Sunday, 7 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN PRIMA FACIE / WATAK BURUK TERTUDUH / KETERANGAN PAKAR !


[1993] 3 MLJ 217
Junaidi bin Abdullah v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–38 OF 1989

Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
PEH SWEE CHIN SCJ

Date 21 JULY 1993

Citation [1993] 3 MLJ 217


Catchwords:


Criminal Procedure — Trial — Charge of unlawful possession of firearm under s 57(1)(a) of the Internal Security Act 1960 — Close of prosecution’s case — Whether prima facie case established by prosecution — Whether court had to consider acquittal — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 173(f) & 180 — Internal Security Act 1960 s 57(1)(a)

Criminal Procedure — Trial — Close of prosecution’s case — Duty of court — Whether mandatory for judge to record reasons for calling accused to enter defence — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 180

Evidence — Criminal law — Character of accused — Whether prejudicial evidence of accused’s bad character admissible although not objected to by counsel — Whether principles governing admissibility of similar fact evidence applicable to character evidence — Whether admissible on ground of relevancy and necessity to rebut defence — Evidence Act 1950 ss 11 & 15

Evidence — Expert witness — Whether government chemist competent to give evidence of serviceability of firearm — Test to be applied in determining whether witness was expert witness — Whether witness’s lack of knowledge and experience affected admissibility or weight of evidence — Evidence Act 1950 s 45

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah disabit kerana memiliki senjata api di bawah s 57(1)(a) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (‘Akta itu’) dan telah dihukum mati. Perayu telah membuat rayuan atas alasan-alasan bahawa: (a) hakim perbicaraan telah membuat kesilapan dari segi undang-undang kerana tidak memeriksa keterangan pada penghujung kes pihak pendakwa untuk menentukan sama ada kes prima facie telah dibuktikan oleh pihak pendakwa dan mencatatkan sebab-sebab untuk pendapatnya itu; (b) hakim perbicaraan telah membuat kesilapan kerana menerima keterangan watak buruk perayu yang memudaratkan dan seharusnya tidak boleh diterima, walaupun tidak ada bantahan dibuat oleh peguambela; dan (c) ahli kimia kerajaan tidak layak memberi keterangan mengenai kebolehgunaan revolver itu sebagai seorang saksi pakar.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Dengan memanggil perayu untuk memasukkan pembelaannya, hakim perbicaraan, selepas meneliti keterangan, mesti berpuas hati bahawa pihak pendakwa, pada penghujung kesnya, telah berjaya menunjukkan suatu kes prima facie yang, jika tidak dipatahkan, akan mewajarkan sabitan tertuduh. Untuk membuat suatu keputusan seperti itu, hakim mestilah mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa yang telah diuji semasa pemeriksaan balas, atas dasar prima facie. Di dalam rayuan ini, kes prima facie pemilikan senjata api secara haram di bawah s 57 Akta itu telah dibuktikan dengan begitu jelas sehingga menjadi akademik dan tidak perlu untuk mahkamah mempertimbangkan sama ada perintah pembebasan patut dibuat di bawah s 180 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’).

(2) Tidak ada peruntukan statutori yang mewajarkan seorang hakim yang bersidang seorang diri untuk mencatatkan dengan nyata alasannya sebelum memanggil tertuduh membela dirinya atau menyebut pendapatnya mengenai kebolehpercayaan saksi-saksi utama pihak pendakwa. Dalam keadaan di mana terdapat sebab-sebab tertentu untuk menyatakan alasannya, seperti apabila penghujahan tidak terdapat kes untuk dijawab dikemukakan di dalam kes yang rumit atau apabila tertuduh diminta membuat pembelaan atas tuduhan lebih ringan atau alternatif, hakim adakalanya memberi alasan. Di dalam kes-kes yang tidak rumit, seperti kes ini, adalah tidak wajib atau perlu berbuat demikian. Kegagalan atau peninggalan hakim perbicaraan untuk merekodkan alasan keputusannya tentang kebolehpercayaan saksi-saksi pada peringkat perbicaraan itu tidak mencukupi dengan sendirinya untuk membenarkan rayuan itu.

(3) Meskipun peguambela telah mengaku di perbicaraan bahawa terdapat kes untuk dijawab, mahkamah masih boleh dan wajib, di peringkat rayuan, memeriksa rekod rayuan supaya berpuas hati bahawa terdapat kes untuk dijawab oleh perayu dari segi fakta dan undang-undang.

(4) Apabila tujuan mengemukakan keterangan fakta serupa atau kesalahan serupa dapat dipertahankan atas alasan kerelevanan atau keperluan untuk mematahkan sebarang pembelaan yang boleh digunakan oleh tertuduh (termasuk sebab-sebab di bawah ss 14 dan 15 Akta Keterangan 1950), keterangan watak buruk boleh diterima selagi nilai kejujuran keterangan itu melebihi kesan kemudaratannya. Mestilah terdapat sesuatu pembelaan sebenar yang hendak dipatahkan dan bukan setakat menyatakan bahawa tertuduh membawa pembelaan angan-angan sahaja. Di dalam kes ini, keterangan pemilikan fizikal revolver itu oleh seorang yang lain semasa rompakan yang lebih awal adalah sangat penting bagi pembelaan dan relevan di bawah s 11 Akta Keterangan 1950 untuk menimbulkan keraguan yang munasabah mengenai kes pendakwa bahawa si tertuduh memiliki revolver itu pada masa beliau ditangkap. Oleh itu, pihak pendakwa berhak mengemukakan keterangan untuk mematahkan pembelaan itu.

(5) Ujian yang perlu digunakan untuk s 45 Akta Keterangan 1950 adalah sama ada sifat keterangan itu memerlukan kepakaran tertentu; dan sama ada saksi itu mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memberi pendapat mengenai perkara yang disiasati. Oleh kerana keterangan yang hendak dibuktikan oleh pihak pendakwa hanya terhad kepada soalan sama ada revolver itu boleh digunakan, pegawai kimia di jabatan kimia kerajaan layak memberi keterangan pakar mengenai perkara yang tidak rumit itu. Terpulanglah kepada hakim perbicaraan, sebagai hakim fakta dan undang-undang, untuk menentukan kepentingan keterangan itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami sistem keadilan jenayah negara. Paparan ini berkaitan keterangan pakar dan watak buruk tertuduh serta prima facie. Tq

6 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Demikianlah hakikatnya kita [kaum Muslim], sama ada redha atau tidak, kena mengizinkan perjalanan kehidupan ini dihukumi dengan hukum sivil-sekular yang LANGSUNG TIDAK ADA KAITAN DENGAN HUKUM-HUKUM SYARI'AT, kerana hukum-hukum syara' Allah [syari'at] tidak diguna-kakai dan tidak dizahirkan sebagai sistem yang mengatur
    urusan kehidupan.

    2 Maka, hal yang sama juga berlaku di dalam berpolitik : Apabila jalan berpolitik tidak berdasarkan manhaj [jalan] politik Rasul SAW, maka yang berlaku hanyalah politik perpecahan yang sangat dilarang dan dilaknat oleh Allah.

    [Lihat respons saya pada posting PG sebelum ini, bertajuk '"50 Tahun UMNO Kekoh PAS. Tak Betul ytu...".

    3 Semoga ini semua menjadi alasan kuat untuk kita berusaha menjadikan lslam SATU-SATUnya sistem kehidupan yang diredhai Allah, sebagaimana yang Dia perintahkan - melalui penegakkan Daulah Khilafah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. ABU FAIQ

    TAK ADA SALAHNYA UNDANG2 NEGARA KITA. IA JUGA DIGUNAKA PAKAI DALAM ISLAM. HUDUD? HANYA ITU SAHAJA YANG BELUM . ITU PUN HUDUD DALAM 4 KESalahan sahaja. itu pun dari segi hukuman. lain-lain sudah ada dalam undang2 malaysia. ia memang undang-undang dari segi hukuman tadzir. contoh hukuman rogol atau liwat. jika tiada saksi 4 orang maka takzir digunakan. contoh seperti liwaat dsai. tak ada saksi maka undang2 kanun keseksaan dipakai. keterangan pakar adalah mustahak. ia berasasakan dna/ sains. itu kejadian allah. jadi kita semua pakai akal.

    sebab itu hudud yang pas dakwa hudud islam pun, semuanya meniru bulat-bulat kanun keseksaan, kanun acara jenajay dan akta keterangan. 100 % sama kecuali dalam 4 kesalahan hudud itu. sahaja. jadi hudud dalam 4 perkara iotu semuanya akan berjalan. cuma masa sahaja. undang-undang yang ada sekarang sudah baik dan sentiasa diundate.

    kalau bercakap bab konsep undang2 islam semua orang boleh cakap. detailnya mana. PAS 5o tahun cakap bab hudud. bila dicabar oleh tun mahathir agar kemukakan undang2 g=hudud kerkial-kial nak membuatnya. rupanya tak ada. lepas itu terhegeh, suroh tun salleh abah buat draf. itupun bertahun nak siap. akhirnya meniru 90 % dari undang2 yang ada. tapi kalau dengar cakap PAS dan yang serupa dengannnya bukan main. boleh laksana serta merta dan dihujung jari,. jadi bab cakap tentang konsep aje tak usah cakaplah. beri detailnya.

    ReplyDelete
  3. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    Sdra Anonymous 13.14,

    1 Mendakwakan "undang-undang negara kita juga diguna pakai dalam lslam.... hudud sahaja yang belum ...yang lain-lain sudah ada di dalam undang-undang Malaysia" jelas bukti nyata bahawa kehidupan yang sudah bergenerasi diperap dan diperam di dalam kubangan hukum sivil-sekular telah menjadikan banyak Muslim begitu sukar dan gagal untuk membezakan yang mana hukum daripada Allah SWT dan yang mana hukum [undang-undang] buatan akal manusia.

    2 Dakwaan yang sangat berani mengatakan hukum 'negara kita' juga digunakan di dalam lslam, telah dengan sengaja memperlekeh hukum Allah sama taraf dan sama benarnya dengan hukum [undang-undang] buatan manusia, iaitu hukum yang dihasilkan di dewan legislatif [parlimen] oleh manusia, yang Muslim dan yang non-Mislim. Apakah mahu diertikan juga al-Quran sebagai sumber perlembagaan/undang-undang lslam hanya sekadar sama taraf, sama benar atau juga sama tinggi mulianya dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Malayu/Malaysia produk Suruhanjaya Reid; yang satu boleh substitute [mengambil tempat] yang satu lagi..? Subhan Allah...

    4 Sdra Anonymous, barangkali sedikit tidak mengapa jika dakwaan sedemikian lahir kerana ignorens, tetapi sangat fatal kepada akidah jika ia terbit daripada keyakinan [i'tiqad].

    5 Seorang Muslim WAJIB, kena tahu dgn sebenar-benarnya SUMBER hukum yang dia mahu berhukum dengannya, sebelum mendalami detail-detail [perincian]-nya. Firman Allah [maksudnya];

    "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah, maka itulah orang-orang yang kafir [terhadap-Nya]". [al-Quran, Surah al-Ma'idah [5]:44] [Jelaslah, ini perangai orang yang tidak percayakan Allah]

    "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"...[Yang ini boleh terkena kepada seseorang Muslim, kerana dosa melanggar hukum Allah - mengaiaya diri sendiri, bukan kerana menindas orang lain]. (al-Quran, Surah Ma'idah [5]:45].

    "Sesiapa yang tidak berhukunm dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq"...[Yang ini juga boleh terjadi kepada Muslim yang sentiasa di dalam kedaan berdosa]. [al-Quran, Surah al-Ma'idah [5]:47]

    3 Menghubung-kaitkan PAS, atau cabaran oleh sesiapa sahaja tentang kegagalan parti [lslam ?]
    itu melaksanakannya, lalu mengatakan bahawa hukum sivil-sekular lebih benar, bukan itu caranya untuk mengenal hukum yang benar atau yang bathil. Ingat..! PAS atau sesiapa sahaja yang mempersoal gagal atau berjayanya PAS menegakkan hudud, jangan dijadikan sandaran berhujah yang ilmiah, kerana ia BUKAN SUMBER HUKUM di dalam lslam.

    5 Beri detail? Anda tidak yakin hukum lslam ada detailnya...? Kena dipelajari sebagaimana mereka belajar hukum sivil lah ...Apa dahhh..

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Salam PG, kawan setuju sangat dengan komen Anonymous.... Abu Faiq jangan memikirkan mengikut acuan rasa dan tanpa memikirkan jalan-jalan yang lebih adil untuk melaksanakannya. Nik Aziz yang sering bercakap soal hukum, tapi sampai sekarang sok menyalahkan orang lain bila tak dapat mendrafkan hudud, usah nak melaksanakannya......

    ReplyDelete
  5. Assalaamu 'alaikum Sdra PG & yang melayari blog ini,

    Yang Gambi,

    1 Barangkali frasa "gagal atau berjayanya PAS menegakkan hukum hudud, jangan dijadikan sandaran berhujah yang ilmiah, kerana itu BUKAN SUMBER HUKUM di dalam lslam" ternyata sukar bagi Anda untuk menghadam maknanya hala tuju maksudnya. Akibatnya, Anda masih juga seperti Anonymous - menghubungkaitkan hudud Nik Aziz yang tak juga berjalan sampai sekarang itu dengan hujah saya.

    2 Bagaimana dengan nas/dalil nagli yang saya sertakan itu? Nak Anda tolak 'keadilan' dan 'kebenaran' yang terkandung di dalamnya dia ke mana?

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. alah. semua orang nak hudud. cuma masa. kerajaan pun ke arah itu. cuma secara beransur. hududd pun menurut yusof qardawi hanyalah 0.0001 % dari masalah kehidupan. secara perlahan baira semua orang faham. cakap bab konsep aje semua orang boleh cakap. detailnya mana? Pas sehingga kini pun terklial-kial nak buat draf hudud. 50 tahun dah melalak hududd. habok pun tak ada.

    tak apalah. mungkin selepas ini iaitu selepas PRU13, setelah pr menang bersama PAS dalam pru itu, boleh le mereka laksana hudud bersama PKR dan dap.

    Cakap aje boleh le. Detail lah abu faiq. sekadar beri sepatah 2 ayat hapah pun tak ada . semua orang tahu.

    time, time, time. biar beransur.

    jangan cakap aje lebih.

    ReplyDelete