Sunday, 18 April 2010

PKR KECAM SERANG PERIBADI CALUN ? LIHAT DIRI SENDIRILAH !




Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar.

Sebaliknya, menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PKR kata Zaid sudah berubah. Bagus le kalau dah berubah. Tapi pergi haji tak semestinya dah berubah. Lihat aje lah yang kena tangkap khalwat, rasuah dan sebagainya. Sebahagiannya Dato-Dato dan semuanya haji. Macam tu juga. Pak Nik Aziz dan TGHH pun pergi haji juga . Dah belas kali.

2. Tapi apa kurangnya. Makan sponsor haji juga. Katanya sedekah. Kalau UMNO buat begitu katanya rasuah. Dua-dua orang ini juga pergi haji tapi balik haji dok fitnah orang sebaik buka mata di setiap ceramah. Mendoakan bala, memaki hamun. Celakakan orang. Cukup lengkap. Tapi tak ada pula PG denga Tun Mahathir dan PM Najib ni, memaki hamun seperti mereka walaupun tak war-warkan hajinya. Jadi nilailah sendiri nilai haji pemimpin ini dan pemimpin PKR. Apa ada pada title haji kalau perangai ..............Ya Allah mengalah kita yang belum haji.

3. Lihat ajelah apa yang tak di kata oleh pemimpin-pemimpin PAS yang sebahagain besarnya pak haji terhadap Tun Mahathir dulu. Maha firaun le, zionis le, dan semua maki hamun apa yang tak dikatakan kepada Tun oleh Pak haji ini.

4. Jadi jangan hairan dengan perangai pak haji ini. Lihat aje le, ketua dewan pemuda PAS perlis tu pun, apa kurangnya. Seksa bini juga sampai repot polis. Seorang lagi ADUN di Kelantan tu pun dah 4 ke 5 kali pergi haji , tapi nafkah pada bekas isteri pun sampai ke mahkamah. Boleh jalanlah kalau itu dijadikan alasan.

5. PKR kata tak patut serang peribadi Zaid. Mereka kecam pemimpin BN kononnya serang peribadi calun. Bab ini senang aje jawab nya. Lihat diri sendirilah. Apa kurang dan siapa mulakan dulu . Lihat aje di blog penyokong PKR. Apa yang tak ada. semua nya dan setiap hari serang peribadi pemimpin BN, PM, TPM dan sebagainya.

6. Jadi sebelum kecam orang tu, lihat diri sendirilah. Telanjang diri anda dan lihat depan cermin. Baru boleh cakap. Sudahlah. Lihat aje le Pak-Pak Haji Pas seperti si Tantawi tu, serang calun BN Rohaizat di PRK Permatang Pasir. Jadi bab serang menyerang peribadi tu, PKR ludah muka dan diri sendirilah. Termasuk juga PAS. Di Bagan Pinang, apa yang tak diserangnya peribadi Isa Samad. Habis ditelanjangnya Doraemon tu. Nak lagi buktinya, boleh PG senarai panjang serangan peribadi PAS, PKR dan DAP terhadap calun lawan dari dulu. ...........No problem.

7. Kepada Zaid : Kalau dah berhenti minum tu bagus lah. Semoga berterusan hendaknya. Jangan kerana nak bertanding pilihanraya aje.

8. Semuga PRK Hulu Selangor berjalan dengan aman. Semua pihak harus bertenang. Kepada pihak berkuasa : ambil tindakan sekeras mungkin terhadap semua pengacau PRK ini.

Nota : Salahuddin Ayob tak mahu komen pasal hal Zaid ini kerana katanya hal peribadi. Pandai pula. Otak dia tak ada ke. Minum arak bukan hal peribadi. Ia masalah masyarakat dan umat. Yang sibuk PAS nak hukum orang dalam hudud termasuk merotan orang ikut hudud tu sebab apa. Kalau dah minum arak hal peribadi, jangan cakap le bab hukum islam dan hudud. Pakai akal le. Sebab itu PG dah kata dari dulu lagi : Hukum hudud PAS ini hanya agenda politik. Tak lebih dari itu. Sudahlah.

13 comments:

  1. Salam bro,

    Kalau boleh aku katakan, kebanyakan org PAS ni tahap HIPOKRIT paling tegar.

    ReplyDelete
  2. Betul,betul,betul bro pg.Mengata orang bukan main berdentum dentam tak ingat.Bila kena batang hidung sendiri,hal peribadi,dulu lain sekarang lain,dah pergi haji bla bla bla.Politik punya pasal penentang hudud pun sanggup dijunjung oleh pas.Jangan purak2 bengonglah pas,zaid ibrahim inilah dulu yg menyaman pas di mahkamah disebabkan hudud.Zaid ini juga yg akan terus menentang pas kalau pas berani menimbulkan balik isu hudud.

    Oh ya,lupa pulak pas pun dah tak mahu hudud2 ni kira dah selarilah tu dengan perjuangan zaid,anwar,kit siang,karpal semua tu.Taraf pas ni cuma jadi balaci orang ajelah..

    -bekas penyokong pas

    ReplyDelete
  3. Salam,

    bagi saya, ini sudah keterlaluan.
    bila hal sebegini sudah terkena batang hidung mereka sendiri, bukan main lagi mereka nafikan, dan halalkan.

    Ya allah, hancurkan manusia2 munafik sebegini dari Malaysia ini.

    amin.

    ReplyDelete
  4. Ahli PAS pergi menunaikan haji tiap2 tahun ingin mendapat berjat haji mahbrur. Baca surah Yasin tiap2 hari. Tapi apabila ceramah pengang microphone mulalah fitnah, maki hamun, mencarut dll. Apa ahli PAS dah berubah???

    ReplyDelete
  5. takbiiirrr..
    hancurkan pemimpin PAS PKR DAP yg munafik dr bumi ALLAH ini..

    ReplyDelete
  6. kalau dah berubah maknanya mmg betul la sblum ini dia "kaki" seperti yg di gembar-gemburkan...

    azmin pun tak sedia nak buat pendedahan!!! dah berbelas tahun rakyat tunggu!!!

    ReplyDelete
  7. Parti Pembangkang marah kerana BN serang hal2 peribadi..?? Hahahahahaa...

    Lucu...!

    Menyerang peribadi adalah 'trademark' parti2 pembangkang sejak zaman berzaman lagi... & tiada pernah ada 'constructive critism' dari mereka sejak Merdeka lagi..!

    Sekarang baru pembangkang tahu rasa pedih..?

    ReplyDelete
  8. ehehehehe. betul pergi haji belum tentu berubah. haji mabrur atau haji marlboro??? Pelik betul la PAS ni.

    ReplyDelete
  9. oi bahalol2 sekalian
    ni smua mmg dh adat la
    xkan korg x paham2 lg kot
    apela bodohnye korg ni?dh dorg kaki kutuk kaki maki lantak dorg la.kubor lain2 la
    yg korg pg mengata maki hamun lg buat ape?
    ape korg dapat?bkn ni la caranya nak betulkan keadaan
    korang x puas hati pg la citer depan2
    yg p menyalak mcm anjing dlm blog ni ape korg dapat?goyang ke bila berdepan?telor mane woi?bg anjing ke?
    bahalol la korg ni
    siap doa menghancurkan lg
    bapak korg ajar ke doa yg buruk2 kt org?
    akai xda ka?

    to wiseman
    kalau dah jahil tu jahil jgk la
    jgn tau nak condemn org jer
    belajar dulu cara nak menulis/taip nama ALLAH
    suka hati mak bapak ko jer nak taip ape
    tinggi sangat ke darjat ko nak declair org munafik?ke mmg keturunan ko smua bangkai mcm ko?
    suka2 nak declair org munafik
    bg contact no lu
    tu pun kalau ko ada telor la

    ReplyDelete
  10. Arif Omar hentam Zaid sebab Zaid minuum arak.

    Arif Omar siarkan gambar botol arak untuk hentam Zaid.

    Hentam orang minum arak dengan cara iklankan arak?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Punya Blog.

    Apa yang anta tulis adalah benar...Mereka maki hamun, memfitnah, mengaibkan orang lain tak dikira bersalah.

    Inilah sikap munafiq si PKR dan PAS.

    ReplyDelete
  12. apo la bangang bonar ko ni minang?
    buto kayu apo?
    ekau tu hebat sangat ko nak declair org munafik?
    bodoh minang

    ReplyDelete
  13. bagaimana dgn ceramah nizar bekas mb kenapa tidak diambil tindakan oleh menteri bengap.

    ReplyDelete