Monday, 15 March 2010

MENTERI SAHKAN KPN BERSARA !



Hisham sahkan rombakan pemimpin kanan polis
Hazlan ZakariaMac 15, 103:25pm


Sehari selepas menafikan laporan akhbar China Press bahawa Tan Sri Musa Hassan akan melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (KPN), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari mengesahkan akan berlaku rombakan peringkat tertinggi pasukan polis..................................................................................

“Berhubung pucuk pimpinan polis, saya akui, rombakan akan berlaku tetapi masa dan bentuk peralihan itu akan ditentukan bukan kerana desakan atau tekanan daripada media tetapi dibuat oleh kerajaan dan pemimpin kebangsaan.”

“Dalam hal ini, ia bukan sahaja membabitkan KPN, tetapi empat daripada tujuh pengarah yang mengetuai divisyen dalam PDRM akan bersara tahun ini. Malah, seorang daripada pengarah itu sedang bercuti, menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan beliau.”Menurut Hishamuddin, peralihan itu sebagai “peluang bagi melihat lembaran baru dalam sejarah polis.”“Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdaganagan. Jadi tidak perlu membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas,” katanya lagi.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pulak dah. Letih, letih. Letih dibuatnya.

6 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum dsea PG & yang melayari blog ini,

    1 lnilah spekulator yang paling tak ada kelas di antara spekulator-spekulator yg dia sendiri katakan tidak bertanggungjawab.

    2 Jom congak semula koleksi barangan rendah kualiti [yg dah patut sangat direjact] yang dibariskan dalam kabinet PM 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. kaf lam ya nga. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. PG,
    jelas x ada stended langsung depa ni. dah lah buat pengumuman menyangkal perkara ini dan masuk dlm berita arus perdana tiba2 mmg betul2. mmg benarlah kata PG : letih, letih, letih.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Barisan kabinet 1Malaysia kebanyakannya kaki penipu. Sebelum ini Hishamuddin kata tak tahu, alih-alih dia kata dia tahu siapa gantikan Musa. Memang sah "UMNO juara tipu rakyat".

    ReplyDelete
  5. Cakap berbelit-belit. Macamana nak bole jd pemimpin ni!!! Datuk Najib.... cari orang lain yg berkaliber la...

    ReplyDelete
  6. So betul lah seperti apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat penipu tu ya...jadi siapa yang penipu sebenarnya ni...

    ReplyDelete