Wednesday, 20 January 2010

SETPOL EXCO SELANGOR DITANGKAP RASUAH PASIR ! TANDA-TANDA NAK BUNGKUS TU!


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) telah menyerbu dan mengeledah pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari dan kemudiannya menahan setiausaha eksekutifnya hari ini.

Setiausaha tersebut, Hussien Ahmad, 62, telah dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoalsiasat pada lebih kurang jam 3.30 petang.Pasukan SPRM yang diketuai oleh Superintenden Premraj Victor telah bergerak ke pejabat Yaakob yang terletak di tingkat 14 bangunan sekretariat kerajaan negeri turut merampas beberapa dokumen berkaitan dengan kegiatan melombong pasir di negeri itu dan juga dokumen berkaitan dengan perjalanan ke luar negara.

Hussien kelihatan meninggalkan bangunan sekretariat kerajaan negeri itu menggunakan keretanya sendiri ditemani seorang pegawai SPRM sementara Yaakob mengikuti mereka dari belakang.Yaakob adalah pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan.

Ketika ditemui berkata, beliau dimaklumkan mengenai kedatangan pegawai-pegawai SPRM pada lebih kurang jam 11.15 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke pejabat semula daripada menghadiri mesyuarat di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Yaakob juga berkata, SPRM turut meminta perincian mengenai profil syarikat yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir dan juga tentang perjalanannya ke Hangzhou dan Beijing di China.

Dalam pada itu, pegawai perhubungan awam kerajaan negeri, Ginie Lim berkata, pada mulanya memang ada usaha menghalang Hussien daripada dibawa keluar oleh SPRM memandangkan kes berkaitan pekeliling am kerajaan negeri yang melarang SPRM membawa keluar kakitangannya daripada bangunan kerajaan negeri untuk disoal siasat masih dalam perbicaraan mahkamah.

Bagaimanapun, Hussien terpaksa akur dengan arahan SPRM kerana mereka membawa waran tangkap, katanya.Menurut Ginie lagi, pegawai-pegawai SPRM turut menyerbu pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja pelombongan.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengulas mengenai kejadian ini berkata, apa yang dilakukan oleh SPRM itu adalah merupakan sebahagian daripada tugas mereka tetapi mengingatkan agar tidak terkeluar daripada bidang tugas yang dibenarkan di bawah agensi pencegahan rasuah itu.

Penghuni Gua : Aduh panas-panas. Inilah kerajaan negeri yang membangun bersama islam dan Malaysia Sederhana. Rupanya makan kedarah duit pasir rupanya.

2. PR sedang kepanasan. MB Khalid pun makin panas. Mana tak panas, hari ini PKR Kuala Selangor iaitu ketuanya ialah MB Khalid Ibrahim telah dibubarkan. Tinggal Khalid aje. Yang lain dah letak jawatan. Belum pun reda, Setpol exco nya pula ditangkap.

3. Biasalah. Bila tangkap Setpol tu, maknanya Exco pun tak lama lagi akan bungkus juga. Pasti akan ditangkap juga exco tu. Setpol ditangkap dulu biasalah. Dia yang memegang rahsia dan dokumen semuanya.

4. Inilah contoh kerajaan PR wahai pengundi muda. "Keadilan untuk semua, Islam liberal, Membangun bersama Islam, Malaysia Sederhana". Inilah wahai pengundi muda. Wajah mereka cantik semuanya. Orang tua pernah berkata, kalau nak lihat wanita yang nak dijadikan isteri kta lihat kakinya. Kalau bersih dan merah ok le. Kalau kotor dan berdaki tu jangan dibuat bini. Maknanya seluroh badannya kotor. Nak cium pun masam.

5. Jadi bab pemimpin dan parti-parti dalam PR ini samalah dengan analogi di atas. Bab bercakap ! Kelas pertama. Tengok ajelah slogannya. MasyaAllah. Sedap telinga dan boleh khayal kita kalau mendengarnya. Tapi jika dilihat kakinya. masyaAllah. Jijik kita melihatnya.

6. Mereka ini cakap aje lebih. Mereka semua ini ada je peluang memang gasak habis-habisan le duit rakyat. Sebabnya? Sebabnya mereka tahu, kuasa mereka tidak lama dan akan hilang dalam PRU13 nanti. Sementara ada masa tu, ada peluang , kedarah aje le mana yang sempat.

7. Itulah wajah kerajaan dan pemimpin PR. Fikirkanlah. Mereka semua makin dan bertambah-tambah panas lagilah.

8 comments:

  1. SLM BRO..PATUTNYA KAT JOHOR PUN KENE LAKUKAN BENDA YG SAMA GAK. BIAR PENGKHIANAT NEGARA TAU KERAJAAN BKN MAIN2 DLM HAL NAK MENGHAPUSKAN RASUAH

    ReplyDelete
  2. Apa kabar penyokong PKR Selangor? Kalau bos kamu makan tahi, kamu pun nak ikut makan tahi ker ?

    ReplyDelete
  3. Jaga baik baik Pak Abu. Jangan sampai ada yang bunuh diri / dibunuh lagi.

    ReplyDelete
  4. salam...
    biar benar bro? bukankah pakatan mengatakan mereka suci sesuinya???

    he he he....

    jahanam anwar al juburi....PKR parti RASUAH, PORN,LIWAT

    ReplyDelete
  5. Salam PG, inilah akibatnya kalau calon-calon yang ditangkap muat dari tepi jalan....... bukan ada rasa tanggungjawab dengan amanah yang diberi....

    Menuding jari memang bijak, tetapi selebihnya banyak pada diri sendiri... ini PKR, DAP dan PAS.... semua sama sahaja...

    ReplyDelete
  6. Udah bijih pun depa lombong bawa lari kemana dengan orang putih... sampaikan pasir bekas2 lombong dulu pun mereka nak jugak?

    Ni puak kemaghok... kalau boleh, satu melaysia depa nak korek sampai licin!

    Bota

    ReplyDelete
  7. Janagan setpol dijumpai mati terjun tingkap udah le....


    Setpol ni dah agak tua 62 tahun...SPRM janganlah sergah kuat2...Nanti meninggal dunia semasa disoal-siasat....masak, siapa nak jawab.....Umno gak yang salah nantinya.....

    ReplyDelete