Wednesday, 27 January 2010

WANG EHSAN : YB IBRAHIM ! ANDA ADA STANDARD TERSENDIRI !


MStar
Rabu Januari 27, 2010

Ibrahim Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Ke Mahkamah


KOTA BAHARU: Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan yang enggan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.

Bagi Ibrahim tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut membawa isu itu ke mahkamah kerana tahu isu itu tidak berpihak kepada mereka dan ia sebenarnya hanya dijadikan modal politik PAS semata-mata.

"Saya bagi tempoh sebulan mulai hari ini kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan jika tidak, saya sebagai rakyat Kelantan pula yang akan berbuat demikian. "Tujuan saya untuk membuktikan PAS sebenarnya takut untuk berhadapan di mahkamah dan isu ini sengaja direka hanya untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, malam tadi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ada standard. Ada classlah kau YB Ibrahim. Memang ada class. Bukan seperti pemimpin PAS , hanya tahu berkokok dan sumpah seranah serta asyik mendoakan kemusnahan kepada pemimpin kerajaan.

2. YM Ku Li ? Ehmmmmmmm. Jangan cakap le. Kena " pong " ( angkat dan puji serta provok ) sikit aje maka dia pun begitulah. Itu yang dua tiga kali kalah lawan Tim Presiden UMNO dan Presiden UMNO tu. Rasa kuat . Tapi tak sedar diri lemah. Hanya harap kena " pong " oleh penyokong UMNO Kelantan dari UMNO sahaja. Dalam hal minyak ini pun sama keadaannya. Harap kena pong aje. Itu yang guna platform NGO untuk hentam kerajaan mengenai isu wang ehsan tersebut. Biasalah. NGO tu pun hanya cover line aje. Itu semuanya NGO pembangkang . Tukar nama aje. Bukannya kami di luar ini bodoh sangat.

3. Bagus dan tahniah YB Ibrahim. Itu aje cara mengajar PAS. Pulang balik paku buah keras kepada mereka. YB ada locus Standi juga dalam isu ini . Kalah menang soal lain. Dari cakap berdegar-degar seperti YM Ku Li dan pemimpin PAS tu, lebih baik mengambil tindakan seperti YB. . Cakap dan bikin. Bukan cakap tak serupa bikin seperti YM Ku Li dan pemimpin PAS tu. YM Ku Li ini pun bukan apa, selain kena pong, " semangat kekelantannya melebihi dari isu sebenar.

4. Tahniah Yb Ibrahim. Kalau menang untung Kelantan , dapat wang royalti. Kalau kalau pun tak rugi. Mahkamah akan jelas sebab tak dapat royalti. Jadi semua pihak akan diam. PAS akan tutup mulut dan YB serta kami semua akan tahu niat sebenar PAS yang liat sangat nak ke mahkamah. Dah berpuluh tahun isu ini dimainkan. Kalau ke mahkamah dari awal dah selesai pun.

5. Ini tak lain, dok nak doakan bala aje. Nampak duit semuanya cerah biji mata. Serban dan kopiah pun terangkat. Jubah pun semakin pendek dan bergantungan. PG dah banyak kali tengok dah perangai pemimpin PAS Kelantan ini. 6 tahun bekerja di sana. Fatwa curi balak di Tanah Merah ( kawasan Thailand ) pun ada dikeluarkan ( hidup lagi YB tu ) . Curi balak Thailand tak salah sebab curi hak orang kafir. Itu kisah pada tahun 1990. 11 orang pegawai Jabatan Hutan Tanah Merah di tahan oleh pihak berkuasa Thailand. TGNA pun tahu siapa dia.

6. Sekali lagi tahniah YB Ibrahim. Anda begitu praktikal dalam segala hal. Biar lah apa pun dikata dik orang. Kekalkan cara anda ini. Bebas dan boleh bersuara dalam apa perkara pun. Buat apa cakap lebih-lebih. Biar mahkamah putuskan. Tindakan YB ini juga dapat mencucikan dosa pemimpin PAS. Ia dapat mengelakkan pemimpin PAS terus mencelakakan orang dan terus memfitnah dan memanjang isu ini . Bagus YB. Ini yang islam ajarkan . Walaupun YB tak ada le pakai serban dan berjubah tetapi tindakan YB ini adalah mengikut islam.

7. Kepada PAS dan pemimpinya : Sudahlah. Jangan nak bodohkan rakyat dengan mempolitikkan isu wang ehsan ini. PAS pun tahu, ia memang tak layak. Itulah kunci segala perkara.

2 comments:

  1. PAK YEM MMG HEBAT BROO!. SMANGAT MELAYU JATI DIA MMG KUAT. HARI TU PERGI PERASMIAN PERKASA DI BP DGR CERAMAH DIA MMG BEST!. SBB TU PAK AJIS KECUT TELOW KAT DIA NI. BERANI KERANA BENAR..KECUT KERANA DH TAKUT! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Ye setuju....walau dimana YB Ibahim di campak, dia tetap dengan prinsip yg sama....

    ReplyDelete