' akan hilang 'deposit',kita akan ajar para pemimpin seperti itu.

    Beginilah jalan penyelesaiannya, kembalikan ke kondisi asal,iaitu sebelum pihak kerajaan cucuk sarang tebuan,sebelum kerajaan mengharamkan penerbitan malajah Katolik "The Herald" kerana pihak Gereja sudah menerbitkannya selama 5 tahun tanpa gangguan,tidak ada seorg Islampun dikristian,kamu semua suka buat cerita karut,takut bayang2 sendiri! Org Kristian telah lama menggunakan perkataan itu, jauh2 sebelum munculnya agama Islam, jadi org Kristian berhak memanggil nama God dengan apa saja perkataan,jangan mencampuri urusan dan hal elwal agama Kristian,kamu dengan agama kamu,kami dengan agam kami,kamu dengan Allah kamu dan kami dengan Allah kami. Deal?

    ReplyDelete
  5. Hang semua ada ker dengar berita Datuk Nazri khabaq org Kristian di Sabah & Sarawak boleh pakai nama Allah? Hahaha...kenapa ubah fikiran? Kenapa kerajaan buat keputusan flik flop? Takut ke org Sabah & Sarawak tak nak sokong kerajaan lagi,dah dengar ke nasihat Ketua2 Menteri sana?

    Takut ke S & S tidak lagi jadi 'deposit tetap' lalu tak dapat pergi ke bank2 utk ambil $$$$$$$? Takut ke rakyat Sabah & Sarawak akan hukum BN kerana isu kalimat "Allah" itu?

    Admin, sudahlah,jangan ada otak unta, ini semua auta punya,semua isu dibangkitkan kerajaan utk mengalih pandangan. Kalimat Allah bukan isu sehingga dijadikan isu oleh kerajaan. Kalimat Allah dah lama dah dipakai oleh org Cina Baba di Tanah Melayu. Kitab Injil pertama diterbit pada abad ke-17 (lebih 200 tahun sebelum hang punya nenek moyang berhijrah ke TM). Tau tak Kitab Injil diterjemahkan oleh beberapa panatia yg beragama Melayu Islam,kenapa waktu itu tiada isu? Tau tak sebelum S & S masuk Malaysia,org2 di sana dah pakai kalimat Allah utk merujuk kepada God? Tak jadi isu pun? Tau tak ada lebih dari 100 gereja menggunakan bahasa Melayu di Semenanjung sejak sebelum merdeka lagi? Dan mrk menggunakan kalimat Allah dalam ibadat, tak jadi isu pun? Kenapa sekarang? Tau tak akhbar Herald dah 5 tahun terbit majalah Katolik dlm bhs Melayu dan menggunakan kalimat Allah,waktu itu tak jadi isu? Kenapa sekarang?

    Hang semua senang kena tipu. Otak macam kodok senang dimanupulasi. Fikirlah,jangan kita rosakkan keharmonian antara agama dan kaum hanya kerana isu 'Allah',semua ini permainan politik org yg berkepentingan.

    Sekarang hang jawaplah kenapa ubah fikiran,kenapa sekarang izinkan? Bagi org berpolitik ,undilah di S & S lebih penting dari kalimat Allah. Bagi di Semenanjung,Melayu lebih penting dari kalimat Allah. Hahaha...semoag kita dapat merenung dan berfikiran terbuka.

    ReplyDelete