Friday, 30 April 2010

TAHNIAH TAN SRI MUSA HASAN !




Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat."Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap."Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

Penghuni Gua : Tahniah Tan Sri, Tahniah. Sudah lama suara ini kami nantikan sebagai orang awam yang sentiasa mementingkan keselamatan . Pedulikan mereka semua yang cuba mengambil kesempatan politik dari isu ini.

2. Pandangan begini sepatutnya dan sewajarnya keluar dari dahulu lagi. Ramai sangat nak mengambil kesempatan dan kepentingan politik dari isu ini.

3. Tahniah Tan Sri atas pandangan ini. Keselamatan anggota polis lebih utama , Tan Sri. Ambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan dari isu ini. Kepada pihak polis seluruh negara : teruskan tugas anda. Anda di kedudukan yang benar. Ramai lagi di luar ini yang masih menghargai usaha dan komitmen anda. Teruskan usaha anda untuk menjaga keselamatan bumi tercinta ini.

17 comments:

  1. Wow...! Hebatkah pernyataan itu dlm konteks prosionalisme.. PG?

    Fikiran yg dangkal pasti menghasilkan keputusan yg dangkal ...

    Setinggi2 tahniah Tan Sri...

    ReplyDelete
  2. budak 15 tahun, tak ada lesen kereta, keluar rumah tengah malam, tak beritahu orang di rumah, esok hari sekolah, kawan dia lari keluar kereta. dah banyak kesalahan dibuat tapi mengapa tiada sesiapa membangkitkan isu ini?

    saya setuju juga dengan anon tentang profesionalime tapi mungkin tan sri ni dah fed-up kot. seorang polis yang kemungkinan melakukan kesilapan tetapi habis macam semua polis bersalah.

    ReplyDelete
  3. Aku sokong 100% kenyataan KPN tu.

    ReplyDelete
  4. Apa yg polis buat tu adalah 'preamtive' act. Lebih baik bertindak sebegitu...

    Dari tindak tanduk budak tu mmg dia ada potensi untuk jadi apa yg anda dan saya difikirkan bila dia besar nanti... kalau dia seorang budak baik takkan dia berada di "wrong place at wrong time" dalam keadaan yang tidak sepatutnya...

    Biarlah menjadi pengajaran kpd yg lain...i.e yg 'sewaktu' dgnnya!

    ReplyDelete
  5. Polis tak sekejam itu,malah telah mengikut segala SOP sebelum bertindak.Alfatihah utk adik amirul.kepada orang awan patuhlah segala arahan .

    ReplyDelete
  6. Anonymous said...
    Wow...! Hebatkah pernyataan itu dlm konteks prosionalisme.. PG?

    Fikiran yg dangkal pasti menghasilkan keputusan yg dangkal ...

    Setinggi2 tahniah Tan Sri...

    30 April 2010 08:31


    Saudara.selama ini saya rasa pihak polis pn banyak bersabar dengan isu yang dibangkitkan untuk memburukan imej pihak polis.Tak siapa nafikan pihak polis juga buat salah dalam setengah hal,cuma dalam konteks ini bila melibatkan kejadian budak(baca BUDAK 15 tahun) ramai yang meletakkan persepsi kononnya polis salah menilai sesuatu kejadian.Ramai dari kalangan kita lebih senang menuduh atau menuding jari pada pihak lain(pihak polis misalnya) apabila terjadi sesuatu perkara buruk.Masyarakat kita gagal memahami tanggungjawap mereka untuk membantu komuniti untuk sama2 menjaga keselamatan .Contoh lain jika anak kita di didenda di sekolah atau dibuang sekolah,terus saja kita anggap guru itu teru.Persoalannya dimana tanggungjawap kita sebagai masyarakat?Anak jiran buat maksiat kita takut nak tegur,Jadilah kes itu ini.


    Susah lah kalau semua benda kita nak harapkan orang lain jaga untuk kita.Polis bukanlah `guardian` sepanjang masa untuk kita.Pandailah didik anak2 supaya tak lah mereka buat hal yang membolehkan mereka ditembak!!!

    ReplyDelete
  7. Jangan salahkan orang lain kalau kita tak boleh mengawal anak sendiri.

    ReplyDelete
  8. sokongan 200% untuk Tan Sri Musa.. jangan dok salahkan INSTITUSI atau PERTUBUHAN,mereka hanya BERTANGGUNGJAWAB tapi TIDAK BERSALAH.. yang SALAH semuanya terletak pada INDIVIDU itu sendiri.. yang TEMBAK bukan SEMUA anggota polis, tetapi hanya INDIVIDU yang memakai gelaran PASUKAN POLIS.. begitu juga dengan RASUAH, PENYELEWENGAN & FITNAH.. ni bukan SALAH PAS, UMNO atau MELAYU PKR.. ( Xsebut parti lain coz aku MELAYU racist ) ini PERBUATAN segelintir INDIVIDU yang BERNAUNG di bawah NAMA tersebut.. resam MANUSIA, bila SUSAH kita INGAT, bila dah SENANG kita LUPA!!

    p/s: lupa dengan peribahasa.. KERANA NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA!!!

    ReplyDelete
  9. aku sokong tan sri musa..tgk la kat fb..bukan nya ramai pengasut utuk benci kpd polis..kalau aku jadi polis..aku pun akan tembak..bkn kita tau dlm kete tu ada bdk 15thn..dah bahaya.kalau tak tau siapa yang jadi korban..ntah dia langgar kereta lain...ramai yang terkorban...ada hikmahnya..PEHAK POLIS TOLONG SISASAT KOMEN2 DLM FB..BYK YANG MENGHASUT ORANG RAMAI MEMBENCI POLIS TERUTAMA AIDIL ADAHAR..KHALIZAN HARUN...DAN BYK LAGI..MEREKA NI SGT MERBAHAYA...

    ReplyDelete
  10. Dalam kes2 tembak ni pernah ke kita dengar polis tanya orang yg ditembak soalan2 berikut :

    1) Berapa umur awak, 2) Awak baik ke jahat, 3)Apa awak buat pukul 2.00 pagi, 4) Awak ada bawak pistol, parang, pisau dll. 5) Awak ada lesen memandu, 6) Kenapa tak berhenti bila saya suruh, 6) Awak mau mati ka!

    Mana nak sempat kalau nyawa dia dah terancam...

    Kepada adik2 diluar sana jgn contohi arwah. Walau bagaimanapun Alfatihah kpd arwah.....

    ReplyDelete
  11. he is a very professional IGP ever, talk what ever he think nice to hear. spree shooting, simply kicking and aggresive act already become very common practice amongst malaysia police now days, Welcome to the Police State Of administration

    ReplyDelete
  12. anon 15.06,
    hi stupid. i can suggest police to shoot ur head. maybe msia can be abetter place when there's no nitwit such as u.

    ReplyDelete
  13. Menguatkuasakan Undang-Undang adalah Wajib
    Dibawah section 3(3) Akta Polis, adalah tanggungjawab aggota polis menguatkuasakan undang-undang dan keamanan, dan menangkap pesalah-pesalah. Anggota polis selaku penjawat awam sememangnya mempunyai kuasa dibawah seksyen 23 Kanun Prossedur Jenayah untuk menangkap mana-mana orang tanpa waran yang enggan mematuhi arahannya berhenti atau atas syak munasabah bahawa mana-mana orang melakukan kesalahan yang boleh tangkap. Kekerasan perlu dibolehkan dibawah seksyen 15(2) Kanun Prosedur Jenayah bagi membuat penangkapan namun 15(3), anggota polis tidaklah boleh menyebabkan kematian kecuali kesalahan yang disyaki itu boleh dihukum dengan bunuh atau penjara seumur hidup. Maka apa syak munasabah itu adalah kritikal - apakah kerana melakukan rompakan dan sebagainya yang boleh dihukum dengan penjara seumur hidup?
    Dalam hal ini, dari apa yang dapat kita faham dari berita-berita, ianya bertindih dengan hak "mempertahankan diri". Beban undang-undang bahawa adanya justifikasi pada tahap imbangan kebarangkalian terletak kepada anggota polis berkenaan dibawah seksyen 105 Akta Keterangan yang mendakwa ianya tindakan mempertahankan diri? Kita sama-sama tunggu apa-apa ketetapan fakta kejadian sebenarnya dari suruhanjaya yang ditubuhkan. Maka wajarlah bagi Pendakwa raya mengarahkan siasatan rapi akan apa yang sebenarnya terjadi diketahui sebelum apa-apa kesimpulan dapat dibuat.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  14. Saya sokong pandangan tan sri Musa Hassan. Pada pandangan saya parti parti politik pembangkang ni semua nya cuba memburukkan imej polis dan mensensasikan situasi sebenar. Pada khemat saya biar lah siasatan di jalankan dan bukan mensensasikan tentang kematian ini. Saya ingin tahu kejadian yang berlaku semasa Bakri pelajar di UiTM yang di langgar olih seorang yb dari dap sekinchan, kenapa kah pembangkang tidak menuntut polis menyiasat dengan segera? Jadi saranan saya kepada tan sri KP jangan layan muka muka politikus politikus pembangkang yang hanya hendak menangguk di air keroh.

    PDRM sentiasa berkhidmat menjaga ketenteraman awam termasuk mereka mereka yang suka membuat demontrasi jalanan yang murahan. PDRM teruskan usaha yang baik dan tanniah kepada tan sri Musa Hassan kerana ketegasan.

    ReplyDelete
  15. biasa la mak mana nak kata anak dia jahat. biar pun dah jam 2 masih kat luar....takkan mak dia nak ngaku tak pandai jaga anak.

    ReplyDelete
  16. kalau yang tertembak itu anak PG!!!!
    tahniah! tahniah tan sri KPN kerana kecekapan anggota tuan menembak anak saya.

    ReplyDelete
  17. serah saja pada allah taala biar dia yang tentukan kerana tiada manusia yang sempurna dan setiap kejadian itu ada hikmahnya kita tawakal sahaja

    ReplyDelete