Friday, 29 January 2010

MAAF ADUKA : PANDANGAN DR ABDUL RANI KAMARUDDIN UIAM!


Salam pembaca sekalian;

Didalam sistem keadilan jenayah negara, penyiassatan amnya adalah kuasa polis (seksyen 3(3)Akta Polis), kuasa pendakwaan adalah hak Peguam Negara (artikel 145(3) Perlembagaan dan sekyen 376 kanun Prosedur jenayah) mahu atau tidak mendakwa. Hakim hanya "mendengar dan memutuskan" dan dalam menjatuhkan hukuman, itu kuasa budibicara hakim.

Jika sabit kesalahan (beban undang-undang bahawa OKT salah adalah dibahu Pendakwa), permohonan maaf terbuka OKT adalah faktor peringan kepada hukuman. Apapun prinsip hukuman yang utama adalah kepentingan awam (public interest). Dalam hal kenyataan menghina Ketua Negeri (Sultan)mohon maaf tidak begitu membantu meringankan hukuman kerana hukumannya hendaklah berbentuk pencegahan (deterrent sentence).

Jalan keluar adalah mohon keampunan (ampun Tuanku) daripada yang DiPertuan Agung. Pepatah melayu, terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata fikirlah sendiri. Pandangan peribadi saya.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
UIAM

No comments:

Post a Comment