Wednesday, 21 April 2010

KECAMAN PAS TERHADAP ISLAM LIBERAL ZAID DAN KES LINA JOY !


Dipetik dari: Harakah Daily

.....................................................................................................................................
B. Kenyataan Zaid Ibrahim

Semasa ditemuramah oleh majalah Off the Edge keluaran April 2006, Zaid telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:-

"You have in Kelantan, the ban of manora, Mak Yong and Main Puteri by people don't know what it is all about; their reasoning is totally flawed. You cannot issue fatwahs on things based on their own orthodox views to the exclusion of those who know more about culture."

"So to me this desire to dominate or impose your views is untenable, For example , when a teacher says you must wear a tudung in school, or that you cannot play a netball if your dress shows your pusat, he is putting his own judgment on a matter that belongs in the public domain."

(Terjemahan)

"Kamu ada di Kelantan, larangan ke atas Manora, Mak Yong dan Main Puteri oleh orang-orang yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut dan alasan-alasan mereka (terhadap larangan tersebut) adalah secara mutlaknya tidak betul. Kamu tidak boleh mengeluarkan fatwa terhadap sesuatu perkara berdasarkan pandangan-pandangan ortodoks dengan mengenepikan mereka yang lebih mengetahui tentang budaya."

"Jadi bagi saya hasrat untuk mendominasi dan memaksa pandangan kamu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, apabila seorang guru berkata bahawa kamu mesti memakai tudung di sekolah atau kamu tidak boleh bermain bola jaring sekiranya kamu berpakaian yang menampakkan pusat kamu, dia (guru tersebut) meletakkan pendapatnya dalam perkara yang manjadi milik masyarakat umum."

Pendapat Zaid ini selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil "do not legislate or police morality" (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang).

Prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya.

Prinsip ini adalah bersandarkan teori "harms to others" yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, "I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others" (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain").

Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah contoh lidah bercabang PAS. Dulu kecam Zaid tentang islam liberal Zaid. Kini menjilat ludah mereka semula. Terkinja-kinja menghalalkan Zaid sebagai calon PR.

2. Malas nak komen panjang-panjang. Petikan dan komen di atas bukan sebarangan orang yang komen tetapi bijak pandai PAS iaitu Penasihat Undang-undang PAS juga. ( Hanipa Maiden ).

3. Dari kenyataan mereka ini tentang Zaid sekarang, PAS bukan pejuang islam atau memperjuangkan islam tetapi tidak lebih dari menggunakan islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

4. Pengundi Hulu Selangor : Fikirkanlah baik-baik . Adakah kita mahu memberikan amanah kepada pemimpin dan parti serta gabungan parti yang tidak berprinsip ini?

5. Bertambah meluat dengan mat-mat kopiah dan berjanggut ini. Cakap tak serupa bikin. Harapkan jubah aje meleret ke tanah. Tetapi amalannya hampas. Percakapannya lebih teruk dari si kafir. Hari ini haram, esoknya halal asalkan menyebelahi mereka.

6.Islamkah ini? Apa pula komen PAS tentang sokongan Zaid terhadap kes murtad Lina Joy yang dulunya PAS mengecam keras Zaid dengan memberi berbagai gelaran. TGNA pun tumpang semangkuk . Termasuk TGHH. Sekarang memuja Zaid separuh nyawa. Serban keduanya pun seolah nak di beri kepada Zaid. Ape le!!!!!!!!!!! KLIK. Kalau tak percaya. Bukan dari sumber salah tetapi dari Harakah Daily juga. Sekarang mereka jilat semua muntah mereka kepada Zaid.

No comments:

Post a Comment