Wednesday, 10 February 2010

MB PERAK : TGNA BANTAH , AZIZAN TERIMA ! APA CERITA NI !




Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak.Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, para penyokong pakatan pembangkang khususnya di Perak tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Bernama. Berita lanjut : KLIK




KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mana nak ikut ini !. Pandangan siapa betul dan perlu didengar? Alah, dua-duanya pun mentol. Yang lebil mentol ialah PAS , Nizar serta pendokong PAS.

2. Kepada PAS , pemimpin dan penyokongnya : Tanya diri sendiri dan cermin diri sendirilah. Jangan dok asyik nak salahkan orang. Bab-bab lompat melompat parti ini, jangan cakap le. Itu kena tanya DSAI. Dia yang mempopularkan bab lompat melompat ini. Takkan lompat ke BN tak demokrasi, lompat ke PR demokrasi. DSAI dah bertaubat ke seperti mana saranan Karpal Singh tu? Sekadar bertanya.

3. Ha ha ha ha !!!!! Tubuh dan lantik mahkamah dan hakim sendirilah.!!!!!!!!!! Bekas MB, si Nizar pulak, hari semalam bantah , hari ini tak bantah/ sokong. Pening-pening. Letak syarat lagi. Apa cerita ni cakap putar-putar.

8 comments:

  1. syabas Azizan. memang beliau seorang yg neutral sejak dahulu lagi, dalam banyak isu...

    ReplyDelete
  2. pengamal blog yg buat superimpose n.ajis dan nuar ditahan betul ke.....bila lagi puak nak buat report supaya puak hampas yang buat superimpose ditahan...kena hormat keptusan hakim...jgn jadi hakim sendiri..

    ReplyDelete
  3. Habis la Azizan... sure tiket masuk syurga kena tarik balik. Kena ikut cara yang di sarankan oleh Al-Quran dan Sunnah balik la macam ni kalau nak masuk syurga.....

    ReplyDelete
  4. nizar ? maaf la jika pendapat aku dia nak pinpin diri sendiri pun tak mampu,maksut aku pimpin diri dari tamak kan kuasa,dia yang bawa kes MB perak ke mahkamah dan tu tuduh mahkamh pula tak adil ,hairan la aku puak2 ni, DARI UTAK UDENG..

    ReplyDelete
  5. Salam PG, inilah jadinya bila ada manusia yang perasan, apabila melihat dirinya masih angun dihadapan cermin....sedangkan sudah sampai ke senja....

    Apa pandangan PG dengan sahabat blogger Jeffry, sebagai seorang Peguam tidakkah dapat membantu beliau......maaf kalau kawan tersilap.

    ReplyDelete
  6. Salam PG, beginilah jadinya bila ada yang merasakan dirinya gagah, muda dan angun bila berhadapan dengan cermin..... hakikatnya sudah hampir reput dan ganyut... itulah Nizar dan NIk Aziz....

    PG, bagaimana dengan Jeffry.....boleh di beri bantuan ?

    ReplyDelete
  7. akan diusahakan. tapi saya bukan peguam. biasa-biasa aje. saya akan bantu mengikut rangkaian saya. tak ada pun kes ini. paling luat pun denda bawah rm 1000. itu AJE.

    ReplyDelete
  8. Saudara,nampak betul Nik Aziz ni pemimpin politik yang tak tahu apa-apa,mengenai pentadbiran dan undang-undang perlembagaan.Ialah selama dia jadi MB Kelantan,dia hanya 'puppet' saja ,yang menjalankan pentadbiran negeri orang bawahan serta anak menantunya....Nik Aziz hanya turun tanda tangan pengesahan serta pandai berceramah samada agama/politik saja.....tapi rakyat Kelantan akur,nak buat macamana??

    ReplyDelete