Friday, 7 May 2010

CADANGAN DANGKAL TIMBALAN MENTERI !




Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tak usahlah luluskan. Cukuplah lesen perjudian yang ada. Alasan nak mengawal judi haram dan membantu pembangunan sukan ? Itu semuanya alasan bodoh . Alasan orang tak sekolah dan beragama.

2. Cukuplah. Jangan lagi nak bebankan kerajaan dengan isu-isu dan perkara bodoh begini. Carilah kaedah lain untuk membenteras kegiatan judi tanpa lesen ini. Juga banyak lagi jalan dan caranya nak mendapatkan pembiayaan untuk pembangunan sukan.

3. Sebagai menteri, Awang Adek patutnya lebih bijak dalam membuat cadangan. Jangan lah cadangan tersebut menjadi liabiliti kepada kerajaan yang ada. Kerajaan baru nak pulih dari kecederaan parah. Ini nak ditambah lagi keparahannya. Carilah idea nak membantu PM .

10 comments:

  1. HEHE...APa DAH JADI DENGAN PAK-PAK MENTERI SEMUA NI?

    ReplyDelete
  2. ini apa punya menteri...
    kalu dah benda haram...haramlah
    awang adek suke ke ngan benda nih..
    bro...orang pakatan dalam diam2..dah nak bersorak..
    kalu benda ni jadik..untung besar dorang..
    modal nak lingkupkan bn
    ds najib..tolong tengok orang ini..nak buat taik plak..

    ReplyDelete
  3. bengap betul...
    ade ke... judi2 yg halal..
    x belajar agama ke..dia tuh
    judi tetap haram walaumacamana dicucibasuh sekali pon..

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Inilah 'another low quality product of UMNO'. Just because nak kawal judi berleluasa, kerajaan pertimbang keluarkan lesen. Nanti ada pulak kenyataan 'nak kawal rasuah berleluasa pengamal rasuah tidak akan didakwa'. Apa punya pemikiran ni. Tidak ke kenyataan ini akan jadi isu. Kenyataan ini tak sepatunye timbul. DS Najib tolong keluarkan Mamat yg tak berkaliber ni..

    ReplyDelete
  5. Salam tuan blog...

    bodoh punya awang adek... ingat belajar tinggi makin pandai.. rupa makin bodo... patut la org kelantan pun tak nak die jd MB...

    alo menteri... kalau dah benda haram jgn dibuat... itu gantung diri namanya... memalukan UMNO jer... kalau depa nk berjudi pegi seberang tambak... kat situ hang nk menari bogel pun tak de sapa marah... kat malaysia kalau ada judi haram sila tangkap n dakwa... judi yang ada untuk org bukan islam sahaja... yang islam tlg monitor... harap DS Najib buang mamat nie dari kabinet... ada tak menambah, hilang tak berkurang... makan gaji buta jer...

    maaf tuan blog.. emosi sikit.. sakit hati dgn kebodohan menteri.. dari UMNO tu...

    perlop

    ReplyDelete
  6. Kenapa kita nak SALAHKAN Awang Adek? Dia hanya TIMBALAN MENTERI. Kenapa tidak kita SOAL MENTERI KEWANGAN? Takkanlah MK tak tau hal ini.. Kesimpulannya bro, Kita mempunyai seorang PM yg berotak karat SEKULAR dan LIBERAL. itu aje aku nak ckp

    ReplyDelete
  7. SAMA LE DENGAN MENTERI KEWANGAN PUN. CUKUPLAH APA YANG ADA. KALAU BOLEH KEKALKAN DAN KALAU BOLEH LGI KURANGKAN DAN KALAU BOLEH LAGI HAPUSKAN TERUS.
    BUKAN NAK TAMBAH.
    SAKIT HATI KITA DIBUATNYA.
    JENUHLAH PM JAWAB LEPAS INI HANYA KERANA MENTERI DAN TIM MENTERI YANG BENGAP

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Lesen yg ada ni pun judi makin berleluasa. Nak tambah satu lagi... mampus... lagi gormal. Kalo ko turunkan harga barang kan bagus Adek ooiii. Semua org dpt manfaat.

    Isu Hj. Zaid minum arak belum reda ko dah nak bawak pulak isu lesen judi. Apa bende ni...

    ReplyDelete
  9. Assalaamu 'alaikum sdra2 Muslim semua,

    Ya Rabbi, wahai sdra2 ku yg marah sangat [yg selayaknya] kepada Adek Husin atas cadangan terlaknatnya itu...! Namun, kenapa tidak mahu dicurahkan & dinampakan juga kemarahan terhadap kemaksiatan yg lebih melarah kesannya berbanding judi bola ini?

    1 Bukankah seluruh sistem yg didukung sekarang ini sudah lama sepak lslam, gelecak al-Quran, & tendang hukum syara' Allah? Dan bukan hanya oleh Adek Husin seorang...! Bukankah?

    2 Mari kita bongkar yg itu juga kerana beriman dan menerapkan [melaksanakan] sistem yg menolak sistem syariah sama saja keharamanya dengan judi. Bahkan, lebih besar kerosakannya. [Sdra PG, silakan, bermula dgn blog Anda..!]

    3 Dia ini bukankah satu drp berjuta2 produk sistem yg menolak syariah itu? Sangat banyak lagi yg lain [di dlm jemaah/parti politik berbasis umat Muslim sekarang], cuma bernasib baik kerana belum saja terlajak menampakkan kejahilan mereka tentang lslam mereka ke tahap secemar satu sosok Muslim yg 'malang' ini. Tapi, jika nanti pada suatu hari ada ayam lain berkokok spt ini di atas rebannya, jangan pelik. Begitulah alaminya.

    4 Ke mana gugurnya buah kalau tidak di pangkal pokoknya? Sebab itu, kalau nak tau pokok, kenali buahnya sebelum mencambahkan benih. Kalau sudah tidak kenal kedua-duanya, inilah jadinya; baik dia ini, baik yg lain2 yang selagu dgnnya.

    5 Bolehkah Anda percaya seorang Muslim, sekali lagi ... seorang Muslim... menyuruh kerajaannya sendiri menghalalkan judi untuk menghapuskan judi.!?. Macam tak masuk akal ! Tapi itulah ... dan datangnya daripada seorang pemimpin di dlm kalangan umat Muslim sendiri ...lnilah yg sangat dicita-citakan oleh musuh2 lslam dlm legasi Lord Reid.

    4 Namun, apakah kerajaan yg diwakilinya akan melihat ini sebagai suatu usaha menghina lslam, yg didakwakan sebagai agama rasmi negara, atau bukan apa2 pun. Kita menunggu utk melihat apakah akan ada reaksi yg menepati sentuhan nurahi seorang Mukmin drp bos dia, orang nombor satu di dalam 1Malaysia..

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. gugurkan aja awang adek awang putat nie bila rombakan kabinet yang baru nanti.Kalau boleh jangan dibagi kuota pada orang orang kelantan.Banyak isu sebab orang politik dari negeri ini

    ReplyDelete