Sunday, 20 June 2010

ANCAMAN JI : MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA !





Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini.

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris dalam kenyataannya berkata jika tidak ada bukti terhadap jenayah itu, mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Islam perlu diseret ke mahkamah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senang aje nak jawab kenyataan SM Idris ini.

2. Jawapannya ialah, mencegah adalah jauh lebih baik dari mengubatinya. Tak perlu belajar tinggi-tinggi. Itu aje jawapanya. Islam pun membenarkan perkara ini. Baca posting saya sebelum ini mengenai ISA.

3. Juga semua perkara bukan perlu diberitahu pada umum. Ada yang perlu dirahsiakan. hal suami isteri dalam keluarga pun, kita tak bagitahu semuanya pada anak-anak dan isteri. Kita gunakan perinsip perlu mengetahui. Kalau perlu , perlulah diketahui. Kalau tak perlu , tak perlulah dengan alasan keselamatan, belum masanya dan sebagainya.

4. Juga tahanan penjegahan tak salah dari segi perlembagaan. Perlembagaan membenarkan Akta Pencegahan di gubal dan ia diluluskan secara sah di parlimen.

5. Nak tuduh di mahkamah? Lihat ajelah bagaimana DSAI memanipulasi sistem keadilan dalam kes liwatnya. Banyak kelentong dan putar belitnya dengan memusing dan menggunakan kelemahan beberapa undang-undang negara.

6. Jangan jadi seperti di Indonesia. JW Marriot dan Bali di bom, barulah terkinja-kinja nak gubal akta seperti ISA. Itulah yang PG dengar keluhan secara peribadi oleh Pak Duta Indonesia sekarang dalam satu sesi tertutup di KL tahun lepas. Katanya , sekiranya Indonesia ada ISA sejak dulu, beliau pasti, kematian sia-sia di JW Mrriot dan Kuta Bali tidak akan terjadi. Juga Indonesia menurutnya tidak pernah mahu mendengar dan memandang enteng nasihat pihak keselamatan oleh Malaysia mengenai JI dan Abu Bakar bashir selepas Abu Bakar di buru di Malaysia dan lari ke Indonesia. Sekarang lihatlah! Itulah kata Pak Duta Indonesia masa itu.

7. Cegah sebelum parah !!!!

Nota : Cuba tanya anak TGNA tu, kumpulan mana dulu yang menyamun Southern Bank di KL ini bagi membiayai kegiatan mereka? (*&^%$#@#$%^&*()_)(*&^%$# keh keh keh........SM Idris, cuba tanya beliau. Jangan main sedap mulut aje cakap. Keselamatan negara jangan dok dipolitik dan dimainkan. US ( negara pujaan DSAI ) pun ada akta Patriot nya.

12 comments:

  1. Betul betul betul kata PG,dalam ketelusan, bukan bole buka semua sampai seluar dalampun nak dilondehkan dan melihatkan kepada orang ramai kemaluan sendiri. Maklumat risikan dan berkait keselamatan negara, sumber maklumat perlu dilindungi.

    ReplyDelete
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, isu pengganas termasuk berkaitan penglibatan warga institusi pengajian tinggi (IPT) dalam militan Jemaah Islamiah (JI) dan ugutan kumpulan itu untuk meletupkan kuil telah berbulan-bulan diketahui pihak berkuasa sebelum menjadi buah mulut dan bahan sensasi media.
    "Ini bukan perkara baru, malah telah dikesan berbulan-bulan dahulu, masa itu orang tak tahu. 'Task Force' kita bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun bagi menentang ancaman pengganas supaya orang ramai dapat tidur nyenyak.

    "Ada perkara kita boleh beritahu, ada juga yang tak boleh namun saya beri jaminan keadaan adalah selamat," katanya.

    ReplyDelete
  3. mencegah lebih baik dari mengubati...

    PG : jika dapat rakaman pak duta indone tu lagi bagus..dpt buktikan ISA berjaya kekang keganasan..

    ReplyDelete
  4. betul ke ada pengganas ni?..entah2 mainan silap mata umno/bn je kot utk pelbagai agenda mereka, yg mereka sahaja yg tahu...umno ni bukan boleh caya!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau memang tidak boleh didedahkan siapa-siapa pengganas itu, kenapa diuar-uarkan kalaupun memang [?] penggans-penggans itu ada? Kalau segalanya mesti dirahsiakan, diam-diamlah. Rahsiakan semuanya, dari alif sampai ya. Buat kerja senyap-senyap. Cara ini macam nak tunjuk-tunjuk buat kerja, tapi tak kena tempat. Kalau isu keselamatan itu rahsia sangat, operasilah dengan rahsia juga. Dah dapat tangkap, nak heboh, bebohlah. Barulah dapat buktikan kejayaan. Baru sah siapa dia orang-orangnya si pengganas itu. lni, belum-belum dah heboh. Hasil belum tentu. Kalau tak ada, kan ke jatuh maruah, malu sendiri. Tak payahlah sampai orang lain menuntut segala bukti pula.

    Oleh kerana kenyataan secara ambil borong yang tidak bijak oleh KPN ini, bukankah sekarang ini mana-mana umat lslam boleh saja jadi orang yang disyaki sebab yang dikatakan hendak dirosakkan itu tempat ibadah non-Muslim. Tak mungkin orang bukan lslam akan melakukannya.

    Dengan sendirinya, kenyataan yang sebarangan dan secara borong oleh KPN itu sudah jadi jari telunjuk yang dapat menuding ke muka sesiapa saja orang lslam, termasuk saya, termasuk PG, termasuk juga dia.

    ReplyDelete
  6. Kalau ikut puak pembangkang yang jadi barua Yahudi, biar negara dibom sana sini dulu baru ambik tindakan. Tak payah nak cegah.

    Biar bangunan tinggi di negara di bom macam WTC.

    ReplyDelete
  7. informer (pemberi maklumat), whistle blower anatar lainnya perlu dilindungi latarbelakang mereka dan tidak boleh didedahkan siapa mereka. Pengganas itu, perlulah diberitahu yang tak boleh ialah bagaimana maklumat itu diperolehi dan siapa pemebri maklumat itu. Negeri Selangor kini dalam proses meluluskam "Akta Whistleblower" supaya pemberi maklumat itu dirahsiakan. Bagi Anon 21 June 2010 00:11, jangan merapu tak tentu pasal. Perlu tahu setakat yang perlu saja. Macam mana kerajaan tahu, itu urusan kerajaan termasuk kerajaan negeri Selangor melalui cadangan Akta Whistleblower.

    ReplyDelete
  8. aku setuju sgt dengan anon 00:11

    kalau nak ikut kan perkara yg menjadi kerahsiaan keselamatan tak perlu nak kepoh. itu rahsia besar krn bimbang byk spekulasi dan ketakutan...

    soalnya kenapa rumah ibadat bukan islam jd sasaran sedangkan bukan islam di negara ini tidak melakukan apa2 kerosakan kpd org2 islam...kenapa rumah ibadat bukan islam? dan nanti yg dipertuduh sudah semestinya org islam yg melakukannya. strategi itu hampir sama dengan peristiwa AL MAUNAH sekitar 2003/2004 sblm Pilihan Raya Umum utk mencemarkan ikej PAS dan pembangkang sewaktu itu dan hasilnya BN menang besar.kerana org bukan islam skang ni majoritinya bersama Pakatan Rakyat dan utk mengembalikan mereka kpd BN sesuatu harus dilakukan dan agama dan kaum adalah senjata ampuh sekali!!! ...(serupa tapi tak sama modus operandinya)

    kalau benar2 ada pengganas, tangkap sahaja lah..apa tunggu lagi!!! dan tunjukkan bukti...!!!

    ReplyDelete
  9. setuju pandangan bro.. kita tidak pernah terfikir kemungkinan kejadian seperti JW Marriot tu boleh berlaku kat tempat kita. Adalah mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya...

    ReplyDelete
  10. e'eleh..
    cegah kepala butoh apa!
    ntah ada ke saja nak bikin havoc!
    yg ada pun x tercegah!
    kecoh lebih!

    ReplyDelete
  11. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengaruhJIdiIPTbukanrekaan/Article

    2010/06/21
    BAGAN DATOH: Datuk Seri Najib Razak berkata, isu kewujudan pengaruh Jemaah Islamiah (JI) di institusi pengajian tinggi (IPT) yang dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini adalah sesuatu yang benar-benar berlaku dan bukan
    sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan pembangkang.

    "Bila kita ambil tindakan, mereka kata kita ada-adakan isu... ini mainan pembangkang, biasalah, kita buat pun kata kita tak betul.
    "Jika pensyarah kanan yang bertaraf Prof Madya boleh terbabit sebagai anggota kanan JI apatah lagi pelajar yang tidak mengetahui atau memiliki pengetahuan setinggi itu," katanya.

    ReplyDelete
  12. goyang la tu
    takut mati..

    ReplyDelete