Saturday, 13 March 2010

PERHIMPUNAN SAMSENG DI DEPAN PARLIMEN : POLIS PERLU TEGAS DAN KERAS !




Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman menasihati orang ramai jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan di bangunan parlimen yang akan bersidang Isnin ini."Saya dimaklumkan risalah mengenai perhimpunan berkenaan telah diedarkan di pelbagai tempat selain disiarkan di internet, oleh itu saya mahu perkara ini dihentikan," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini."Kita ada kebebasan bersuara tapi gunakanlah dengan cara yang betul... jangan buat tindakan yang menggugat dan mengganggu orang awam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jangan amaran dan terus beri amaran kepada semua bodoh sombong di atas. Sekarang adalah masa bertindak,

2. Kebebasan bersuara dan berhimpun ada batasnya. Hak asasi manusia pun ada batasnya. Hak asasi ada dua. Satu hak asasi mereka yang nak berhimpun dan yang keduanya hak asasi awam . Hak asasi awam inilah yang terpenting. Jangan diganggu hakl asasi awam yang memerlukan kedamaian dan tiada gangguan di tempat awam.

3. Ambil tindakan tegas dan keras kepada mereka yang cuba mencari publisiti murahan ini. Ambil tindakan setegas mungkin. Kami rakyat terbanyak masih mendokong kerajaan yang ada dalam semua tindakan. Jangan takut dengan ugutan samseng ini yang saban waktu apabila diambil tindakan dengan menyuraikan perhimpunan dengan kekerasan akan melapurkan kepada SUHAKAM. Nak lihat aduan samseng ini pada SUHAKAM sila KLIK

4. Persetankan mereka semua dan persetankan SUHAKAM juga yang lebih dilihat menyebelahi samseng ini setiap kali berlaku kecedereaan dan sebagainya dalam usaha polis suraikan perhimpunan haram.

5. Satu sahaja yang PG nak utarakan. PG dan keluarga , tidak pernah pun dipukul dan dikasari oleh polis sepanjang hidup. Polis bukan bodoh pun untuk mengasari seseorang. Misti ada sebab dan alasan munusabahnya.

6. Kepada pihak ;polis, teruskan tindakan tegas kepada samseng ini. Kami semua menyokong anda. Amaran-amaran ini sudah letih kami mendengarnya.

2 comments:

  1. Ya, hak asasi kami yang inginkan keamanan juga perlu diambil kira. Harap pihak Polis akan mengambil tindakan untuk menjaga kepentingan hak asasi kami yang inginkan kedamaian dan keamanan. Jangan takut, kami dipihak Polis yang diamanahkan menjaga keamanan. Kalau mereka nak bersuara, suruh saja dibuat ditenggah2 laut, siapa pun tak halang.

    ReplyDelete
  2. Pada Anwar Bontoti hari isnin nanti tak jadi pun orang dah muak dah udah le tu kau berhimpun le anak beranak jangan lupa baa N.ajis sekali
    GERENTI TAK JADI ahaks (5335 x)

    ReplyDelete