Sunday, 21 March 2010

TAHTA KELANTAN : PANDANGAN DR SHAM RAHAYU ABD AZIZ UIAM !





KUALA LUMPUR 20 Mac - Dakwaan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud bahawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah melantik beliau sebagai Setiausaha Sulit baginda tidak boleh diterima pakai.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, ini kerana pemerintah yang sah di negeri itu pada masa kini ialah Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.


Katanya, pelantikan Tengku Muhammad Faris yang dilakukan melalui Majlis Perajaan Negeri (MPN) adalah sah dan mengikut Undang-undang Tubuh Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

Sham Rahayu berkata, pelantikan Tengku Muhammad Faris dan segala keputusan atau titah perintah baginda yang dibuat melalui MPN adalah terpakai dan tidak boleh dipertikaikan.

''Setakat ini Pemangku Raja adalah pemerintah yang sah sehingga MPN dan kerajaan negeri memutuskan Sultan Kelantan sudah sembuh dan boleh menerajui negeri itu semula.

''Jadi, apa saja keputusan atau kenyataan mana-mana pihak berhubung titah perintah Sultan Kelantan tidak terpakai memandangkan kuasa tidak terletak pada baginda pada masa ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas krisis Istana Kelantan yang terus berlarutan apabila Wan Hashim mendakwa beliau dilantik oleh Sultan Kelantan sebagai Setiausaha Sulit baginda.Wan Hashim mengeluarkan kenyataan bahawa Tuanku Ismail Petra menitahkan semua perayaan dan penganugerahan darjah kebesaran sempena hari keputeraan baginda yang ke-60 pada 30 Mac ini dibatalkan.

Kenyataan Wan Hashim itu dipertikai dan tidak diiktiraf oleh pihak Pejabat Sultan Kelantan semalam.Sultan Kelantan pulang dari Singapura 4 Mac lalu setelah mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth sejak 24 Mei 2009.

Putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja bagi memikul tanggungjawab mentadbir negeri.

Penghuni Gua : Semuga krisis ini berakhir dengan cepat. Juga semuga DYMM cepat sembuh dari kegeringan di samping pemamngku Raja dapat menjalankan pemerintahan dengan adil bagi memertabatkan institusi ini.

2. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

5 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Hidup ini bersistem. Antara tuntutan di dalam hidup yang bersistem ialah mentaati pemerintah. Pemerintah pula mentaati hukum. Dan hukum yang pasti bagi umat Muslim, tidak kira siapa pun dia, asalkan Muslim - HANYA berhukum dengan HUKUM SYARA', sehingga apapun yang dijalani di dalam sistem itu, semuanya demi menepati, memenuhi tuntutan syara'.

    2 Sebab itu; Hidup bersendi adat; Adat bersendi hukum; HUKUM BERSENDI KITABULLAH [al-Quran], iaitu HUKUM SYARA'. Kenapa syara'? Sebab hanya syara' sahaja yang pasti melahirkan keadilan yang hakiki, kerana hukum itu datang dripada Dia - Zat Yang Maha Pembuat Hukum, Maha Adil dan MAHA MENGHUKUM; yg tidak ada hak bagi hamba-Nya mempertikai hukum-hukum-Nya, walau siapa pun dia.

    3 Alangkah beruntungnya kita kalau sahaja Dr Shamrahayu Abd Aziz memberikan komentar beliau dari aspek ini, kerana "Keluarnya kata dari bibir yang hak, akal patuh menerimanya".

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan dan semua pembaca blog PG,

    Untuk komen Tuan dan Abu Faiq...
    Sebagai rakyat Kelantan saya juga mendoakan kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera.

    Doa saya juga semoga DYMM al-Sultan Kelantan segera sembuh daripada geringnya. Sememangnya semua rakyat Kelantan medoakan al-Sultan Kelantan kembali pulih dan krisis ini tidak berpanjangan.

    Sebagai rakyat Kelantan juga saya sentiasa mendoakan hubungan kedua-dua putera baginda menjadi jernih dan menjadikan kedudukan keluarga diraja elok di mata dan di hati rakyat.

    Semoga juga perihal ini tidak mencemar kedudukan raja secara kelseluruhannya.

    Alangkah baik sekiranya semua kita memahami hakikat bahawa hidup sentiasa bersendikan syara' seperti yang disebut Abu Faiq...dan itu sememangnya sentiasa menjadi doa saya..

    Alangkah baiknya sekira semua kita menyedari banyak syarat dan rukun untuk menjadi dan menjalankan tugasan sebagai pemerintah.

    Alangkah baiknya sekira semua kita memahami sistem yang ada, sama ada yang sistem di sisi adat serta juga sistem yang ada di sisi syara'...

    Wallahu 'A'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam PG,

    Mungkin kita perlu jelas terlebih dahulu apa maksud "Pemangku" itu sendiri.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  4. Kemana arah bangsa melayu kalau kita sendiri mahu mengugat ketuanan kita.
    Orang melayu yang ada sekarang banyak sudah hilang semangat melayunya hanya kerana dipengaruhi tuntutan politik yang tidak berpijak dibumi nyata.
    Tidak sayangkah kita pada tunjang bangsa hanya berlainan idelogi politik.
    Melayu tetap melayu walau dicampak kemana tapi ketuanan melayu akan hancur kalau kita merelakannya.

    ReplyDelete
  5. Assalaamu 'alaikum,

    Sdra Rahimi,

    1 Ada gagasan yang lebih gagah-perkasa, yg sekaligus berupaya penaungi kegoyahan ketuanan Melayu yang kerdil ini - itulah KEDAULATAN ISLAM dan KEKUASAAN MUTLAK kaum Muslimin.

    2 Tentu Anda pernah mendengar tentang satu gagasan yang amat ditakuti sehingga menjadi target permusuhan pula oleh seluruh tamadun Kristian-Barat-AS. [Lihat apa yang Huntington & Fukuyama, misalnya, kempenkan utk diawas-awasi oleh Barat tentang the clash of civilizations/ perbenturan antara budaya; lslam-Kristian]. Mreka mnamainya The Caliphate - Daulah Khilafah Islamiyyah ala minhajin nubuwwah - negara lslam yang berjalan di atas jalan kenabian. ltulah negara untuk kita - kaum Muslimin global - negara yang akan menebar rahmat ke seluruh alam -rahmat[an] lil alamin.

    ReplyDelete