Thursday, 6 May 2010

KEBEBASAN CARA PR !





Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa dan kerajaan mana lebih bebas? Kerajaan BN atau kerajaan yang diperintah oleh PR. Kalau tengok kepada senerio semasa, PR ini cakap aje tentang kebebasan , hak asasi dan ketelusan.

2. Tetapi perbuatannya hampas. ADUN cakap sikit kalau tak kena dengan selera mereka maka akan kenalah ADUN BN digantung dan sebagainya. Lihat aje dalam kes Khir Toyo dan bebarapa ADUN BN di Selangor, digantung setahun.

3. Lihat aje di Kedah, silap sikit ADUN BN pun di gantung, Di Pulau Pinang, jangan cakap le. Masa di Perak dulu pun berapa orang ADUN BN di gantung nya. Semua main gantung segalanya.

4. Tetapi kalau lihat kerajaan BN samada di Parlimen mahupun di kerajaan negeri yang diperintah BN, amat kurang sekali kejadian gantung menggantung ini. Paling lkuat pun dihalau keluar dari dewan aje. Walhal , ADUN dan MP PR ini bahasanya jauh lebih buruk dan kotor sifatnya. Penuh dengan maki hamun dan fitnah. Main hentam dan tuduh membuta aje. DUN-DUN di bawah BN ini tak ada pun sesuka hati mengantung ADUN PR.

5. Jadi kita boleh lah fikirkan setakat mana kebebasan yang dicanangkan oleh kerajaan PR. Kebebasan hanya untuk mereka. Itu belum perintah negara. Hanya perintah peringkat negeri. Kalau mereka perintah negara, habis semua leher kita ini digantung betul-betul berdasar dari tindakan mereka dalam mentadbir kerajaan setakat ini.

6. Bukan aje mereka tak akan bubar ISA. Mungkin tambah lagi dengan ISA yang baru. PG yakin dan percaya , itulah yang akan mereka lakukan. Itu pun semua nya dilakukan atas alasan untuk menjamin kebebasan.

7. Kebebasan ? Kebebesan ikut otak mereka lah. Tengoklah kejadian di atas: apa yang terjadi kepada Dato Azhar di Pulau Pinang. Apa perlu dirujuk ke Jawatan kuasa berkenaan. Tak ada apa pun yang dicakapkan oleh Dato Azhar. MP mereka lebih buruk perangainya di Parlimen pun hanya di halau dari dewan walaupun melakukan dan bercakap lebih keji dari apa yang diucapkan oleh Dato Azhar tersebut.

8. Pengundi Muda! Fikirkanlah. Jangan sesekali menyerahkan Malaysia ini kepada tangan-tangan kotor dan yang hanya pandai bercakap sahaja. Perbuatannya ..............................hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

3 comments:

  1. SALAM UKHWAH & SALAM 1 MALAYSIA.

    MAAF PAB BERBISIK...

    PAB BERHARAP BLOGER-BLOGER PRO-KERAJAAN PERLU AGRESIF LAGI MENARIK GOLONGAN MUDA UNTUK SOKONG KEMBALI BN. GUNAKAN PERANG SARAF YANG PALING BERKESAN IAITU MEMBERI PEMAHAMAN YANG MENCUKUPI KEPADA KUMPULAN BELIA. KUMPULAN BELIA NIE HANYA LIHAT PADA MASALAH. LAIN DIA OARG TAK NAK FIKIR.

    SO.. PAB MENYERU AGAR KITA MELIPATKALI GANDA MEMAHAMKAN MEREKA BUKANNYA MENYERUPAI AHLI BLOGGER MEREKA YG SUKA MEMFITNAH.

    PAB AKAN MELANCARKAN PERANG SARAF DI TERENGGANU DAN JOHOR. INSYA-ALLAH.

    SILA RUJUK : http://penaagenozberbisik.blogspot.com

    WASSALAM
    SAYONARA...

    ReplyDelete
  2. Aku setuju dengan Datuk Azhar dari UBN P.PG aku ingat lagi pada masa itu semua balai polis dan mahkamah di tutup pihak polis serah tanggung jawap menjaga keselamatan negara pada pihak tentera 13mei disana meletup di sini membunuh dibakar rumah masih ada penguni didalam masa itu aku melihat saorang bangsa melayu di bunuh begitu kejam didalam masjid sewaktu mahu maengabil air sembayang dia ditembak dari arah belakang tidak nampak dari mana peluru itu datang kami sekeluarga tidak berani keluar arahan telah dikeluarkan siapa yg keluar rumah akan di tembak itu lah kejadian 13 mei kalau mahu juga cuba lah siapa yg akan menjadi azab.Adun ke mp ke tiada laku lagi masa itu nak cakap apa lagi tiada guna.

    ReplyDelete