Sunday, 30 May 2010

FAHAMI FALSAFAH KEWUJUDAN POLIS : DR SHAMRAHAYU A. AZIZ UIAM !




Fahami falsafah kewujudan polis
Oleh Shamrahayu A Aziz


Beban dan tanggungjawab kepolisan tidak semudah digambarkan di kaca televisyen

ANTARA isu yang terus bersarang di minda masyarakat sehingga ke hari ini, sudah pasti membabitkan pasukan polis. Malah pasukan ini antara perkhidmatan awam yang sering dinilai masyarakat tahap perkhidmatan dan pencapaiannya. Mungkin ramai tidak menyedarinya, tetapi ini disebabkan bidang tugas pasukan polis yang sebegitu intim dengan kehidupan masyarakat.

Tidak dinafikan, pasukan polis yang cekap, bersih, tegas, amanah, berdedikasi dan berintegriti adalah impian semua. Namun, indeks jenayah yang tinggi, ketidakcekapan polis, masalah pentadbiran dan pengurusan, serta publisiti negatif dan sensasi terhadap polis menjadi aspek penilaian masyarakat mengenai perkhidmatan pasukan polis sejak akhir-akhir ini.

Namun, apa yang menghampakan ialah sikap masyarakat dalam mengawal selia anggota mereka dan sering kali dipinggirkan daripada perdebatan umum, contohnya kegagalan ibu bapa mengawal selia anak mereka dengan baik atau ahli masyarakat yang gagal melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.

Penilaian terhadap tahap perkhidmatan dan pencapaian pasukan polis, sama ada berkaitan fungsi dan tugasnya atau pentadbiran dan pengurusannya memerlukan seseorang itu mempunyai minda terbuka dan menghayati falsafah atau prinsip kepolisan. Dalam aspek pentadbiran dan pengurusan, ia mungkin sedikit berbeza dengan pentadbiran dan pengurusan jabatan awam lain kerana ia mengendalikan perkara penting dan asas dalam sesebuah negara, iaitu kestabilan dan keselamatan negara. Ini menjadikan pentadbiran serta pengurusan pasukan polis bukanlah semudah anggapan ‘orang luar’ daripada pasukan. Penggunaan beberapa sistem penilaian tahap kecekapan yang diperkenalkan ada kalanya memberi kesan berbeza antara pasukan polis dan perkhidmatan awam lain.

Merujuk aspek pengendalian tugas, beban tugas dan tanggungjawab pasukan polis tidak semudah seperti dilihat di kaca televisyen atau di skrin lebar. Tugas sebenar polis lebih daripada menerima panggilan telefon dan bergegas ke tempat kejadian jenayah yang dilaporkan dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dalam jangka masa satu jam saja seperti yang digambarkan drama televisyen.

Hanya mereka yang terlatih di dalam bidang kepolisan memahami hakikat tugas se benar pasukan polis. Malah ahli akademik yang berjela panjang biodata penulisannya, juga masih belum tentu memahami hakikat sebenar kerja kepolisan di lapangan.

Pasukan polis terbabit dalam interaksi antara manusia yang rumit dan ada kalanya amat luar biasa serta tidak tercapai akal manusia normal. Tambahan pula ada aspek tugas kepolisan tidak boleh atau mudah ditafsir penyelia seperti membuat keputusan dalam keadaan genting yang memerlukan seorang polis bertindak bagi tempoh masa, ada kalanya kurang sesaat. Sifat tugas kepolisan dalam banyak keadaan memerlukan mereka membuat keputusan dalam tekanan, bahaya dan kekeliruan.

Pada pengamatan saya, sekiranya dibandingkan tugasan seorang pakar bedah dan pegawai polis, kedua-duanya mungkin ada persamaan, iaitu terpaksa membuat keputusan mengenai hidup dan mati seseorang dalam keadaan tekanan dan kekeliruan. Tugas polis sebaliknya jauh lebih berbahaya kerana ia membabitkan banyak pihak yang tidak bersalah, termasuk diri polis itu sendiri. Namun penerimaan masyarakat kadang kala amat berlainan sekali bagi kedua-dua profesion ini.

Kita perlu memahami falsafah kewujudan pasukan polis serta kedudukannya di dalam masyarakat. Pembentukan pasukan polis ialah membolehkan majoriti, kalau pun bukan semua, ahli masyarakat berasa selesa, aman dan terjamin akan keselamatan mereka. Dalam menentukan keselesaan, keamanan dan jaminan keselamatan masyarakat, sudah tentu pasukan polis memerlukan pembabitan ahli masyarakat itu sendiri selain undang-undang lengkap dan kalangan anggota dan pegawai yang cekap.

Mengikut perundangan yang ada, terutama undang-undang berkaitan prosedur jenayah misalnya, masyarakat mempunyai peranan undang-undang untuk membantu polis bagi menguat kuasa undang-undang dengan cara memberikan maklumat atau membantu polis di dalam menjalankan prosedur yang lain (sebagai contoh lihat seksyen-seksyen 11, 12 dan 13 Kanun Prosedur Jenayah).

Namun begitu, peruntukan undang-undang ini tidak menyediakan hukuman ke atas sebarang kegagalan membantu pasukan polis.

Penulis ialah pakar Perlembagaan dan Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Penghuni Gua : Amat baik pandangan Dr Shamrahayu ini untuk kita fikirkan bersama.

15 comments:

  1. Apa macan Penghuni Gua... DAP dah haramkan judi.. UMNO macam mana??? Sokong judi ka??? Harussani dan Jamil Khir kau tak bersuara pun... malu la kat Cina DAP... DAP pun tolak judi, UMNO yang kononnya pembela agama... taik judi rupanya.

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau polis main tembak orang sembarang je... apa barang???

    ReplyDelete
  3. YA BETUL... PENGHUNI GUA!! TAK ADA POSTING TENTANG KEBAIKAN JUDI B/SEPAK KE? MANYAK UNTUNG OOO ITU JUDI...KASI MAIN LA... CIKALANG SUDAH HALAL LOO...

    ReplyDelete
  4. da tak berhenti bila d arahkan kenapa takut..tak ada lesen saman aja byr rm 300 atau murah jika buat surat rayuan..bila polis tak kejar kau kata polis tak keja tak pro...mcm lg bila polis kena tembak atau kena langgar tak kau bersuara...anak bini kau bila nak kena rompak...atau d liwat...kat barat polis hunus pistol dulu dalam apa keadaan..kau tau tak sop polis sana..

    ReplyDelete
  5. aku bukan sokong sangat PG, tapi dah dua kali PG bantai bab judi ni. kalau tak baca jangan komen. bab ni isu lain. apalah..............

    ReplyDelete
  6. Kasihan PG yang membentangkan tulisan ilmiah serta membawa pengetahuan serius serta mendalam; member main bantai luar tajuk. Cubalah PG tegor, apa lagi marah, tentulah mereka akan kata PG dah emosi. Apa yang mereka ini cari sebenarnya hamba pun tak faham.

    Hamba nak cuba memahami keputusan yang terpaksa dibuat oleh seorang pakar bedah sebagai cukup kritikal kerana melibatkan nyawa pesakitnya. Cukup getir payahnya. Seorang Pegawai Polis dalam operasi pula kena buat keputusan dalam saat dan ketika yang kalau bertangguh akan melibatkan nyawa orang lain (yang tidah berdosa) serta nyawanya sendiri atau nyawa subjek sasarannya. Dia kena buat keputusan dalam saat dan ketika yang tidak boleh bertanggoh. Mashaallah sukarnya. Kalaulah kita yang menghadapi situasi begitu. .......

    ReplyDelete
  7. Mamat 2 ekor ni LanMtanah dan Anon 30 May 2010 19:16 memang dilahirkan bebal dan dungu. Sabar ajalah.

    ReplyDelete
  8. C L J tak perlu tegur makhluk-makhluk yang tidak menghormati atau sengaja tidak mahu menghormati tugas orang lain sedangkan mereka-mereka ini lah yang dapat tidur lena bersama isteri dan anak-anak, beramal ibadah dirumah atau di masjid atau surau dan madrasah tanpa rasa ragu dan bimbang kerana keselamatan mereka dah tentu terjamin jika nak dibandingkan dengan negara-negara jiran.
    Orang-orang yang tidak pernah bersyukur memang berperangai macam tu. Apa nak hairan. Orang-orang jenis macam inilah yang akan lari dulu jika apa-apa berlaku di negara ini. Tapi mereka ni tak pernah fikir ke nak lari ke mana? Indonesia? Tahiland? China? India? Amerika? Jangan haraplah jika hidup nak makan pun harapkan subsidi kerajaan. Lainlah macam Peliwat tu boleh bawak semua keluarga dia ke Amerika. Yang bahlul-bahlul ni ingat Pengkhinat Bangsa Agama dan Negara Anuar Ibrahim nak bawak sama ke? Lainlah kalau bahlul-bahlul ni bagi ponggong kat Anuar Ibrahim. Kapal tu negara India pun tak terima dia. Lim Kit Siang negara China pun tak terima dia.
    Kepada Bahlul-Bahlul yang tidak pernah bersyukur, reti-retilah rasa cintakan negara yang makmur ni. Walaupun aku ni bukan Polis atau Askar tapi aku hargai perjuangan Atuk aku menentang penjajah. Kalau rasa tak sesuai hidup di Malaysia ni, pandai-pandailah cari negara yang sesuai untuk keturunan kau hidup aman damai...bodoh. Aku ni bukan setuju 100% pemimpin BN tapi tau menghargai perjuangan orang-orang terdahulu menentang penjajah sehingga kita hidup aman damai. Yang menghuru-harakan Malaysia specis-specis macam Bahlul-Bahlul yang aku nyatakan tadi. Itulah kalau buta mata hati tak pernah lihat apa yang berlaku disekeliling dunia ni.
    Negara Jepun tukar ganti pemimpin pun dari Bangsa Jepun juga.
    Negara China tukar ganti pemimpin pun dari Bangsa China juga..bukan Lim Kit Siang.
    Negara India tukar ganti pemimpin pun dari Bangsa India juga..bukan Kapal Sing.
    Teruk-teruk negara Indonesia pun pemimpinnya bertukar ganti pun dari Bangsa Indonesia.
    Di Malaysia ni lain sebab unik...Jangan terkejutlah jika Cina, India, Bengali asal rakyat Malaysia boleh jadi PM dan memimpin negara. Contohnya Presiden MCA pernah manjawat jawatan PM Malaysia walau pun sekejap. Sedar-sedarlah bangsa Melayu. Kekuatan yang ada pada Melayu hanya sedikit kuasa politik. Maaflah aku bukan bersifat perkauman tetapi hanya nak menyedarkan bangsa Melayu. Janganlah terlalu ego, bongkak, tak sedar diri dan tidak tahu bersyukur akan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan ini.

    ReplyDelete
  9. Tugas dan Kuasa Polis menguatkuasakan mana-mana undang-undng bertulis terkandung didalam section 3(3) Akta Polis

    “The Force shall subject to this Act be employed in and throughout Malaysia (including the territorial waters thereof) for the maintenance of law and order, the preservation of the peace and security of Malaysia, the prevention and detection of crime, the apprehension and prosecution of offenders and the collection of security intelligence.”

    Ringkasnya, Polis berhak menahan (dan menangkap jika perlu) mana-mana orang bagi tujuan mengenal pasti identitinya, atau kenderaan bagi mencari apa-apa benda yang mana perbuatan itu oleh mana-mana orang adalah menyalahi undang-undang.

    Bagi mereka-mereka yang tidak memberikan kerjasama selain boleh ditangkap, mereka boleh juga didakwa dibawah Bab 10 Kanun Keseksaan berkenaan – Penghinaan Terhadapa Kuasa Sah Penjawat Awam, yang mana memperuntukkan hukuman penjara dan atau denda.

    Seksyen 176 Kanun Keseksaan – gagal memberikan notis (laporan Polis) sedangkan wajib

    Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasnya

    Seksyen 187 Kanun Keseksaan akan kesalahan enggan membantu polis

    Maka tidak melaporkan mana-mana kesalahan, keengganan membantu polis bila dikehendaki, serta menghalang tugasan polis boleh dihukum dengan penjara dan atau denda dibawah bab 10 Kanun Keseksaan. Bab 10 juga menyentuh kesalahan mana-mana saksi yang enggan menjawab soalan, enggan menandatangani kenyataan, mana-mana orang atau saksi yang memberikan maklumat atau keterangan tidak benar dan banyak lagi.

    Masaalahnya, PDRM tidak begitu ghairah hendak menghebohkan perkara ini. Mungkin sudah masanya dihebohkan dengan kerjasam Jom Heboh.

    Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  10. Salam,

    1 Dr Shamrahayu & Dr Abdul Rani telah dgn penuh ilmiah & dari aspek undang2 menjelaskan fungsi polis. Kita memang bersyukur ada polis menguat-kuasakan undang2 demi keamanan awam. Memang utk itupun tujuan institusi ini didirikan, walaupun kita tahu ada hal2 dari segi kecekapan & ketelusan pertanggungjawapan mereka masih ada yg dipertikai [antaranya sebagaimana tercatat di dlm laporan audit negara tahun lalu, misalnya].

    2 Namun, bukan pula dgn tidak ada ganjaran balik dari poket & kerjasama rakyat; ertinya rakyat bukan percuma2 begitu sahaja mendapat perkhidmatan mereka. Tidak ada apa yg rakyat tidak bayar dlm sistem kita ini, sama ada dari allocationnya drp wang rakyat atau sokongan. Malah, jika negara kita aman, sehngga polis kita pun tidak perlu bertarung penuh ngeri sebagaimana di Thailand, Filipina, atau di negara2 Amerika Latin itu, polis juga wajar bersyukur dan berterima kasih kapada rakyat negara ini yang sangat law-abiding berbanding di negara2 tersebut, yg kerana sedikit hal saja yg mereka lihat tidak betul di pihak kerajaan, mereka sudah ke jalan raya. Walhal, jika saja temperemen di kalangan rakyat kita pun seperti mereka, banyak hal yg rakyat boleh bawa protesnya ke jalan sehingga tugas polis di sini pun tidak akan selenang2 spt sekarang. lni antara bakti rakyat kepada polis, jika rakyat dapat kawal diri, tidak terikut2 dgn trend di luar sana.

    3 Adapun jenayah; what we sow is what we reap. Sistem & amalanlah yg menabur benih jenayah & sistem yg benar juga yg mampu membantersanya. Polis lebih tahu akan hal ini.

    Wallahu a'lam.

    Abfaiq.

    ReplyDelete
  11. Salam PG dan semua pembaca blog ini.

    Pertama, terima kasih untuk PG kerana sudi mengambil pandangan saya untuk difikir dan dikongsi bersama pembaca blog ini.Saya amat berbesar hati sekiranya semua pembaca menganalisa pandangan tersebut secara ilmiah dan memberi hujah-hujah konkrit untuk kita pastikan kita mempunyai pasukan polis yang lebih cekap dan berintegriti.

    Kedua, terima kasih untuk Dr Rani,Profesor Madya di Fakulti Undang-undang UIA, juga Director, Legal Unit, UIAM. Saya amat bersetuju dengan petikan peruntukan-peruntukan Kanun Acara jenayah tersebut. Yang sebenarnya, ruang tidak mencukupi untuk saya perincikan semua peruntukan tersebut kerana ruangan rencana yang agak terhad. Apa-apa pun saya amat berterima kasih kepada Berita Minggu kerana sudi menyiarkan pandangan saya.

    Ketiganya, saya unjurkan kepada semua pembaca supaya memahami dan menghayati sesuatu pandangan untuk menambah baik semua aspek kepolisan. Kita perlu tahu (kepada mereka yang belum tahu) dan perlu ingat (untuk yang telah tahu), bahawa, kewujudan pasukan polis ialah sebagai pengkhidmat awam (Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan). Sebagai pasukan khidmat awam pada prinsipnya, pasukan berkhidmat untuk kerajaan dan rakyat semasa. Pasukan polis "although swims together with the government, will not sink together with the government". Oleh itu, penambahbaikan pasukan polis perlu menjadi agenda semua, bukan sahaja kerajaan semasa, tetapi keseluruhan rakyat negara ini. Kalaupun pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pemerintah, emosi politik ini tidak seharusnya mempengaruhi pandangan mereka ke atas pasukan polis.

    Itu sahaja PG dan pembaca, semoga tuan-tuan semua mendapat keberkatan Allah sepanjang minggu ini dan juga seterusnya pada hari-hari yang akan datang.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Adalah jelas dan tidak dapat dinafikan tugas & kuasa polis menguatkuasakan mana2 undang2 bertulis. Yg menjadi sedikit masalah ialah undang2 yg tidak bertulis pun nak dikuatkuasakan. Di mana tempat nak mengadu (pun sama 2 x 5)....

    Mat Takok

    ReplyDelete
  13. Polis la ni buat macam-macam nak cari publisiti, reka-reka crita nak tunjuk anggotanya baiklah konon, tapi masuk surat khabar dan TV3 cerita dongeng macam crita karangan NOREL AZMI croc tiruan tu. Cukuplah reka-reka crita ni rakyat malaysia ramai dah sekolah tinggi, dah boleh menilai fakta.. logik kah motor kapcai kejar smpai 3 km dan BERJAYA MEMINTAS sebuah van yang dipandu laju? Nak crita apa ni, dah lah tu rampas croc tiruan je, heboh macam rampas 6000Kg Heroin. Tan Sri KPN, YB Menteri tolong tengoklah sikit, kalau semua OCPD baghal macam NO RAIL terbalik habislah gerabak, no way police will get credit for this, I m so disappointed and really hope I could TRUST our POLICE and for Mr Norail go back to school and learn how tell the truth. Just wonder how is he in court...

    ReplyDelete
  14. Dekat Jom Heboh TV3 melambak croc tiruan dijual, tak rak pa pa pun, jgn-jgn budak-budak tu tak berduit... tapi biasalah kalau org kampung atau mereka yang kurang pelajaran no way your can escape, nasib tak panggil ASTRO, or maybe next time Mr No Rail boleh panggil CNN, tunjuk seluruh dunia hebatnya polis malaysia 4.30 am kejar van rusa dengan kapcai je dan berjaya memintas macam cicak man menahan van, lepas tu cuba di sogok dengan kasut tiruan .. aduh kesian, hina dibuatnya. Memang Dr. Shamrahayu betul, depa ni selalu buat keputusan (dalam hal ni untuk cari publisiti kononnya) dalam keadaan keliru. Sedih sangat bila OCPD tak tahu apa yang dia cakap, baru-baru ni ada KP yang bendul pulak. Hai dan masuk usia nyanyok dah PDRM ni, perlu dilahirkan semula dengan nama baru, budaya baru, kepimpinan baru dan GANJARAN baru barulah GAH, ni tengok anggota seghebeh je, cakap action pulak tu, kena gertak sikit pasal undang-undang, jawapan: crita balai. Panglima-panglima B.Aman tu turunlah kat bawah, nak kapcai round-round, naik perdana apa nak tengok depa pun main wayang jugak, tanya lah Tok Khalid, steady...

    Kesian Polis dah tua sangat dah (203 tahun).

    ReplyDelete
  15. Kesimpulannya prof rani totok: Negara Malaysia adalah sebuah negara polis
    Dan Polis adalah trigger happy

    Pakatan akan mengambil-alih kerajaan & akan disarm polis totot UMNUT-BN

    ReplyDelete