Monday, 24 May 2010

KONVOI TENTERA DI LEBUH RAYA !

Penghuni Gua : PG telah beberapa kali terserempak konvoi Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri dari konvoi treler panjang dan konvoi kereta kebal yang melalui lebuhraya utara selatan dari KL menghala ke Johor.

2. Apa yang PG nak membuat teguran ialah kedudukan setiap kali terserempak dengan konvoi ATM ini iaitu mereka berkonvoi di kedudukan sebelah kanan sekali lebuhraya ( 3 lorong ) PLUS. Dengan kedudukan tersebut menyebabkan jalan sesak dan membahayakan kepada penguna kenderaan lain di belakang mereka. Ini kerana kenderaan di belakang konvoi ini tidak dapat memotong konvoi berkenaan . Juga kedudukan konvoi yang bergerak perlahan dan berada di lorong memotong kanan sekali.

3. Lorong kanan sekali adalah lorong memotong. Jadi hanya kenderaan yang memotong sahaja yang boleh memasuki lorong ini dan selepas memotong maka kenderaan tersebut wajib masuk semula di lorong tengah atau lorong tepi sekali. Jadi konvoi ini telah menyekat perjalanan kenderaan awam lain dan kenderaan awam lain tidak boleh memotong mengikut sebelah kiri konvoi kerana ia merbahaya dan menyalahi peraturan jalanraya.

4. Dicadangkan ATM mengubah kaedah dan prosedur konvoi mereka ini yang pada pandangan PG menyalahi peraturan berkonvoi selain menyusahkan kenderaan awam lain seperti tidak dapat memotong di lorong memotong, membahayakan pengguna kenderaan lain kerana terpaksa memotong di sebelah kiri, lebuhraya menjadi sesak. Dicadangkan agar konvoi ini menggunakan lorong tengah atau kiri sekali lebuhraya bagi tujuan tersebut dan dengan ini tidak menyusahkan dan membahayakan penguna lebuhraya yang lain.

5. Pengiring bermotosikal mereka juga jangan sesuka hati mengambil lorong lain serta kadangkala sehingga memasuki dan menggunakan 2 lorong sekali gus. Apa hak mereka?

6. Diharap ATM mengambil kira cadangan ini. Pihak polis pun menggunakan lorong tengah jika berkonvoi. Semalam pun , PG balik dari Langkawi dan terserempak dengan konvoi kereta klasik. Polis yang megiring mereka pun menggunakan lorong tengah sepenuhnya dan ia tidak mengganggu pengguna kenderaan lain dan ia amat selamat dan lancar.

7. Terima kaseh.

21 comments:

  1. Betul tu...sama juga dgn pak menteri-pak menteri yg di ascort oleh polis pengiring...kalau kat 2 lorong kat mana nak pergi kalau kereta2 polis guna lorong di sebelah kiri...tak akan nak berhenti kot di lebuh raya...merbahayakan...kami bayar tol..dia orang...?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari dulu undang2 jgn jadi babi makan taik bodoh xtau pasal mak kira bayar tol ke tak

      Delete
  2. Mungkin mereka perlu menggunakan lorong yang laju untuk mempastikan kelancaran perjalanan mereka tidak terganggu oleh orang lain.

    PKR=Illmuninati.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju ATM menggunakan lorong terkiri dan lorong kedua semasa konvoi tapi setuju kenyataan "kami bayar tol..dia orang...??? jgn kata macam tu..dah termaktub bahawa kenderaan ATM dikecualikan tol, jgn nak pertikaikan pula...ATM konvoi bukan hari hari...

    ReplyDelete
  4. Salam PG,

    Tolong comment pasal pemandu kereta-kereta mewah dari singapore keutara..Bawak kereta macam pelesit...kalau tak 220km/j tak sah.Betul lah dia bayar tol..tapi macam jalan LKY yang buat pulak digayakan nya.Biadap pulak tu !

    Soal ATM guna lorong kanan tu..bukan isu besar.Sebenarnya PG..tiap kali saya nampak kenderaan ATM rasa selamat lagi kita di negara ni.Maklumlah....Melayu..Siapa lagi kita nak harap..Negara jiran kita..Mana ada org melayu dalam SAF..Fighting Jet Pilot semua puak kiasu..Melayu ada dalam SAF...kerani cabuk aje..

    Saya suka baca blog PG ni..Best...Tapi lupakan pasal ATM tu..."MALAY LAST FRONTIER IN MALAYSIA"

    Terima Kasih PG...

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya statment. Tentera adalah di bawah kuasa Yang DiPertuan Agung. Kalau berani komen lah terus pada Agung buat bantahan kalau korang rasa besar sangat dengan bayar tol

    ReplyDelete
  6. penggunaan lorong paling ketika berkonvoi adalah untuk keselamatan ...jangan pertikai ...

    ReplyDelete
  7. ATM tak pe lah juga... saya terkena dengan konvoi lebih kurang 20 buah kereta Proton Saga. Dekat satu jam kami kena ikut belakang dgn kelajuan purata 85km/j. Tak sakit hati ke.. Terlepas meeting, aku dibuatnya.. bertimbangrasalah sikit, bukan semua orang ada kelapangan masa sebegitu..

    ReplyDelete
  8. tiap tiap hari ke.. ATM convoy dan ganggu PG?..

    ReplyDelete
  9. keselamatan. lorong kanan untuk memotong. bukan untuk kenderaan berat. potong sebelah kiri satu kesalahan.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. saya peernah ikut kereta pemimpin DIP .pandu lorong kanan sekali 110 km sejam.konon2 nak tunjuk ikut peraturan tapi menyusahkan org.sebenarnya lebih nak tunjuk kuasa.saja cari pasal ngan polis
    tentang konvoi ATM tu aku setuju ngan member kat atas yg rasa bersemangat tengok askar2 melayu.PG silap andaian ni .aku kalau boleh biar askar2 kita buat latihan dalam town pulak.komunis dah takde lagi dalam hutan.semua dah duduk dalam bandar.tunjukkan power tentera kita kat situ.biar dia org kecut perut.nak pilihan raya lagi banyak buat latihan kat town lagi baik.buat apa hantar pembangunan,hantar askar aje.biar komunis2 ni sedar dia duduk di TANAH MELAYU.
    PG jangan kasi malu orang melakalah.

    ReplyDelete
  12. Rasanya kedudukan konvoi ATM betul.. Rasa saya..kenderaan berat kena berada di lorong satu, lorong dua pemanduan biasa, lorong tiga memotong. Kalu ATM guna laluan 1, susah bagi kenderaan biasa. Rasanya la

    ReplyDelete
  13. stakat byar tol yg x sberape lae mau prtikai krja worang...nmpak sgt yg ko ni kaki pelesit kt hghway,psal ko bwak lju2 le rmai yg x b'slah kt hghway tu jdi mngsa..kalo brani sound mamat singapore yg b'pelesit kt tnah air ko ni...ade bran?????

    ReplyDelete
  14. Bukan selalu PG. Tidak salah. Hormat ATm. Undi ATM selamatkan UMNOBN

    ReplyDelete
  15. tau xpe
    bangang punya PG!
    ini pun nak jadi isu ke?
    dah xde isu hangat lg ke?
    tanya bapak lu!nak cari point ape lg untuk fitnah org especially saudara sendri (seISLAM)
    kerja ko kan nak pecah belahkan bangsa agama sendri
    ape ko dapat pun aku xtau la PG
    ko x blh pk ke?setakat dapat duit haram hasil sebar fitnah,condemn saudara sendri x berkat la PG
    fikir2kan lah...

    ReplyDelete
  16. PG skrg bdak DAP dah di assign kan utk jaga blog lu ni. mcm blog pro UMNO yg lain2.

    ko tengok la komen diaorg boleh kenal.

    jaga diri baik2 bro.

    JAI

    ReplyDelete
  17. Saya juga menyokong agar kenderaan berat tentera tu guna lorong paling kiri sekali, sebab menyusahkan pengguna jalanraya yg lain....Cuba buka balik buku undang2 jalanraya, lorong kanan adalah lorong memotong! Bukan lorong kenderaan berat yg bawak kereta tank dan artileri yg besar gedabak tu & jalan macam siput tu. Tolonglah hormat pengguna jalanraya yg lain. Mereka sudah diajar bahawa lorong kanan adalah lorong memtong. Buktikan saya salah.....
    Saya juga marahkan pihak polis trafik bila bawa orang kenamaan. Selalu blaku kat lbuh raya utara selatan bangi/ sg, besi. Udohler jalan tu 3 lane, dia suruh kita ketepi sampai ke lorong kecemasan, apahal! Mereka suruh kita hormat diorang, tapi diorang langsung tak hormat kat rakyat....agak2la kalau nak pakai lane pun, pakai jerla lorong yg paling kanan, tak susahkan orang pun.............

    ReplyDelete
  18. bagi yg menyokong kata tentera ada hak konvoi di lorong kanan, tunjukkan dibawah akta mana satu keterangan tersebut menyatakan sedemikian...

    payah la kalau langsung x boleh nak kondem org melayu khusus nye sesama islam (kononnya) biar diri terus bengap janji org x kondem / komplen??? typical malaies.

    ReplyDelete
  19. Yang spesis kondem ATM nya kenderaan ni korang bole jln daa... Buku undang2 apa sekali pn korang bwk mai x bole jln daa... Otak letak ke lutut korang ni. Baik kuar dr malaysia bangsa x bersyukur spt korang ni. Perang malaysia ni jln pn korang dh x jmpe..hahahaa.. bodoh piang.

    ReplyDelete