Wednesday, 28 April 2010

SALAH PERKASA ?




MCA menyelar presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Salah PERKASA ke bila undi cina tidak memihak kepada BN di PRK Hulu Selangor? Ada kajian ke. Atau pakai sedap cakap aje.

2. Apa peranan MCA dan GERAKAN di PRK Hulu Selangor? PG ada di sana sejak 19 apr hingga 27 apr di sana. Tak ada apa pun yang dibuat kedua parti ini. Selebihnya hanya membontot PM dan TPM. Kedua pemimpinnya terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh macam muka tak sudah.

3. Nak bersuara di kalangan orang cina pun ak berani. Apa yang MCA dan GERAKAN dah lakukan sejak PRU 12? Kosong! Hanya DS Najib le ke hulu ke hilir dan siang malam perah otak nak baiki negara dan parti.

4. Nak harapkan 2 parti ini? Sibok dengan perempuan dan bersuara seperti dan jauh lebih teruk dari pembangkang DAP. Cakapnya semua isu perkauman dan jauh lebih buruk dari PERKASA.

5. Sudahlah MCA dan GERAKAN. Cakap aje banyak. Kerja tak buat. Baiki prestasi diri anda. Pemimpin 2 parti ini hanyalah habuk-habuk yang tak berguna semuanya kecuali 2 ke 3 kerat yang baik dan berkeliber seperti ..........................yang lain ? Sampah politik...semuanya.

6. Sesekali fikir , betul juga apa yang Ibrahim Ali cakap tu. Kerajaan sewajarnya tumpukan pembangunan di luar bandar dan kawasan estet. Mereka ini yang lebih perlukan semua itu dan tahu pula mensyukurinya.

8 comments:

  1. Ya betul tu PG, usulkan penyingkiran MCA dan Gerakan drpd menganggotai BN... p mampus MCA dan Gerakan!!! Tak guna punya kawan.. tinggal UMNO sorang2...

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Apakah dengan menyalahkan Perkasa, MCA sebenarnya tidak mahu mendedahkan sikap sebenar masyarakat Cina khususnya di Semenanjung dalam politik.

    Kita tidak seharusnya terkejut dengan kemerosotan undi Cina untuk BN di P94 Hulu Selangor. Sungguh pun ada yang mengatakan kemerosotan ini kerana orang Cina mahu mengukuhkan kuasa DAP di Selangor namun apa yang berlaku sebenarnya lanjutan kepada pola pemilihan kaum tersebut bagi PRU12 lalu.

    Secara umumnya pengundi Cina di Semenanjung bagai bersepakat tidak akan memberikan kuasa kepada Melayu dengan mengambil pendirian usah undi BN melainkan calon BN tersebut merupakan calon Cina yang berdepan dengan calon bukan Cina. Inilah sebabnya mengapa di DUN Kuala Kubu Bharu kita lihat calon BN dari MCA Berjaya menewaskan calon DAP berbangsa India dalam PRU12 lalu tetapi di dalam PRK P94 pula undi Cina bagi BN jatuh mendadak berkeputusan calon BN berbangsa India tewas kepada calon Pakatan berbangsa Melayu.

    Pola ini amat ketara apabila 2 calon Melayu DAP gagal mendapat sokongan Cina setelah tewas kepada calon-calon Cina BN. Di P80 Raub Abu Bakar Bin Lebai Sudin (DAP) dikalahkan Oei Yang Yang @ Ng Yen Yen (BN) sementara di P165 Tanjung Piai pula Ahmad Bin Ton (DAP) tewas kepada Wee Jeck Seng (BN). Ahmad Bin Ton juga bertanding di N55 Pekan Nenas menentang Tang Nai Soon (BN).

    Di samping 4 keputusan di atas, 8 lagi kemenangan calon Cina BN di peringkat Parlimen di Semenanjung adalah ke atas calon bukan Cina seperti berikut :

    P54 Gerik Tan Lian Hoe (BN) menewaskan Mohd Noor Abdul Rahman (PAS)

    P74 Lumut Kong Cho Ha (BN) tewaskan Suwardi bin Sapuan (PKR)

    P77 Tanjung Malim (BN) Ong Ka Chuan tewaskan Mohd Azman Marjohan (PKR)

    P89 Bentong Liow Tiong Lai (BN) menewaskan Ponusamy AL Govindasamy (PKR)

    P100 Pandan Ong Tee Keat (BN) tewaskan Syed Shahir (PKR)

    P148 Ayer Hitam Wee Ka Siong (BN) tewaskan Husin Bin Sujak (PAS)

    P151 Liang Teck Meng (BN) tewaskan Atan Bin Gombang (PAS)

    P158 Tebrau Ling Ban San (BN) tewaskan Roslani Sharif (PAS)

    P162 Gelang Patah Tan Ah Eng (BN) tewaskan Zaliha Binti Mustafa (PKR)

    Hanya empat kerusi parlimen sahaja menyaksikan calon Cina (BN) tewas kepada Bukan Cina.

    P52 Bayan Baru Ooi Siew Kim (BN) tewas kpd Zahrain Mohd Hashim (PKR)

    P83 Kuantan Fu Ah Kiow (BN) kalah kpd Fuziah Binti Salleh (PKR)

    P124 Bandar Tun Razak Tan Chai Ho (BN) tewas kpd Abd Khalid Bin Ibrahim (PKR)

    P128 Seremban Yu Chok Tow (BN) kalah kpd John A/L Fernandez (DAP)

    Namun keputusan 2 DUN di dalam Parlimen P100 Pandan di mana calon BN berbangsa Cina menang mengukuhkan lagi telahan terhadap pola undi Cina ini bila kedua-dua calon BN tewas kepada lawan.

    Di N21 Cempaka Nosimah Binti Hashim (BN) tewas kepada Iskandar Bin Abdul Samad (PAS) sementara di N22 Teratai Lee Ying Ha (DAP) menang ke atas Lum Weng Keong (BN)

    Kita tidak terkejut jika pola ini hasil daripada permainan sentimen perkauman anti Melayu DAP sepertimana slogan mereka ketika PRU12 “Setiap Undi Bagi MCA adalah Undi Bagi UMNO”.

    Pasti ini juga mendorong pengundi Cina untuk tidak mengundi calon Cina BN bila lawannya juga Cina. Kalau tidak macamana lagi boleh kita terangkan keputusan P104 Kelana Jaya di mana Lee Hwa Beng (BN) tewas kepada Gwo Burne Loh (PKR).

    Ramai khususnya penyokong PR mendabik dada mengatakan keputusan PRU12 menampakan pengundi kini sudah matang boleh mengundi melampaui batasan ras dan mengutamakan mutu calon.

    Namun melihat bagaimana susah bagi calon Cina BN untuk kalah kepada lawan bukan Cina khususnya Melayu kita tidak dapat lari daripada merasakan yang PRU12 merupakan yang paling rasis khususnya sentimen anti Melayu.

    Kita kuatir pengundi Melayu di masa hadapan akan juga mengambil pendirian mengundi mengikut batasan ras.

    Kita harus bersyukur kerana masih ada NGO Melayu seperti Perkasa di PRK P94 Hulu Selangor secara terbuka menggesa orang Melayu mengundi calon India.

    Amri

    ReplyDelete
  3. Melayu tidak akan bersatu selagi ada Anwar Ibrahim dan N Ajis. Jelas kedua-dua mereka mempunyai dendam kesumat didalam hati yang sangat tebal kepada BN khususnya UMNO. Adakah ini ciri-ciri Islam? Dendam kesumat, hasad dengki? Biar Malaysia punah ranah, sesama Islam berperang, janji BN dan UMNO tewas, itulah matlamat kedua2 manusia bernama N Ajis dan Anwar.

    ReplyDelete
  4. SALAM UKHWAH & SALAM 1 MALAYSIA

    MAAF PAB BERBISIK..

    PAB PUN TERKEJUT DENGAN APABILA MCA MARAHKAN PERKASA... DULU MARAHKAN DATO HISHAMUDDIN PASAL KERIS.. SEMUA ORG MELAYU BUAT TAK BETUL... INGATKAN DAP, ANWAR ARTARTUK, NIZAR KOMUNIS DAN ZAID LAILAILIKANTOI JER YG SERANG PERKASA, RUPANYA DLM KOMPONEN BN SENDIRI ADA MUSANG BERBULU AYAM.

    SEBELUM NK SOUND PERKASA BAIK TGK DIRI SENDIRI DAHULU. JGN ASYIK BERKOKOK MASA PEMILIHAN PARTI TETAPI MENJADI AYAM PONDAN DI PRK094 BAK KATA PEPATAH MELAYU 'BERKOKOK SIANG & MLM...RUPANYA EKOR TERPALIT TAHINYA SENDIRI'

    PLZZLAH MCA..GERAKAN.. BERSATU PERBAIKI BN BUKAN IKUT JARUM DAP.

    WASSALAM
    SAYONARA...

    ReplyDelete
  5. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  6. Semua pandangan anda betul...DAP ada melayu untuk memperjuangkan Agenda mereka iaitu PKR dan PAS...tak payah nak susah2..

    ReplyDelete
  7. Memang susah nak nak agak siapa yg benar dan siapa yg salah tp yg pasti kaum cina walau mereka berbeza parti, tp mereka memang kuat sentimen perkauman. Mereka akan cuba tolong bangsa mereka utk menang tp itu tak ada dlm jiwa kebanyakan org melayu. Yg banyak ada perasaan hasad dengki yg menebal dlm jiwa org2 melayu. Tak boleh tgk org melayu lain naik, ada jer yg dengki dan irihati. Kalau bangsa sendiri ditindas, bukan nak terus menolong tp tgk dulu org tu dr parti mana. Sampai bila pun tak kemana dgn sikap mcm tu. Sesekali pendapat rakyat kena difikirkan sbb kadang2 dlm byk2 pendapat rakyat tu, ada yg lebih bernas dan bagus dr pendapat2 MB2 yg ada yg kadang kala cuma nakkan pangkat dan kemewahan sahaja. YB2 ngan MB2 kena ingat awak2 dipilih org rakyat, elaun pun dr wang rakyat....so kerja mesti utk rakyat bukan utk kepentingan sendiri. Semoga pilihanraya akan dtg, BN akan menang dgn lebih bergaya dan semoga pakatan pembangkang akan terus tumbang.

    ReplyDelete
  8. Memang kesian kita org melayu ni. Masih boleh lagi berlembut. Itu yg membezakan kita dgn org cina dan india. Masih jaga hati kaum lain walaupun kita ni majoriti dalam negara Malaysia ni. Terpaksa kena tunduk pada kaum yg minoriti. Apa kita nak takut jika dasar yg ada sekarang ni pun lebih dimonopoli oleh kaum cina. Kita pun kena pertahankan kita punya maruah yg asyik di persoalkan oleh kaum lain. Bak kata TUN Mahatir kita tak perlu takut jika apa yg kita buat ni berdasarkan perlembagaan. Biarla dia org kaum lain nak kata apa tapi yg dapat faedah lebih pun dia org kaum lain tu juga. Sebab kita ni boleh tolak ansur.

    ReplyDelete