Wednesday, 3 February 2010

KRITIK LIM GUAN ENG : ADAKAH MP CINA NIBONG TEBAL DIAMBIL TINDAKAN ?



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng, mendakwa Lim Guan Eng sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Tan berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. "Ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran Guan Eng," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : MP Cina Nibong Tebal dari PKR ini juga telah mengkritik dengan hebat KM Pulau Pinang . Adakah DAP akan mendesak PKR agar tindakan tatatertib parti dikenakan terhadapnya. Adakah PKR akan mengambil tindakan seperti mana PKR mengambil tindakan terhadap 3 pemimpin melayu seperti Zahrin, Zul Kulim dan Zaid ( yang ini kalau kena pun , lantak le )?

2. Kita lihat , adakan Melayu dalam PKR terus diperbodohkan oleh PKR sendiri atau terus diperbodohkan oleh Lim Guan Eng dan DAP.

3. Kita sama-sama lihat nanti. Tapi dah masuk 3 hari masih belum ada apa-apa. Rasanya melayu dalam PKR terus diperbodohkan oleh DSAI dan DAP. Padan muka anda semua.

4. Kepada pengundi muda: Fikirkanlah.

1 comment:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    Quote [para 2]: 'Melayu dalam PKR DIPERBODOH ...?

    1 Sudah sejak sebelum merdeka lagi- [1956, tahun terbenihnya janin UMNO]- tok-tok moyang, para pemikir dan pemimpin bangsa kita ini telah melukis pelan nasib depan kaumnya. Namun sangat disayangi, kitaran sejarah sampai sekarang hanya menunjukkan perpecahan demi perpecahan. [Baca sejarah perpecahannya, mulai dari saat Dato' Onn bercerai dari UMNO]. Bukankah parti-parti politik Melayu/Muslim yang wujud & sedang bercakaran sesama Melayu sekarang ini tak lain adalah serpih-serpihan drp UMNO - yang lari ke bawah kem pembodohan DAP, yang jumud di dalam PAS, dan yang bersimpang-siur dalam PKR, selain yang masih taksub dalam UMNO?

    3 Wahai, para pengundi muda...semua itu hanya bukti nyata; bahawa landasan, asas dan sumber pemikiran politik untuk kebangkitan bangsa ini, baik yang didukung oleh mana-mana satu parti tersebut, BANYAK YANG TIDAK KENA; menyimpang dari fitrah umat yang beragama lslsm ini. Antaranya: kepuakan, ketamakan [terhadap kekuasaan & kekayaan], pengkhianatan, tidak memegang kukuh ukhuwah lslamiyyah dsb.

    4 Kerana itu, Anda kena mencari alternatif yang TERBAIK dan PALING BENAR ... ltulah ideologi lslam; dengan cara pendukungannya sebagaimana diperjuangkan dan ditegakkan oleh Rasul SAW ikutan kita, dan para Khalifah; satu-satunya sistem yang berupaya mempersatu umat lslam di Malaysia & di seluruh dunia. ltulah - Daulah Khilafah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete