Wednesday, 14 April 2010

PRK HULU SELANGOR: ZAID IBRAHIM CALUNNYA ? HE HE HE !!!!




Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan sebentar tadi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Zaid? Zaid? Zaid? Keh keh keh keh! Dia cakap MPdan ADUN yang keluar PR sebagai katak. Tetapi katak tersebut ada juga jawatan nya. Yang dia ni, katak tak berjawatan dalam UMNO. Dalam PKR pun hanya dapat jawatan yang dianugerah oleh tuan gurunya. Sudahlah.

2. Jadi Menteri pun atas ehsan dari Pak Lah setelah diberi jawatan Senator. Bukan itu sahaja. Bertanding ketua cawangan dan ketua bahagian UMNO di kampungnya pun kalah.

3. Bagus juga si Zaid tu bertanding di Hulu Selangor. Nak tengok juga kehebatannya setara mana. Sebab? Sebabnya dia ni cakap aje berdegar-degar dengan liberalnya dalam semua perkara. Semuanya terbuka. Hak istimewa orang melayu pun nak diubah supaya terbuka, biasiswa pun terbuka, isu Allah pun terbuka, dan semuanya terbukalah.............

4. Kepada orang melayu ! pilih lah Zaid untuk keterbukaannya. Beliau akan beri semua dan membuka semua hak orang melayu seperti yang tercatit dalam perlembagaan kepada kaum lain. Semuanya terbuka dan saksama.

5. Ingat pengundi muda! Terbuka dan kesaksamaan bukan nya keadilan. Ia dua perkara yang berbeza. Keadilan ini maksudnya meletakkan sesuatu ditempatnya. Kalau itu dah hak kita dan kita melayu memerlukannnya maka itulah keadilan. Bukan kesaksamaan. Keadilan bukan memberikan sesuatu kepada orang lain. Dan keadilan bukan memberikan sesuatu kepada orang lain lebih-lebih yang bukan hak mereka dan mereka tidak memerlukannya berbanding kita.

6. Fikirkan pengundi muda. Jangan menyesal kemudian hari. Banyak pak pandir moden di zaman ini yang lebih teruk pandirnya berbanding pak pandir di dalam cerita rakyat dahulu.

7. Fikirkan.........................

Nota : Nak minta fatwa dari TGNA : Boleh ke PAS dan penyokongnya mengundi Zaid Ibrahim? Dulunya haram sebab Zaid saman hukum hudud PAS Kelantan. Sampai sekarang masih belum selesai dan tersangkut di mahkamah. Halal ke haram sokong Zaid? Nak dengar juga fatwa terbaharu PAS. Nak tengok dan nak dengar juga fatwa dari lidah-lidah bercabang dalam PAS ini.

4 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yng melayari blog ini,

    1 Wahai kaum Muslim [seluruhnya - bukan hanya di K. Sl'ngor saja yg hendak memilih pemimpin baru]! Siapakah sebnar-benar pemimpin bagi kaum Muslim yg disebut di dlm al-Quran sebgai ulil amri; yg layak memimpin umat agar sejahtera hidup di dunia; & yg kepimpinannya kelak dapat menolong umat drpda disentuh oleh api neraka? Apakah dia suatu sosok yg bahkan tidak mengimani keEsaan Allah? Yang lngsung tidak mempercayai syariat-Nya? Yang menokak keras kalau syariat Allah mahu ditegakkan? Yang sekali-kali tidak dapat menjadi saksi bagi kita di depan Allah kelak?

    2 Ataukah dia drp golongan orang2 yg beriman, TETAPI juga TIDAK mahu meyakini hukum2 syariat-Nya; juga menolak kalau syariat Allah mahu dilaksanakan secara total; lalu memimpin umat dgn hukum2 sistem SIVIL-SEKULAR, hukum buatan mnusia; hukum2 yg membuang syariat jauh2 drp menjadi pengatur urusan kehiduapan yg mencakup segala aspeknya: sistem politik, sistem bernegara & pemerintahan, ekonomi, sosial & segala interaksi sebagaimana yg sekarang didukung, diperjuangkan & dipertahankan oleh seluruh parti politik, waima yg berbasis umat Muslim [UMNO, PAS, PKR dsb]?

    3 Pemimpin yg sebenar2-nya bgi umat Muslim & yg diraikan [diredhai} Allah ialah: Mukmin yg memimpin demi menghidupkan amar ma'ruf nahi munkar; lalu benar2 melakukan amar ma'ruf nahi munkar; & mengajak serta mengepalai orang lain melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar. Dia hanya memimpin kerana mahu menzahirkan hukum2 syara' [syariat] Allah menjadi pengatur segala aspek kehidupan tadi; meyakini bahawa setiap perbuatan hanya demi menepati perintah2 & larangan Allah dgn hukum2 yg bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, ljma' Sabat & Qias; kerana dia sangat meyakini bahwa kepimpinannya & orang2 yg dipimpinya akan sama2 diadili di Yaumul Mahsyar - dia sebagai saksi bagi yg dipimpinnya sementara Rasulullah SAW pula menjadi saksi baginya.

    4 Demikianlah cemerlangnya lslam mngajar kita, kerana segalanya di dalam lslam terkait dengan akidah, termasuk di dalam soal kepemimpinan.

    Wallhu a'lam.

    ReplyDelete
  2. woi penghuni lubang taik!
    jawab la!
    balas la!
    kata hebat sangat!
    ko bila masuk bab agama ko senyap plak
    kalau dh bahalol tu bahalol jgk la
    lahawau punya melaka

    ReplyDelete
  3. Salam Semua dan AO,

    Dulu Si Zaid Ibrahim ni di tolak oleh PAS kelantan. Zaid yang menolak hukum hudud saranan PAS, akhirnya jadi calon di Hulu Selangor.
    Maknanya orang yang tolak cadangan diangkat oleh PAS sebagai rakan yang direstui. Mengapa PAS tidak meletakan calon di Hulu Selangor, kan lebih jika calon PAS.

    ReplyDelete
  4. Dulu dia saman Hudud PAS, sebab masa tu dia dalam parti jumud UMNO. Sekarang dia dah nampak apa itu Islam yang dia bawak oleh PAS. 100% bukan 50-50 macam UMNO.

    ReplyDelete