Friday, 21 May 2010

MAKHLUK PEROSAK MASYARAKAT ! PUN MASIH MEROSAKKAN !

( Contoh selipar bagi mendapat keberkatan )




Hatijah beritahu Abuya minta direlakan ‘pemergian’

KUALA LUMPUR: Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad mendakwa mendengar suara suaminya meminta supaya merelakan pemergiannya secara fizikal bagi membolehkan rohnya bangkit memimpin umat Islam ketika terlantar sakit di sebuah hospital di Ipoh, baru-baru ini.

Hatijah Amm berkata, tugasan penting Asaari adalah untuk pergi dan kemudian kembali semula untuk bersama pengikutnya. “Suara itu menyebut “kamu nak suruh orang tua yang tidak ada gigi yang kerepot ini bangun buat apa? Kenapa tidak fikir yang akan bangun nanti bukan yang ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Country Homes Rawang, baru-baru ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masa hidup merosak akidah masyarakat , sesudah kematiannya masih begitu. Semuanya kerana ketaksuban atas personaliti tertentu tanpa had. Otak dibekukan dan mata hati juga dibutakan.

2. Pengikutnya pun masih terus dipergunakan untuk kepentingan mereka. Semua bertopengkan agama. Agama diperdagangkan.

3. Fikirkanlah. Setengahnya tu pun ,selipar pun diambil untuk mendapat keberkatan. Apa ceritanya? Bukan orang lain yang dedahkan, tuan punya badan sendiri tersalah dedah kerana ketakburanya. Fikirkanlah!!!!

5 comments:

  1. PG tak ada cerita ke tentang Wali Selipar??? Rindu pulak kalau tak ada cerita tentang keberkatan selipar dia tu..

    ReplyDelete
  2. ITU PUN LEBIH KURANG SAMA LE DE NGAN WALI SELIPAR. SAMA AJE. BEZA SIKIT SANGAT AJE.

    ReplyDelete
  3. Jangan terpedaya dengan ajaran sesat yang menyelewengkan akidah. Baik dengar ajaran agama dari mereka yang mendapat tauliah.

    PKR = Illuminati

    ReplyDelete
  4. kah kah kah!
    nak jumaat masih pening, masih duk kutip bintang atas kepala,
    kah kah kah!
    brother! kau tu duk sedap kutuk geng tipu melayu al-Arqam, tapi kau tidak bincang dan tak kutuk geng tipu melayu UMNO/APCO/YAHUDI, banyak kenyataan pemimpin mereka sama menyeleweng dgn al-Arqam, kau tak percaya, mintalah pelayar blog kau catat, kau tak berani, biar aku beri tawaran.
    kah kah kah!
    MANA-MANA MANUSIA, PAS ATAU TIADA PARTI, YANG ADA BUKTI, MENUNJUKKAN KENYATAAN YANG MENYELEWENG, TELAH DIKELUARKAN OLEH PEMIMPIN UMNO. SILA HANTAR COMMENT DISINI.

    ReplyDelete
  5. Ibu bapa mana yang sanggup menerima hakikat anaknya seorang suspek.Begitu juga, mana isteri sanggup mengatakan suaminya mempelopori dan memimpin ajaran sesat. Mereka-mereka akan mengatkan, anak saya baik dan soleh, dan menuduh orang lain. Begitu juga dalam kes ini. Masa simati hidup, dia perdayakan orang, dalam dia dah matipun, pengikutnya terus dapat diperdayakan.

    ReplyDelete