Thursday, 15 April 2010

KERAK DAN KEPALA MCCBCHST MAKIN BESAR !





Majlis Perundingan Agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Mccbchst) membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merujuk Jawatankuasa Khas Perundingan Antara Agama yang ditubuhkan sebagai 'tidak penting'.

Bercakap kepada pemberita di Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam, Muhyiddin berkata panel itu dianggotai oleh mereka yang tidak akan mengancam kedudukan Islam kerana ia bukannya satu suruhanjaya."Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya lagi.Menurut kenytaan media yang dikeluarkan oleh Mccbchst, malam semalam adalah sukar bagi Jawatankuasa Khas Perundingan Agama itu meneruskan tugas mereka bagi memupuk keharmonian dan kefahaman antara agama jika kenyataan Muhyiddin itu tidak dijelaskan. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Siapa yang memandang rendah siapa? Majlis perundingan agama Buddha, Kristian dll ini nak membidas apa kepada TPM?


2. Apa salahnya TPM? Apa salahnya kenyataan TPM? Tak ada apa yang salah. Tan Sri Muhyiddin hanya bercakap mengenai apa yang termaktub di dalam perlembagaan. Tak lebih dari itu.


3. Jawatankuasa Khas Perundingan Antara Agama yang kerajaan tubuhkan itu pun memang tidak sepenting dari perlembagaan. Kedudukan agama islam memang sudah jelas dalam perlembagaan. Jawatan kuasa ini tidak boleh melebihi dari perlembagaan .


4. Pada pandangan PG pun , jawatan kuasa ini tidak perlu ditubuhkan pun. Tak ada relevennya. Benar kata Tan Sri Muhyiddin, "Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya lagi."


5. Itulah yang sebenarnya. Apa yang TPM cakap adalah berdasarkan undang-undang. Jadi ( Mccbchst ) jangan besar kepala dan bercakap banyak. Ikut undang-undang, jangan ikut kepala anda dan niat jahat serta agenda pribadi anda. Siapa anda semua yang nak mengatasi undang-undang?


6. Pernahkah umat islam di negara lain mendapat layanan yang begitu istimewa seperti mana penganut agama lain di Malaysia dapat? Cuba bandingkan dan fikirkan.


7. Cukuplah. Jangan besar kepala dan besar kerak lagi. Kesabaran kami pun ada had dan batasnya............... Kepada kerajaan pun, PG berpendapat : cukup-cukuplah melayan kerenah puak ini. Tak ada akhirnya. Untung pun tak ada. Biar aje mereka pergi mengadu hal kepada pelupor Islam dan Melayu liberal di Hulu Selangor tu. Parti dan pemimpin itu pun lah yang mereka sokong dan undi semada PRU 12 dulu.


8. Nampaknya kepala mereka makin besar.

1 comment:

  1. Sembah tuhan agama masing2 dan saling menghormati. Jangan curi nama tuhan agama lain. Jangan jadikan isu dn kemudian dipolitikan.
    Majlis Perundingan jaga kerhamonian beragama sahaja.

    ReplyDelete