Isu kuasa sultan: Sidang DUN Kedah bertukar “panas”
26/04/2010 7:09pm
26/04/2010 7:09pm
ALOR SETAR 26 April – Kerajaan Negeri Kedah hari ini terpaksa menarik balik soalan bertulis seorang penyokongnya dari Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap menghina Sultan Kedah ekoran bantahan daripada beberapa anggota Barisan Nasional (BN).
Speaker Datuk Dr. Abdul Isa Ismail membuat keputusan kedua-dua soalan berkenaan ditarik balik selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) selaku Ketua Pembangkang dan seorang anggota BN lain bangun membuat bantahan terhadap soalan-soalan tersebut yang dianggap mempertikaikan kuasa sultan sebagai ketua agama Islam negeri.
Pertikaman lidah tercetus selepas Mahdzir bangun meminta supaya soalan bertulis ketiga Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) ditarik balik.
Anggota Pas itu bertanya sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai ketua agama Islam negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Itulah standard ADUN PAS. Bidang kuasa DYMM Sultan pun masih tidak diketahui mereka. Cakapnya kalau dalam ceramah bukan main gah. Rupanya pakai hentam keromo dan pengikut buta aje. Pengikutnya pun lagi teruklah pengetahuannya jika taraf pemikiran ADUNnya begitu.
2. Bidang kuasa DYMM sudah jelas dalam perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Tak membaca ke ADUN-ADUN PAS ini termasuk speaker dan MBnya. MB Kedah seperti biasa lah. Cuci tangan dan pukul tak tahu aje ( Saya tak tau, saya tak tau !!! ) . Itu kelah dari dulunya.
3. Apa sebenarnya tujuan ADUN PAS ini membangkitkan soalan ini? Bodoh sangatkah sampai minta kerajaan negeri detailkan bidang kuasa DYMM satu persatu. Apa yang PAS tak puashati dengan DYMM Sultan Kedah?
4. Sebab itu , wakil rakyat ini kena membaca. Undang-undang ini perlu dibaca. Di baca ayat demi ayat. Bukan pemahaman umum tetapi baca ayat demi ayat. Ini tidak! Kalau dipentas ceramah, mengalah Karpal Singh ADUN-ADUN PAS ini dari segi loyar buruknya.
5. Kepada pengundi muda : Nilailah sendiri tahap pemikiran dan inteligen ADUN Parti ini. Ini ke parti yang boleh diamanahkan untuk memerintah negara?. Perkara asas mengenai bidang kuasa DYMM pun masih tidak mengetahui atau ada agenda tersembunyi. Mungkin ADUN atau parti ini nak memberi isyarat tertentu kepada DYMM kot!!! Atau nak mengugut DYMM. Atau nak menyindir DYMM. Atau dan atau dan atau..............Atau nak membuka ruang kepada bukan melayu untuk mempersoalkan keujudan institusi ini?
6. Apa pun, itu lah tahap pemikiran dan mentaliti pemimpin kampung PAS. Nak memerintah negara? Lupakanlah......................Rendah sangat pemikiran anda. Speaker pun sama. Dan dengan muka tak malu , terpaksa menarik semula 2 soalan tersebut.............
7. Fikirkan!!!!!!!!!!!!
cuba awak yang pandai terangkan kuasa sultan disini supaya orang yang bodoh seperti orang pas boleh tahu..., itulah melayu, berlagak pandai, bila orang bertanya di perlekeh... seperti juga melayu yang mengaku islam, setakat sembahyang, puasa, nikahkahwin... tapi bila tanya tentang rukun, wajib dan perlaksanaan ternganga. apa yang ditanya untuk pengetahuan, bukan untuk menghina...dia mengaku dia bodoh kerana bertanya. apa yang berlaku sekarang kerana ramai rakyat tidak mengenali baginda sultan secara detail samada secara lahiriah atau zahiriah. ada ke benda ni di ajar di sekolah, tak ade... jadi apa salahne bertanya... bertanya bukan mempertikai.
ReplyDeleteanoy
ReplyDeletedi bawah ini adalah diantara bidang kuasa DYMM Agung. Beli buku perlembagaan di kedai , bersepah di dalamnya diterangkan kuasa agung dan dymm sultan. begitu juga dalam undang tubuh negeri. cuma baca. itupun kalau rajin. lainlah kalau ada agenda tersembunyi. atau malas.
Raja berperlembagaan.
Raja memerintah mengikut perlembagaan dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Kuasa YDPA boleh dilihat melalui artikel 40 yang menggariskan seperti berikut:
i. YDPA bertindak mengikut nasihat kabinet.
ii. Boleh menggunakan kuasa budibicaranya sendiri tanpa mengikut nasihat dalam kes berikut :
a) Perlantikan pedana menteri.
b) Tidak bersetuju dengan permohonan pembubaran parlimen.
c) Mamanggil mesyuarat raja-raja.
d) Perlantikan pengerusi pilihan raya.
Walaupun kuasa budibicara melantik pedana menteri terdapat pada YDPA ianya tertakluk kepada peruntukan artikel 43(2) iaitu melantik pedana menteri yang :
a) Seorang dari ahli dewan rakyat.
b) Mendapat kepercayaan majority.
YDPA juga tidak terlepas dari tindakan undang-undang di bawah artikel 32(1) apabila kekebalannya telah di pinda melalui perlembagaan pada MAC,93 dan boleh kenakan tindakan sivil dan jenayah. Tindakan adalah melalui mahkamah khas dan dengan keizinan peguam negera (artikel 182,183). Dari kesimpulan di atas adalah jelas YDPA hanyalah sebagai simbol dan pihak berkuasa sebenarnya adalah kabinet atau parlimen. ` Monarchs are required to reign not to rule` [raja-raja diperlukan untuk memerintah dan bukan mambuat pemerintahan]
Peranan Agong .
i. Menjaga keistemewaan orang melayu - artikel 153.
ii. Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera –artikel 41.
iii. Mengistiharkan darurat –artikel 150.
iv. Mengampun dan menanguhkan hukuman –artikel 42(1).
v. Ketua agama islam –artikel 3.
vi. Unsur badan perundangan adalah agong –artikel 44.
vii. Membubar parlimen –artikel 55(2).
viii. Berucap di Parlimen – artikel 60.
ix. Memperkenan rang undang-undang dan menanguh undang-udang selama 30 hari –artikel 66.
x. Menjaga parlimen semasa pembubaran parlimen- 43
xi. Membuat perlantikan penting :
a) Pedana menteri termasuklah memecatnya -40,43.
b) Jemaah menteri -43.
c) Hakim-hakim – 122B.
d) Anggota dan pengerusi pilihan raya – 114.
e) Peguam negara-145.
f) Juruodit negara- 105.
g) Setiausaha dewan rakyat dan negara- 65(2).
h) Ketua pos negara.
Salam,
ReplyDelete1 Sesebuah negara/negeri diketuai oleh seorang pemimpin. Nabi SAW, selain Rasul Allah, juga ketua Negara lslam di Madinah - yg baginda sendiri dirikan bersama2 para Sahabat dgn dukungan kekuatan & kekuasaan kaum Ansar yg dimulakan Allah itu.
2 Maka, Rasulullah SAW sekaligus ahli politik mutlak, bahkan ketua negara. Kedudukan baginda SAW bukan sekadar atas nuansa atau sekadar simbol, kerana ketika menjadi pemerintah & ketua negara, sluruh kekuasaan bagi melegalisasikan/ memperundang2kan/ melaksanakan hukum2 Allah [syariah] MUTLAK di tangan baginda SAW, tanpa mana2 institusi lain mengambil-alih fungsi itu atau menjadi sandaran kekuasaan baginya. Negara berjalan di atas dasar kedaulatan pada hukum2 Allah [al-Quran & as-Sunnah], sementara kkuasaan pelaksanaan undang2 pada Rasulullah SAW.
3 lnilah fakta sesebuah negara/negeri yg diketuai oleh orang Muslim, sekaligus penjelasan yg syari'i tentang bagaimana tuntutan lslsm dlm hal/ sistem bernegara & berpemerintahan.
4 lnilah Sunnah Rasulullah SAW dlm hal bernegara & berpemerintahan, sedangkan Sunnah Nabi SAW adalah IKUTAN WAJIB yg tidak boleh ada galang-gantinya, kerana as-Sunnah adalah salah satu sumber hukum di dlm lslam [selain al-Quran itu sendiri]. Dan JANGAN DILUPA; as-Sunnah adalah penjelasan isi al-Quran oleh Rasulullah SAW. Menolak as-Sunnah sama juga menolak al-Quran.
5 lnilah juga definisi atau ta'rif secara amali, secara praktiknya & secara nyata sebuah Negara lslam, iaitu: kedaulatan [undang2/ hukum] pada as-Syarii' [Allah, yakni al-Quran] sementara kekuasaan memerintah MUTLAK di tangan umat Muslim. Drp sinilah muncul kaum dzimmah [yg tak pernah dikenal sekarang ini]
6 Selepas kewafatan Nabi SAW, sistem ini berjln terus dgn dipmpin scara brgiliran oleh HANYA SEORANG KHALIFAH [ketua bagi sluruh umat Muslim global] pda satu2 masa [bukan berpuluh2 spt skrang apbila Dunia lslam tlah dipecah-belah ikut sempadan2 geografi oleh kuasa2 penjajah], brmula dri Saidna Abu Bakar ra smpailah Khalifah trakhir zaman Uthmaniyah. Antara mreka sndiri ada yg mujtahid, atau jika tdak, mereka mngambil ijtihad drp mujtahid lain [bukan spt skrang, undang2 dibuat olh dewan lagislatif /parlimen, krana memang tidak ada institusi perlimen di dlm Negara lslam, slain Majlis Ummah yg tiada otoriti mmbuat undang2]. Khalifah inilah yg kemudian dibri berbgai2 gelaran [spt raja, sultan, yamtuan dsb]
7 Alangkah sngguh tinggi & mulia keddukan raja atau sultan di sisi Allah jika saja berfungsi persis dituntut oleh lslam, iaitu sbgaimana Khalifah brfungsi: di atas bahunya dia pikul dgn penuh taat & takut sluruh tnggjawab pelaksnna hukum2 syara'; di atas mimbar dia memperingat & menyeru rakyat agar hidup taat HANYA kpd hukum2 syara' [syariah]; dari dewan2 masjid sampai ke tengah2 masyarakat dia menggerak & mengepalai orang agar HANYA melakukan amar ma'ruf nahi munkar; di ceruk kpg & desa dia pastikan segala keprluan asas sampai kpd setiap rakyat yg Muslim & yg dzimmi [lngat bgaimana Khalifah Umar ra memikul sendiri gandum ke rumah rakyatnya]; di kalangan penjawat negeri dia pastikan TIDAK ADA hak2 rakyat yg hilang atau tertiris; dia berdikit selagi rakyat belum sejahtera; dan melakukan amal2 soleh lainnya dgn semboyan 'sami'na wa attha'na' tidak pernah lekang dari sanubarinya.
8 Subhan Allah ... kalaulah saja penjajah kafir British tidak menonggang-balikkan semua itu... dan alangkah kekal mulia seluruh institusi itu kalau kita tidak begitu2 saja mengambil & mewarisi segala yg telah British 'dictate'kan kpd kita..
Wallahu a'lam.
abu faiq
menghina??? toksah alih isulah. buka balik utusan meloya yang lama-lama dulu. sapa hina? melayu umno memang mudah lupa. melayu PR.. woi kami ingat!
ReplyDeletePanjangnya abu faiq, secara mudahnya Orang PAS nie..pemalas, suka mencari kesalahan orang dan tak tau tak tau tak tau tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteore kelate