Tuesday, 26 January 2010

SISTEM KEADILAN JENAYAH : BEBAN BUKTI / SALAH ARAH YAA HAKIM !


[1995] 1 MLJ 538
Sochima Okoye v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL
NO R–05–1–94

Judges SHAIK DAUD JCA
GOPAL SRI RAM JCA
VC GEORGE JCA

Date 17 FEBRUARY 1995

Citation [1995] 1 MLJ 538



Catchwords:

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — Section 39B(1)(a) — Trafficking in dangerous drugs — Statutory presumptions — Drugs recovered from accused’s bags — Defence of innocent carrier — Whether judge must consider whether another person is real trafficker — Whether presumption of trafficking becomes irrebuttable once presumption of possession is not rebutted — Whether judge must consider rebuttal of each presumption separately — Dangerous Drugs Act 1952 s 37(d) & (da)

Evidence — Presumption — Trafficking in dangerous drugs — Presumptions raised as to possession and trafficking — Whether judge must consider rebuttal of each presumption separately — Dangerous Drugs Act 1952 s 37(d) & (da)

Evidence — Burden of proof — Accused’s burden — Rebutting statutory presumption — Standard of proof to rebut presumption — Dangerous Drugs Act 1952 s 37(d) & (da)

Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah satu rayuan oleh perayu yang telah disabitkan atas kesalahan di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’). Perayu telah didapati mempunyai dalam jagaannya 2,840.3g heroin di pejabat kastam di Padang Besar. Dalam pembelaannya perayu mengatakan bahawa beliau telah berkawan dengan seorang bernama Smith yang telah menyerahkan kepadanya dua buah beg di Bangkok yang mengandungi peralatan dapur untuk dibawa ke Singapura. Hakim perbicaraan, sedangkan beliau berpendapat yang cerita pihak pembela tentang Smith itu bukan sememangnya tidak boleh dipercayai, mendapati atas keseluruhan keterangan bahawa pihak pembela ‘telah gagal mematahkan anggapan-anggapan statutori’ di bawah s 37(d) and (da) Akta itu atas imbangan kebarangkalian, dan memutuskan bahawa perayu bersalah, lantas menyabitkannya.

Peguambela perayu berhujah bahawa selepas hakim perbicaraan telah membuat keputusan bahawa perayu gagal mematahkan anggapan di bawah s 37(d), beliau mempunyai satu tugas lanjut untuk mempertimbangkan sebagai satu gerak kerja yang berasingan dan tersendiri, sama ada anggapan di bawah s 37(da) Akta itu telah dipatahkan. Peguambela juga berhujah bahawa hakim sepatutnya memperimbangkan sama ada Smith pernah wujud kerana di sisi undang-undang, seseorang yang memiliki dadah berbahaya akan berhak dibebaskan atas tuduhan mengedar dadah dengan menunjukkan sama ada atas imbangan kebarangkalian atau dengan menimbulkan keraguan munasabah bahawa terdapat seorang lain yang merupakan pengedar yang sebenar.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Di dalam satu kes jenayah, pihak pendakwa memikul beban pembuktian secara amnya untuk membuktikan kesalahan tertuduh sehingga melampaui keraguan munasabah. Pihak pendakwa boleh bergantung pada anggapan statutori untuk membuktikan unsur-unsur dakwaan itu. Apabila itu berlaku, beban pembuktian atas isu tertentu itu beralih kepada pihak pembela untuk mematahkan anggapan itu atas imbangan kebarangkalian.

(2) Di dalam kes ini, cuma kerana pihak pembela telah gagal mematahkan anggapan pemilikan di bawah s 37(d) Akta itu tidak bermakna bahawa anggapan pengedaran di bawah s 37(da) Akta itu akan menjadi tidak boleh dipatahkan. Melainkan jika keterangan di dalam sesuatu kes tidak menjadikannya perlu, adalah menjadi tugas mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada atas imbangan kebarangkalian pihak pembela telah mematahkan anggapan statutori pengedaran di bawah s 37(da) sebagai satu gerak kerja berasingan walaupun mahkamah berpuas hati atas imbangan bahawa anggapan di bawah s 37(d) tidak dipatahkan.

(3) Dengan membaca penghakiman hakim perbicaraan secara keseluruhan, adalah jelas bahawa gerak kerja berasingan sedemikian tidak dijalankan. Penggunaan ungkapan ‘anggapan-anggapan’ oleh hakim perbicaraan tidaklah mencukupi untuk mematuhi keperluan yang tersebut di atas dengan secukupnya.



(4) Hakim itu, selepas mendapati bahawa cerita perayu tentang kewujudan Smith itu adalah benar, sepatutnya mempertimbangkan soalan lanjut sama ada terdapat apa-apa keraguan munasabah yang timbul bahawa Smith merupakan pengedar yang sebenar, tetapi tidak berbuat demikian.

(5) Kegagalan hakim untuk mengarahkan dirinya dengan betul menjadikan keputusan muktamadnya salah dengan padah sekali. Satu ketidakadilan mungkin telah berlaku dan mahkamah tidak ada pilihan melainkan untuk mengetepikan hukuman gantung yang telah dijatuhkan dan mencatatkan satu sabitan untuk milikan di bawah s 39A(2) Akta itu. Perayu telah dihukum penjara seumur hidup dan 12 sebatan rotan.]Notes

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq....

1 comment:

  1. Assalamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Bagi yang meyakini dengan sebenar-benarnya ajaran ayat al-Quran [mafhumnya), "Hak membuat hukum itu hanya bagi Allah", [Surah al-An'am (6):57], tidak ada manfaat apa pun baginya daripada berhukum dengan hukum sivil, selain dosa dan kemurkaan Allah. Kenapa? Sebab inilah amalan memaksiati-Nya, iaitu mensyirikkan hukum-hukum Allah dengan hukum buatan manusia. [Hukum sivil direka-cipta oleh wakil-wakil rakyat/MP-MP di DUN atau dewan legislatif di parlimen)

    2 Setiap Muslim kena jelas bahawa: hukum sivil TIDAK ADA kaitan secara langsung atau tidak dengan hukum-hukum Allah, iaitu hukum syara'; bahkan membuangkannya.

    2 Kalau yang si digantung sampai mati itu Muslim, hukuman mati yang membebaskannya drd dosa tersebut hanya kalau kepalanya dipancung. ltu saja kaedah pelaksanaan hukuman mati yang lslam tawarkan; dengan menepati hukum syara' yang antara motifnya ialah utk 'menanggalkan'
    dosa, lalu mendapat keampunan daripada Allah.

    3 Dan kita tidak ada hak untuk memilih selain daripada yang Allah telah tetapkan...

    Masih mahu kepada sivil juga...?

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete