Sunday, 21 February 2010

SIS : BERTAUBATLAH !!





Awang tertarik dengan kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang membidas Sisters in Islam (SIS) kerana dikatakan menolak hukum Allah. Teguran itu dibuat berikutan reaksi SIS yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa hukuman sebat mencabuli hak sama rata. Menurut SIS, tidak sepatutnya berlaku diskriminasi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bertaubat lah cepat SIS . Masa masih ada. Bertaubatlah.

4 comments:

  1. Ni satu lagi malaun Islam. SIS dan PAS sama jer. Guna nama Islam tapi tak perangai Islamik pun. Patut masuk ISA je depe ni.
    Tak lama lagi akan timbul la pulak, Persatuan Pencuri Islam, Perompak Islam, Parti Peliwat Islam dan macsam2 lagi.

    ReplyDelete
  2. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Jika 'Sistem ini Sesat' untuk S-I-S, jelas, bantahan Sisters in lslam betul kerana membela kesesatan itu. Tapi, kalau SIS untuk 'Sistem lslam Segalanya', maka sanggahan Sisters in lslsm sungguh terang-terang menyanggahi Maha Benarnya Allah Yang Membuat Hukum. Firman Allah [maksudnya], "Sesungguhnya, hak untuk menetapkan hukum itu hanya [kepunyaan] Allah"

    2 Diharap SIS tidak sengaja seronok-seronok berdiri di atas platform yang pertama - kalau mereka masih mahu memakai kalimah 'lslam' untuk organisasinya dan masih mahu memegang akidah lslam secara benar - sebab mengakui ada sistem selain lslam yang juga 'haq' [benar] untuk tidak merotan pesalah [bagi meminum arak]- berakibat fatal kepada iman mereka.

    3 SIS [atau sesiapa saja umat Muslim] JANGAN baca hukum lslam dari kacamata Perlembagaan, kerana Perlembagaan digubal oleh Suruhanjaya Reid BUKAN DENGAN MERUJUK ATAU MENGHUBUNG-KAITKANNYA DENGAN hukum-hukumnya al-Quran, atau untuk menegakkan hukum hudud Allah. ltu the bottom line - fakta dasarnya. Kita membincang HUKUM HUDUD, iaitu hukum ketetapan Allah, bukan hukum ketetapan Perlembagaan [hukum sivil]. SIS jangan keliru.

    4 Sebagai organisasi yang memakai nama 'lslam', SIS bahkan sepatutnya mempersoalkan, "Kenapa 3, 4 atau 6 sebatan? Bukankah itu 'mencabuli' dan 'membohongi' hudud? Bukankah ketetapan hudud lslam 40, 60 atau 80 sebatan?". Bolehkan Allah terima hudud yang 'dikontotkan' itu, sehingga dapat menanggalkan segala dosa perbuatan mungkar itu [minum arak]?

    5 Dripada fenomena ini, sudah sangat nyata, penerapan syari'at untuk mengatur seluruh dimensi kehidupan benar-benar sangat dinantikan, supaya umat Muslim - dari segala lapisan apa pun - umara, ulama atau awam - dapat melihat dengan jernih sejernih kristal akan hukum-hukum yang dilahirkan oleh akidah dan al-Quran mereka. Mari ke arah itu.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Sebagai organisasi yang memakai nama 'lslam', SIS bahkan sepatutnya mempersoalkan, "Kenapa 3, 4 atau 6 sebatan? Bukankah itu 'mencabuli' dan 'membohongi' hudud? Bukankah ketetapan hudud lslam 40, 60 atau 80 sebatan?". Bolehkan Allah terima hudud yang 'dikontotkan' itu, sehingga dapat menanggalkan segala dosa perbuatan mungkar itu [minum arak]?

    Saya setuju dengan kenyataan ini. Kadang-kadang ada pihak berlindung atas nama Islam tetapi pengucapan dan perbuatannya ibarat perangai yahudi yang cuba memporak perandakan Islam dari dalam.

    ReplyDelete
  4. malu lah pakai nama sister in islam. buang je lah nama tu.

    ReplyDelete