Tuesday, 23 February 2010

SIAPA YANG PERLU KITA CONTOHI ?




KUALA LUMPUR: Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa yang patut kita contohi dan mengambil pelajaran darinya? Dari mereka yang mengaku pewaris nabi seperti di atas? Adakah mereka ini layak dicontohi oleh kita semua sebagai orang awam dalam agama?

2. Sejak dahulu lagi , apa yang boleh kita contohi dari mereka yang bergelar ulama di Malaysia ini? Mereka asyik bergaduh sesame sendiri hanya dalam satu perkara yang mudah dan remeh. Samada mereka dari PAS, UMNO atau ulamaq berkecuali, apa bezanya kalau kita melihat dan meneliti tingkalaku dan percakapan mereka. Tak lain hanyalah dipenuhi dengan bertikaian, maki hamun dan beruk memburuk sesame sendiri.

3. Lihat sahaja kes hanya kerana masalah rumput, seorang yang bertaraf menteri, penceramah, , ulama wanita bergaduh dengan jiran hingga ke mahkamah bertahun lamanya. Seorang yang hari-hari member motivasi dan bercakap setiap patah terkeluar ayat Quran, tetapi sanggup membeli sebuah kereta melalui pnitu belakang dan akhirnya ditipu oleh seorang anggota polis sebanyak RM50k.

4. Seorang Ketua Dewan Ulama dari sebuah pari politik sanggup mendera isteri dan melakukan berbagai perkara yang tidaak sepatutnya berlaku di utara tanahair. Di Kelantan, seorang ADUN masih bertikai mengenai tuntutan RM 3 juta. Juga kalau bab politik, semuannya bergelar ulama dan berseban sebesar bakul dan berjubah meleret bumi. Tetapi percakapan dan berbuatan mengalahkan syaitan. Kerjanya memaki hamun dan mendoakan bala sesame islam. Itulah sebahagian contoh yang PG sempat paparkan.

5. Jadi siapa patut kita contohi? PG berpendapat kita semua lebih baik dari mereka ini. Kita cakap kurang t=dan tak ada pun nak tunjuk panadai dalam agama. Tetapi tak ada pula kita semua mencarut dan memaki hamun sesame islam atau bergaduh dengan jiran tetangga. Walaupun tak adalah berserban dan berjubah sepanjang hari tetapi kita lebih baik dari mereka.

6. Semua ini Allah nak tunjukkan dan hendak menguji mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak ada diterjemahkan dalam perbuatan mereka. Inilah wajah sebenar mereka. Semua mereka ini tidak tahan dengan ujian Allah. Hanya sedikit diuji mereka telah kalah dengan ujian Allah.

7. Jadi siapa perlu kita contohi?

8. Baik kita contohi apa yang mak bapak kita telah asuh dan ajarkan kepada kita. Walau pun sedikit tetapi kita praktikkan. Itulah kita. Sebab itu, mereka yang beragama ini belum lagi diberi lebih kuasa untuk mentadbir Negara. Dalam hal serekeh seperti di atas pun mereka gagal mencapai kata sepakat dan berunding secara baik. Tetapi kalau bab cakap ni , jangan kiralah. Api neraka boleh sejuk mendengar cakap mereka. Tetapi hakikatnya hampas.

9. Sudahnya! Baik kita percaya dan ikut apa yang telah diajar dan didik oleh mak bapak kita. Harapkan mereka semua seperti di atas, Hmmmmmmmmmmmmmmmm. Sampai dunia kiamat pun tak habis-habis pertikaiannnya. Semuanya ada dalil dan nas yang akan menghalalkan tindakan mereka.

10. Naik menyampah.

4 comments:

  1. Abdul Malek bin Abdullah23 February 2010 at 13:43

    Salam Tuan, saya sangat setuju dengan tulisan tuan. Saya ingin berkongsi satu perkara yang saya saksi sendiri di Kota Baru, tempat saya.Ketika itu saya baru keluar dari Bank Islam dan di luar pintu bank ada orang mengutip derma beresit untuk pembinaan sebuah masjid. Saya terkejut apabila seorang yang berjubah berseban dan berbau minyak atar tidak memberi apa2 derma sebaliknya seorang budak muda yang berambut tidak terurus dan berjean koyak memberi derma $5 tanpa mengambil resit.

    ReplyDelete
  2. Papa Gomo & Saifol Bukhari difitnah......tak percaya! sila klik disini

    ReplyDelete
  3. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Sebab itu, Rasulullah SAW sendiri - IAITU HANYA SATU-SATUNYA MANUSIA YANG WAJIB MENJADI CONTOH [terbaik] BAGI SETIAP MUSLIM [termasuk IBU & BAPA kalau saja mereka mendidik dengan MENCONTOHI/MENTAATI teladan baginda SAW] - telah memberi peringatan untuk kita ambil perhatian sungguh-sungguh bahawa; di hari kemudian kelak [pada zaman kita sekarang inilah]... "Akan ada ramai daripada AHLI AGAMA-KU [ULAMAlah tu...] yang menjual [ilmu] agama mereka demi pulangan duniawi". ltulah Ahli Agama yang Nabi SAW gelar mereka ULAMA SUU'[Ulama JAHAT] - ulama yang belot, khianat kepada agama mereka & Allah mereka, serta menyesatkan para pengagum mereka.

    2 Kepada mereka ini - yang antara ciri-ciri sakhsiyyah khususnya mudah dikenal iaitu; SANGAT GELOJOH MENCARI-CARI TEMPAT DI CELAH-CELAH SYAF PEMERINTAH DAN PENGUASA - kita diminta agar MENJAUHKAN DIRI dari mereka. Kalau sudah disuruh menjauhi mereka, apatalah lagi untuk mengikuti mereka...tentulah JANGAN.

    3 Sayangnya, inilah yang banyak ada di tengah-tengah kita, bahkan digunapakai. Walhal Nabi SAW telah berpesan, lebih kurang maksudnya, ...Tidak ada yang lebih rugi bagi sesuatu umat, kecuali dipimpin oleh salah satu [apatah lagi kalau oleh kedua-dua] daripada dua golongan: iaitu penguasa yang zalim [fasiq], dan ulama suu'.

    4 Mereka ini 'ulam lemak' BUKAN ulama; kerana bagi mereka ni'mat dunia yang sementara ini jauh lebih mahal daripada tugas memegang amanah untuk akhirat. Sedih bukan..? Kedudukan mereka sebagai 'Pewaris Nabi' terang-terang mereka khianati... demi dunia yang sementara ini. Penyakit wahan...

    5 Sungguh benar pesan Saidina Umar al-Khtahthab: "JIKA [HATI] KAMU LEMAH, JANGANLAH SENGAJA MENCARI-CARI TEMPAT KAMU DI SISI PENGUASA DAN PEMIMPIN".

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Salam untuk semua...
    Molek sungguh nasihat dan pendapat Saudara Abu Faiq. Terima kasih.

    ReplyDelete