Friday, 22 January 2010

RASUAH PASIR : KASTAM JOHOR PUN TERLIBAT, PATUT LE !



Terima sogokan seks
Oleh Saipul Adli Mohamad saipuladli@hmetro.com.my 2010/01/22


JOHOR BAHRU: Empat pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor adalah antara enam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri ini, Selasa lalu, selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan mencuri dan menyeludup pasir ke negara jiran.

Dua individu lagi yang ditahan adalah dari Pejabat Tanah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dengan lima daripada mereka ditahan di bandar raya ini manakala seorang lagi di Kota Tinggi. Sumber mendakwa dua daripada enam yang ditahan itu disyaki menerima rasuah seks selain sogokan wang. Beliau berkata, semua yang ditahan adalah kakitangan kerajaan dan pihaknya percaya lebih ramai kakitangan swasta akan ditahan berkaitan kes sama. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Itulah sebabnya rekod pengekspotan pasir ke Singapura selalunya menunjukkan sedikit sangat . Rupanya inilah sebahahagian komplot yang memalsukan rekod pengeluaran pasir ke Singapura.

2. Itu belum dikira pemalsuan rekod di pejabat tanah dan galian. Biasalah. Keluar pasir 100 lori , yang ditulis 10 lori. Siapa yang menipu, ditipu atau mereka bersekongkol sama. Sama-sama kita fikirkan.

3. Inilah yang terjadi dan kerana inilah kerajaan yang mendapat nama yang tidak baik. Pengkhianat inilah angkaranya. Tahniah SPRM.

4. Juga PG nak sentuh, kalau pemimpin dan pegawai PR yang ditangkap ada je kritikan dan masalah kononnya sabotaj dari kerajaan atau ada sahaja tangan menuding jari kepada SPRM. Tak ada pula PG lihat dan dengar, pemimpin kerajaan yang ditangkap menyalahkan SPRM atau menuduh PR yang melakukannya. Yang kena tangkap pun tak kata apa dan tak menyalahkan orang lain pun.

5. Jadi kepada pengundi muda : fikirkan juga hal ini. Adakah pemimpin dan parti sebegini yang patut diserahkan amanah kepada mereka? Kalau mereka memerintah , mungkin akan mengatasi undang-undang dan segalanya. Dengan apa yang mereka lakukan, PG percaya tidak mustahil ia boleh berlaku dan telah berlaku sebahagiannya pun.

6. Fikirkan!

11 comments:

  1. SLM BRO..PEMBANGKANG CUMA BERANI HENTAM KERAJAAN BILA TENGOK ISU TU DARI LUAR JEK. YG DALAM2 TU DIORANG X AMIK KISAH PUN. ASALKAN ADE POINT NAK BALUN..AAHH PEMBANGKANG MMG MCM TU! HARKK PTUIHH!

    ReplyDelete
  2. Tahniah SPRM. Elok juga bila dah sabit kesalahan ,mereka ni nanti di beri makan pasir jer kat mana2 penjara.

    ReplyDelete
  3. bukti kerajaan tidak bias!

    ReplyDelete
  4. demi mengelakan rasuah kerajaan perlu peka terhadap kebajikan penjawat awam di samping bertindak tegas terhadap sendiket2 yg mengelak dari membayar cukai terutama di pintu2 masuk.jika dibuat pemantauan sepenuhnya kerajaan dapat memunggut hasil tersebut dan di gunakan bagi kepentingan rakyat maka disini dapat mengurangkan kadar rasuah.INGGAT sekali,dua kali kamu terlepas namun........jerat tak pernah lupa pelanduk.akhirnya kamu akan tertangkap jua....awas

    ReplyDelete
  5. selepas ini sprm cuba lah tgk sikit jabatan imigeresen. dah berlambak pendatang tanpa izin

    ReplyDelete
  6. kadang2 niat yang murni disalah erti

    ReplyDelete
  7. sebenarnya setiap jabatan ada kesinambungannya...semuanya penting.

    ReplyDelete
  8. mane2 kerja pun klau da mula org dengki nak menafikan pun susah....

    ReplyDelete
  9. ape bezanya pemberian wang berbentuk duit dgn barangan? klau tokey yg slalu berurusan dgn jabatan yang penting mesti ada buat2 mcmni kan?....

    ReplyDelete
  10. kalau kat pelabuhan dari pintu depan sampai atas kapal tapawwwwwwwwwwwwwwwwwww.....tiap2 bulan ma...semua dah tau

    ReplyDelete
  11. sehari pusat pmeriksaan kastam BSI melepaskan sehingga 700 buah lori pasir, ada yg muatan 60tone ada yg muatan 38tone, cuba anda darapkan dgn nilai sogokan klu 1lori rm10, bila tun M isu kan pkara ni pngarah ksram johor cpt2 naeikan dgn mngatakan hanye 20 lari sehari, pngh makan gaji butw ke? shingga tak tahu hal sbnr, Tun m yg jauh di kL pun, pgh kstam johor tak pnah gi pusat pmeriksaan ke, duduk ofis kira duit untong laba ke??????

    ReplyDelete