Sunday, 7 February 2010

RIADAH : MENUNGGANG KUDA DI HUTAN REKREASI AYER KEROH !


Penghuni Gua : Petang semalam jam 4 petang hingga 6 petang, PG dan anak Noor Matta Simmia telah menunggang kuda di sekitar Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Jarak tunggangan lebih kurang 10 km. Dalam tunggangan tersebut , PG melihat banyak jalan baru dibina bagi kemudahan berjogging kepada warga Melaka . Amat cantik dan menarik sekali lanskap yang di bina sepanjang jalan-jalan dan lorong jogging baru yang di bina dsri segi kehijauan pokok dan pokok-pokok bungan yang di tanam dan dihias.

2. Cuma satu perkara yang PG nak sentuh ! PG cadangkan cukuplah membina lorong dan jalan baru di dalam Hutam Rekreasi ini kerana jika dibina lorong dan jalan yang baru di sekitar hutan ini , maka keadaannya akan menjadi bertambah panas kerana banyak pokok dan tumbuhan di tebang. Struktur-struktur lain juga seperti bangunan pun memadai dengan yang ada sekarang. Jika terus dibina yang baru, maka kehijauan taman ini akan musnah dan hanya tinggal nama sahaja.

3. Diharap MBMB memikirkan semula segala projek yang hendak dilaksanakan di Taman ini di masa akan datang. Hutan rekreasi ini kelihatan semakin mengecil. Jangan menghilangkan kehijauan di taman ini lagi.

No comments:

Post a Comment