Thursday, 25 February 2010

ANAK TEOH BENG HOCK ? BERTUAHNYA ANAK DAN WANITA INI !





MELAKA: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapat hadiah paling istimewa sempena Tahun Baru Cina kali ini, apabila bayi yang dilahirkan bekas tunang beliau pada Isnin lalu sudah mendapat sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lebih menceriakan mereka, nama bayi yang dilahirkan oleh Soh Cher Wei, Teh Er Jia, adalah sempena nama keluarga mendiang manakala Beng Hock pula dinyatakan sebagai bapa bayi berkenaan. Adik perempuan mendiang, Lee Lan mengakui kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan dan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan isu mendapatkan dokumen penting itu.

Beliau turut mengaitkan kejayaan itu berkat daripada kerjasama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Ow Ei Sun dan Pegawai Khas Hishammuddin, Datuk Lau Yeng Peng. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bertuahnya jadi Beng Hock. Bertuahnya jadi girlfriend Beng Hock. Bertuahnya jadi anak berbinkan Beng Hock.

2. Anak yang dilahirkan oleh wanita di atas iaitu tunang Beng Hock telah di daftarkan bapanya sebagai anak Beng Hock. Anak tak sah taraf ini boleh pula di binkan kepada Beng Hock. Nikahnya hanya selepas kematiannya. Sebelum nikah, perempuan ini telah mengesahkan ia mengandung 2 bulan iaitu ia mengandung anak Beng Hock.

3. Bertuahnya dia dan anaknya berbanding dengan anak-anak tak sah taraf yang lain di Malaysia. Kepada Pejabat Pendaftaran Malaysia, PG ingin bertanya. Apa buktinya bahawa ini anak Beng Hock. Adakah ujian DNA dilakukan terhadap anak ini bagi menentukan ia benar anak Beng Hock? Jika tidak , mengapa begitu senang ia didaftarkan sebagai anak Beng Hock?

4. Jika benar pun ujian DNA dibuat dan disahkan pula ia anak Beng Hock, apakah undang-undang dan peraturan yang membenarkan anak ini di daftarkan sebagai anak Beng Hock. Anak ini sah anak tidak sah taraf. Ia dikandungkan sebelum pernikahan. Buddha juga melarang kandungan dan kelahiran yang begini. Jadi mengapa ia boleh didaftarkan sebagai anak Beng Hock?

5. Apakah anak-anak tidak sah taraf yang beribu jumlahnya di Malaysia ini yang masih tiada berbin dan setengahnya di binkan Abdullah sahaja. Adakah mereka ini boleh didaftarkan dan dibinkan berdasarkan keterangan ibunya bahawa si anu- si anu ini adalah bapa mereka. Dalam kes Beng Hock boleh. Mengapa dalam kes mereka ini tidak boleh?

6. Selepas ini PG berpendapat ramai yang wanita yang melahirkan anak tak sah taraf ini akan memohon anak tak sah taraf mereka untuk di binkan kepada seseorang atau diletakkan nama sesorang lelaki dalam pendaftaran sebagai bapa anak tak sah taraf ini. Apa alasan Pejabat Pendaftaran utnuk menolak permohonan ini?

7. Juga selepas daripada kes Beng Hock ini, maka begitu senanglah wanita-wanita yang mengandungkan anak tak sah taraf ini hanya dengan menunjukkan si anu- si anu ini adalah bapa kandungannnya , maka pendaftaran akan meletakkanlah bahawa lelalki ini adalah bapa kepada anak ini tanpa sebarang ujian kalau diikutkan dari kes Beng Hock ini.

8. Mungkin juga selepas ini , semakin ramai anak tak sah taraf akan lahir di bumi Malaysia , kerana mereka tiada masalah untuk mem BIN kan anak ini selepas ia dilahirkan berdasarkan kes Beng Hock ini.

9. Apakah isyarat yang kerajaan ingin berikan kepada rakyatnya? Apakah isyaratnya bahawa kerajaan sudah menerima gejala hidup tanpa kahwin atau bersekedudukan di Malaysia sebagai satu cara hidup. Atau budaya mebgandung dahulu baru berkahwin ingin di popularkan di Malaysia?

10. Bertuahnya Beng Hock, wanita ini dan anak yang dilahirkannya!!! Mengapa yang lain diberi layanan berbeza? Mohon penjelasan Jabatan Pendaftaran.

Nota : Mungkin di dalam perundaangan tiada halangan untuk ini, tetapi mengapa anak tidak sah taraf yang lain diberi layanan yang berbeza sebelum ini?

12 comments:

  1. Ha betul tu..sape nak jawab......!!!

    ReplyDelete
  2. Kuang,kuang,kuang - Ha, jawab!! Satu keputusan yg tidak rasional dgn hanya menggunakan "kepala lutut"!! Tidak langsung mematuhi undang2 dan peraturan yg sekian lama diamalkan. Setuju sangat dgn komen PG. Kenapa kerajaan skg mcm dh jd kuda kayu. Kita tahu mereka perlukan kerusi tapi jgn lah bertindak spt org tidak bermaruah dan tidak bertanggung jawab! Adakah peraturan ni dh dipinda di parlimen? Jika tidak maknanya hanya untuk mangkok ayun sorang ni saja lah. Kerajaan skg mmg dh nampak tidak ada kebijaksanaan lg kerana akal fikiran diulit "kerusi". Untuk itu keputusan2 yg dibuat sudah tidak rasional lagi. Mereka sanggup menunaikan apa saja dgn mengenepikan peraturan dan undang2 yg ada. Selepas ini tolong luluskan segera beribu2 anak tak sah taraf yg sedia ada untuk mendapat hak yg sama spt anak mendiang beng hock tersebut.

    ReplyDelete
  3. Bro,

    Aku dah cakap dulu, Najib dan Hisham dengan Queen Rosmah ni bukan boleh harap. Slogan 1Malaysia menipu Melayu. PM sendiri melanggar undang2 yang dibuat di Parlimen. Kalau di UK dah lama Najib dipaksa RESIGN. Bodoh punya pemimpin.

    ReplyDelete
  4. Lepas ni jika terjumpa mana2 bayi tepi longkang ker,tepi tong sampah ker..sama2 lah kita BIN/BINTI kan dengan Najib ker..Hishamuddin ker..NAjis ker..Ustaz LGE ker..Mahfuz ker atau Matrengganu ker... Dunia...dunia..

    ReplyDelete
  5. Abg Arif,

    Kerajaan kita sekarang dah makin takut dengan pembangkang. Takut kes ni dipolitikan lagi. KDN pun banyak mengikut je.

    ReplyDelete
  6. apapun keputusan kerajaan, ianya bukan membabitkan orang islam. selama inipun sudah banyak orang bukan islam lahirkan anak luar nikah. mengapa hanya baru ini nak kecoh?

    ReplyDelete
  7. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Mereka fikir mereka telah membuat suatu kebaikan - 'memelihara muka' dan 'menebus kehormatan' orang. Walhal, mereka tidak sedar bahawa mereka telah merendahkan martabat diri mereka sendiri kerana menjadi juara dalam membela kemungkaran.

    2 Kalau mereka ini masih belum jernih tentang kefahaman mereka berkenaan hukum syara' - pergi minta tolong mana-mana ustaz mereka dan belajar perkaitan 'hukum syubhat' dalam kemungkaran.

    3 Nampak jelas, mereka tak dapat meletakkan dan memanfaatkan tugas dan jawatan untuk melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Buta syari'at...

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Apabila PEMIMPIN dilantik dikalangan org yang rosak akhlak. Beginilah jadinya.

    ReplyDelete
  9. MUNGKIN ANAK INI ANAK ANUGRAH NEGARA KOT.

    Memandangkan begitu ramai yang terlibat dalam usha menghalalkan keturunan walaupon menyongsang peraturan dan undang-uandang yang termaktop.

    Satu perkara yang kita bolih belajar disini < anything can if the right person involved > ,jadi kesimpulanya segala pekara bolih belaku dan tidak mustahil belaku kalau melibatkan kuasa dan pengaroh.
    A day a leson will make a perfect man.

    ReplyDelete
  10. Assalamu 'alaikum, Tebing tinggi,

    1 Malangnya, they are the wrong persons to fill in those rightful positions... A grave disgrace to other good practising Muslims...

    2 A day a [fasiq] lesson makes perfect fasiquun ...

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. Anak ihsan kot, satu lagi soalan, dia kini janda atau bujang?

    ReplyDelete
  12. "Buddha juga melarang kandungan dan kelahiran yang begini."

    Buddha melarangkan pasangan yang belum menikah untuk bersetubuh. Malahan, dalam kes Teoh Beng Hock, dia sudah bersedia berkahwin dan kelakuan sebegini tidak dianggap sebagai kesalahan menurut Pelajaran Mahayana.

    ReplyDelete