Sunday, 17 January 2010

MAJLIS PERUNDINGAN AGAMA : JAKIM TAK SETUJU , PG LAGI TAK SETUJU !

( Kerajaan perlu menunggang , bukan ditunggang! )




PETALING JAYA: Penubuhan majlis rundingan antara agama dikuatiri hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik yang membimbangkan serta gagal mencapai matlamat asalnya iaitu bagi membolehkan wakil agama berbincang dan mencari kesefahaman berhubung pelbagai isu pada masa depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan langkah yang mungkin diambil oleh kerajaan itu.

"Saya tidak begitu setuju dengan cadangan berkenaan kerana dengan penubuhannya mungkin akan menimbulkan lebih banyak masalah mengenai isu-isu agama," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan serius memikirkan penubuhan majlis perundingan antara agama bagi membolehkan wakil agama berbincang dan mencari kesefahaman berhubung pelbagai isu pada masa depan.

Muhyiddin dilaporkan berkata penubuhan majlis itu perlu disegerakan berdasarkan situasi semasa yang mana isu mengenai agama sering dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

Wan Muhammad sebaliknya menegaskan agar kerajaan seharusnya memberi lebih tumpuan kepada usaha menganjurkan majlis dialog antara agama yang disifatkan sebagai platform terbaik dalam menangani isu-isu berkaitan agama.

"Program dialog antara agama patut digalak dan diperluaskan namun satu garis panduan yang jelas perlu disediakan.

"Sebagai contoh penyertaannya mestilah orang yang mewakili sesebuah organisasi ataupun institusi agar ia menjadi forum ilmiah dan harmoni," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis ini PG tidak setuju sepenuhnya. Jika ditubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama ini maka ia akan member kesan besar terutama kesan buruk kepada agama Islam dan masyarakat Islam di Malaysia.

2. Mengapa PG katakan demikian ?

3. Komposisi ahli majlis ini nanti sudah tentu sama rata antara semua agama . Sekiranya setiap agama dibenarkan 2 ahli bagi mewakili setiap agama maka ini akan memberi kerugian dan tekanan kepada ahli dari agama Islam. Ini kerana jika komposisi 2 orang ahli setiap agama maka suara dari wakil agama islam akan sepi . 2 suara dari agama kristian, 2 Buddha, 2 Hindu, dll. Semua ahli agama ini akan menenggelamkan suara ahli dari agama islam. Kesemua agama ini seperti yang kita tahu bersatu hati dalam “menentang “ islam. Tiada kekecohan dan konflik agama-agama ini sesame mereka. Mereka hanya berkonflik dengan islam. Jadi ini akan menyebabkan keputusan serta hasil dari majlis ini mungkin akan merugikan islam.

4. Islam telah jelas dalam perlembagaan. Ada ketua agamanya iaitu DYMM Agung dan DYMM Sultan-Sultan. Mengapa perlu lagi dengan Majlis ini yang mana ia akan menjejaskan peranan dan kuasa serta hak DYMM seperti yang terkandung di dalam perlembagaan dan kuasa DYMM di negari-negeri. Lihat pandangan Dr Shamrahayu ( UIAM ) berkaitan perkara ini.

5. Ada pihak tertentu nanti akan menjadikan keputusan Majlis ini sebagai tali mengikat bagi melanggar peruntukan dalam perlembagaan dan akan cuba mengubah apa-apa peruntukkan yang dikira merugikan mereka dan melebihkan agama islam. Jika pihak islam cuba mempertahankan sesuatu perkara yang berkaitan agama islam seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan maka pihak agama lain akan mempertikainya dengan alasan mereka tidak perlu mematuhinya kerena ia telah diputuskan oleh Maljlis Perundingan.

6. Kepada kerajaan, cukuplah , cukuplah mengikut desakan-desakan berbagai pihak yang hanya merugikan umat islam di Malaysia. Mereka mempunyai agenda jangka panjang dan mereka tidak akan berhenti mendesaknya setelah desakan sebelumnya telah ditunaikan. . Kerajaan jangan sesekali membuat dan menubuhkan sesuatu badan atau perkara hanya atas desakan pihak berkepentingan dan hanya bagi kepentingan jangka pendek.

7. Cukuplah dengan hanya mengadakan dialog antara agama. Cara ini sudah lebih dari mencukupi untuk menangani isu ini. Bukan sekali perkara ini terjadi. Dialog ialah cara terbaik. Jangan nanti Majlis ini kelihatan lebih berkuas dari kerajaan dan perlembagaan.

8. Tulisan dan pandangan Dr Shamrahayu A.Aziz Pensyarah Kulliyah Undang-Undang UIAM hari ini di dalam Berita Harian adalah baik dan ada kaitan dengan perkara ini. Semua peruntukan perlembagaan dan undang-undang sudah mencukupi untuk menangani isu-isu dan pertikaian mengenai agama di Malaysia. Penguatkuasaan dan ketegasan semua pihak khasnya kerajaan sahaja yang perlu dipertingkatkan agar kepala pihak-pihak tertentu tidak semakin membesar. Itu sahaja.

9. Cukuplah dengan Dialog. PG setuju seratus peratus dengan bantahan oleh JAKIM di atas perkaitan penubuhan Majlis Perundingan ini. Yang sibok sangat nak tubuh Majlis ini , tak lain. Salah satunya ialah Majlis Peguam le. Jauh agenda mereka ini. Jangan dilayan sangat. Majlis Peguam dinasihat, jaga perangai ahlinya sudahlah. Kes tertangguh pun semakin bertimbun di mahkamah. Selesaikan yang itu lagi baik. Lihat juga perangai ahli-ahli anda sahaj sudahlah....Jangan lebih-lebih. Juga Lim Kit Siang , perkauman no 1 di Malaysia. Dia lah yang dok sibok agar kerajaan gugurkan rayuan kes Allah di mahkamah Rayuan dan minta kerajaan tubuhkan Majlis ini. Hari ini beliau bangkitkannya di Ipoh mengenai dua perkara ini. Malaysia Insider : KLIK

5 comments:

  1. Salam PG,

    Pandangan tuan yang baik, sepatutnya tidak berlaku perundingan lagi, mereka perlu akaur dengan Perlembagaan Persekutuan...... kawan setuju.

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..DEFINASI ANTARA RUNDINGAN DAN DAILOG MMG BERBEZA. RUNDINGAN BERMAKNA SEOLAH2 KITA CUBA IKUT JEJAK PAS UTK JADIKAN ISLAM TU BRG DAGANGAN. UMPAMA NAK TAWAR MENAWAR BERKAITAN KESUCIAN AGAMA ISLAM.

    DAILOG PLAK MMG SESUAI KERANA SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI PEMAHAMAN KEDUDUKAN ISLAM SBAGAI AGAMA RASMI SERTA KESAN2 PRO DAN KONTRA APABILA MENANGANI ISU2 SENSITIF BERIKUTAN PERLEMBAGAAN NEGARA JUGA MEMBERIKAN KEBEBASAN BERAGAMA KPD LAIN2 KAUM

    ReplyDelete
  3. salam PG,
    kerajaan kena berhenti menari menurut rentak pembangkang!

    ReplyDelete
  4. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Kita [umat lslam] sangat berharap idea yng dicetuskan ini cepat-cepat ditarik balik [paling tidak senyapkan], sebagaimana kita minta tabloid Herald segera menarik balik permohonan menggunakan kalimah Allah; sebab kedua-duanya tidak lain pasti melebar-mudahkan jalan dan usaha pengancuran lslam yang tidak pernah berhenti-henti dilakukan oleh puak-puak yang 'menentang' lslam.

    2 Jika seorang perofessor menyatakan bahawa suara 'penaung' agama sekalipun boleh tidak diambil kira [jika mahu], janganlah pula ada dari kalangan umat lslam sendiri yang semakin
    'mengambus' terus suara yang boleh tidak didengari itu dengan idea seperti ini. Kenapa perlu haru-biru jalan fikiran kita dengan apa yang dilakukan oleh Majlis Peguam, misalnya, kerana kita pun telah sangat mengetahui siapa dan apa niat mereka. Yang penting, umat lslsm -terutamanya para pemimpin mereka - yang sedang dihadapkan dengan 'ujian keimanan' ini, kena ada minda kristal; minda yang berupaya menelah apa yang mereka sembunyikan di balik punggung mereka, bukan malah sebaliknya menapak di belakang mereka, atas apa alasan sekalipun... demi agamanya. Mengambil kira bahawa undang-undang pun telah ada; 'pendayung sudah di tangan, pisau pun dalam genggaman', maka hanya menggayakannya sahaja menagih kebijaksaan, selain keberanian.

    3 Nabi SAW telah meninggali kita analogi yang tujuan tidak lain agar dapat meningkatkan martabat dan kemuliaan umat baginda SAW jika analogi itu mahu dipegang kukuh sebagai suatu peringatan, sekaligus pengajaran, iaitu: betapa nanti di kalangan umat lslam akan ada orang-orang LALAI yang mengikuti jejak langkah kaum kuffar sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal, sehingga jika mereka [kaum kufar] itu masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, maka orang-orang [yang dapat dilalaikan itu] pasti rela dijeblos-masukkan ke dalam lubang biawak [baca: penyesatan] tersebut. JANGAN JADI begitu. Amat malu dan sangat hina kelak di hadapan Nabi SAW dan di hadapan Allah tanpa hujah kenapa sampai dapat dimasukkan ke dalam busuk itu...!

    4 Firman Allah [maksudnya], "Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya [Muhammad] dengan membawa petunjuk [al-Quran] dan deen [sistem hidup] yang benar [agama lslam], untuk dimenangkan dan ditinggikannya mengatasi segala agama yang lain, sekalipun orang-orang musyrikiin tidak menyukai [membenci]-nya" (QS at-Tawbah [9]:33)

    5 Kitalah umat Rasul-Nya itu; umat yang dibebani kelangsungan pertanggungjawapan yang paling mulia ini supaya memenangkan dan meninggikan satu-satunya deen-Nya itu.

    6 Cukuplah sepanjang 52 tahun minda politik umat ini di'mandul'kan oleh isu-isu yang TIDAK menguntungkan, bahkan merugikan agama mereka. Kerana itu, bukan kerana ada suara daripada JAKIM, malah suara rakyat [Muslim] - yang berganda lebih banyak daripada JAKIM - kena didengar, paling tidak kalau mahu sejalankan dengan slogan 'rakyat didahulukan'. Dan ini
    pun suara seorang rakyat Muslim juga, yang tidak lain tujuannya ... untuk memuhasabah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. apa fungsi sebenar majlis ini?bukankah sekarang kita sudah ada dialog antara agama, tak perlu majlis2, suruhanjaya. jangan buang masa.

    ReplyDelete