Saturday, 27 March 2010

PERKASA !!!!!!!!!!!!!

( Biarlah keris Melayu ini tanpa sarung...............jelas )




Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadap“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.
Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir. Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemahBagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyatKata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja, “Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti.Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah."Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu. “Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.

2. Ucapan YB Ibrahim Ali Presiden PERKASA


Perkasa akan terus tentang Malaysian Malaysia
Jimadie Shah OthmanMac 27, 1010:31am



Orang Melayu di Malaysia diingat agar tidak terjerumus ke dalam konflik atau persengketaan seperti yang dialami di Eropah khususnya di negara bekas Yugoslavia, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.Menurut beliau konflik berpunca daripada perpecahan rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya.

“Konflik nilai atau konflik kepentingan sedang dirasai. Ia mengancam kelangsungan Melayu memandangkan Islam, Melayu dan bumiputera merupakan entiti yang strategik,” katanya pada mesyuarat agung pertama Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.Beliau berkata, di majlis ini akan diterjemahkan kebangkitan Melayu yang berlaku akibat perebutan kuasa politik di kalangan orang Melayu sendiri.

“Matlamat Perkasa ialah mepertahankan Islam, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

“Mempertahankan nilai teras, melindungi dan mendaulatkan undang-undang dan keluhuran negara yang berdaulat dan merdeka,” katanya. Menurut Ibrahim, walaupun pada usia satu setengah tahun, Perkasa sudah berjaya mendapat sokongan dari seluruh orang Melayu dan bumiputera dan undang-undang juga menghalalkan penubuhan NGO ini.

'Niat jahat, hapuskan raja-raja Melayu'

Beliau juga membangkitkan konflik 13 Mei 1969 yang katanya sebagai renungan orang-orang Melayu.

Ibrahim juga membidas pejuang konsep Malaysian Malaysia yang menuntut hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu. “Ia bertujuan rampas hak keistimewaan orang Melayu, menghapuskan raja-raja Melayu. Ia bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.


“Konsep Malaysian Malaysia turut menentang agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” katanya lagi.Menurut Ibrahim, Perkasa tidak rela melihat sejarah hitam 13 Mei berulang kembali.


“Dua persatuan guru-guru sekolah Cina bergabung menjadi satu dan membuat pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu. Perbuatan mereka itu tidak dianggap pula sebagai rasis, tetapi disokong oleh masyarakat Cina dan akhbar-akhbar Cina.“Namun mengapa apabila Perkasa ditubuhkan, bukan sahaja ia dikecam tapi dituduh rasis dan ultra-Melayu,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.Perkasa, dakwa Ibrahim, mahu melihat UMNO kembali seperti asal - kuat dan kukuh.Ahli parlimen Pasir Mas itu juga menyentuk Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dibentuk oleh kerajaan.

Pemuda Umno dibidas“Apapun bentuk model ekonomi baru yang akan dibentuk, ia mestilah mengandungi tindakan kesungguhan atau affirmative action bagi memastikan kaum Melayu dan bumiputera memiliki 30 peratus pembahagian kekayaan ekonomi negara,” katanya.Pada ucapannya itu, Ibrahim juga membidas Pergerakan Pemuda Umno secara tidak langsung.“Pada zaman Pemuda Umno dulu, perhimpunan seperti hari ini tak diperlukan. “Kalau tiada keberanian jangan nak perlekeh perjuangan Perkasa. Bukan hendak bermusuh dengan mana-mana pihak, tetapi Perkasa proaktif, mewakili kepentingan orang orang Melayu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Ibrahim.

Seterusnya, Ibrahim berkata Perkasa akan merentas kampung, desa serta bukit-bukau dan menjalar sehingga ke akar umbi. Mereka juga berikrar akan mencari 'pengkhianat untuk dinyahkan' kerana mengkhianati perjuangan bangsa dan negara.Beliau mengakhiri ucapannya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa Perkasa akan terus wujud, mempunyai jati diri, bersemangat api, berjiwa kental. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan... serahkan nyawa demi bangsa dan agama," akhirinya.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijemput sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan mesyuarat agung pertama Perkasa itu diberikan sambutan meriah mengikut istiadat dan kepahlawanan Melayu.Dianggarakan tidak kurang 2,000 tetamu hadir pada mesyuarat ini.Mesyuarat agung Perkasa sebelum ini dijadualkan akan dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Bagaimanapun Istana Selangor kemudiannya mengesahkan baginda tidak dapat menghadiri majlis perasmian tersebut.Mesyuarat hari ini dijangka akan membentangkan sebanyak empat usul iaitu agama, ekonomi, pelajaran dan keselamatan.


Penghuni Gua : Hidup PERKASA, Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Melayu. Jangan mengambil hak orang. Kita pertahankan hak kita. Itu sahaja.


2. Mana Khairy Jamaluddin? Boleh jalanlah dengan dia!!!!!!Ada pun buat semak aje!!!!!!


3. Tahniah YB Ibrahim Ali dan semua AJK PERKASA atas perjuangan anda. Anda semua adalah pelengkap kepada pelindung bangsa Melayu. Tahniah dengan kesedaran dan keberanian anda dalam perjuangan membeli kedudukan bangsa.


4. Hidup PERKASA. Hidup Melayu!!!!!!!!!!!!! Nak harapkan DSAI, Zaid, TGHH, TGNA, Mahfuz, Saifuddin, Tantawi. Hmmmmmmmmmmmm Cakap aje yang lebihnya mereka ini. Tahi penuh di dubur. Teruskan kemaraan anda PERKASA. Teruskan YB Ibrahim...........................

7 comments:

  1. ini baru dikatakan perjuangan.berjuanglah dengan bijak untuk ugama bangsa dan negara.yang kaya bantu yang miskin yang kuat bantu yang lemah dan yang pandai bantu yg kurang pandai.hidup melayu!

    ReplyDelete
  2. anak2 bangsa melayu turun temurun akan mengenang jasa Perkasa..insyallah

    ReplyDelete
  3. hanya melayu yang akan masuk surga..hidup perkasa

    ReplyDelete
  4. Tun M mahukan Melayu berjuang dengan ilmu dan cerdik. Berdiri atas fakta dan kajian saintifik bagi mematahkan hujah-hujah mereka yang dungu tentang sejarah negara.

    ReplyDelete
  5. PG, ada segelintir Melayu mendakwa wujudnya Perkasa kerana kepicangan UMNO, sebab itu ramai peyokong-penyokong UMNO yg menyertai Perkasa. Puak-puak jumud ini tidak sedar Perkasa wujud kerana ada Melayu-Melayu yg sanggup menjual maruah bangsa, agama dan tanah air kerana bernafsu nak berkuasa dan jawatan....

    Hidup PERKASA..........

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Pemimpin UMNO harus melihat kewujudan PERKASA sebagai 'badan pemantau' bukan sebagai musuh kerana idea yang diketengahkan oleh PERKASA adalah berlandaskan hak bangsa yang termaktub dalam perlembagaan yg mungkin bagi segelintir pemimpin UMNO terutama pemudanya merasakan ianya bersifat rasis dan tidak harus diperjuangkan!

    Tahniah PERKASA!!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  7. wakaka...Pengerusi Perkasa sendiri kroni Vincent Tan! Pergi mampus dengan Melayu Zionis ala Perkasa! Tuan punya blog, berapa lama tidur? Siapa yang memerintah dan siapa gadaikan hak Melayu? Hipokrit!

    -kuda hitam-

    ReplyDelete